Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang merupakan skandal mengenai pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang melibatkan banyak pihak seperti Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) dan lain-lain. PKFZ adalah milik PKA. KDSB dilantik sebagai pemaju projek 'turnkey' PKFZ. PKFZ kini diuruskan oleh Port Klang Free Zone Sdn Bhd, anak syarikat LPK. Kementerian Pengangkutan menafikan zon PKFZ satu skandal dan menafikan duit pembinaan telah lesap. [1]

Ramai pihak mempertikaikan kos penyediaan zon PKFZ yang melambung sehingga RM4.6 bilion. Ada dakwaan bahawa wujud penyelewengan dan menyebabkan projek itu gagal dan menjadi gajah putih.[2]

Pengerusi eksekutif PKFZ ialah Lim Thean Shing.Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang ialah Datuk Lee Hwa Beng.Bekas pengerusi PKFZ Datin Paduka O.C. Phang telah meletakkan jawatan.

PKFZ beroperasi di kawasan seluas 400 hektar di Pulau Indah, bersebelahan Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor,Malaysia. PKFZ mula beroperasi sejak 1 November 2007. PKFZ merupakan projek nasional. Kabinet meluluskan PKFZ pada 1999. Tujuannya untuk menyediakan infrastruktur untuk membantu pertumbuhan kargo di Pelabuhan Klang, menjana pertumbuhan ekonomi negara serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perkhidmatan sokongan serta aktiviti perniagaan sampingan.

PKFZ telah menarik 30 pelabur bernilai RM725 juta. Pelabur tersebut ialah ker Kvaerner dari Norway, Score Asia, Azron Wallsystem, Veheng Auto Link (Asia), Nova Logistics, Biodiesel SP dan Oriental SP. LPK bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) bagi menjadikan PKFZ sebagai pusat pengedaran dan pengagihan serantau.

PKFZ dikatakan projek yang berdaya maju kerana kendalian di West Port meningkat dari 1,000 kepada 2,000 kontena sebulan. [3]

Kos pembinaan[sunting | sunting sumber]

Projek PKFZ bernilai RM4.6 bilion dan PKA telah membayar RM1.6 bilion hingga 2009. KDSB adalah subsidiari Wijaya Baru Global Bhd (WBGB). Segala perjanjian mengikut terma dalam Akta Lembaga Pelabuhan Klang 1960.

  • RM1.845 bilion - membina empat blok bangunan pejabat untuk disewa, 512 unit industri ringan, pejabat pihak berkuasa zon bebas, pejabat kastam dan pusat pemeriksaan, pusat pameran, tempat letak kereta bertingkat, bangunan pejabat keselamatan, bangunan sokongan dan kerja-kerja infrastruktur sahaja menelan RM1.0 bilion.
  • RM845 juta - menaik taraf simpang masuk ke PKFZ, kerja infrastruktur elektrikal, pembinaan hotel kelas perniagaan, pembinaan untuk bekalan elektrik 33 kilovolt, jalan menghubungkan PKFZ ke Pelabuhan Barat dan jalan menghubungkan jalan masuk utama ke PKFZ dengan Terminal Kontena 4 Pelabuhan Barat.
  • RM1.088 bilion - LPK membeli tanah seluas 1,000 ekar dari Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) . Nilaian tanah itu RM25 sekaki persegi yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.Nilaian RM25 sekaki persegi itu termasuk penambakan tanah, perparitan, pembinaan jalan masuk dan jambatan, penyediaan lampu jalan, bekalan air dan bayaran kepada pembekal elektrik, air dan telekomunikasi. Kos RM1.807 bilion dibayar balik selama 15 tahun dengan kadar faedah 7.5 %.

Pembangunan PKFZ dibangunkan secara serentak, tidak 2 fasa. Semua ini atas nasihat Pihak Berkuasa Zon Bebas Jebel Ali (JAFZA - dari Dubai). Perjanjian antara JAFZA dan LPK pada Oktober 2003 dibatalkan pada Julai 2007. [4]

Kos keseluruhan PKFZ termasuk kos pembelian tanah dan kos pembangunan, kos faedah 7.5 %, yuran profesional 10 % dan variasi pesanan 20 % (sekiranya digunakan) ialah RM4.632 bilion.

Kerajaan tidak selamatkan PKFZ[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Mei 2009, kerajaan Malaysia hanya memberi pinjaman mudah kepada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Pinjaman itu bukan menyelamatkan PKFZ . LPK perlu membuat bayaran balik kepada penjual tanah dan juga pemaju dan pembayaran adalah secara berperingkat mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan.

Sehingga 31 Mac 2009, LPK telah membayar sebanyak RM238 juta untuk pembelian tanah dan RM480 juta untuk kerja-kerja pembangunan.

PKFZ dan MCA[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Julai 2009 , kesemua 3 menteri dan 7 timbalan menteri MCA menyokong Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat menangani skandal PKFZ. Mereka ialah Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Kesihatan), Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (Menteri Pelancongan), Datuk Dr Wee Ka Siong (Timbalan Menteri Pelajaran), Datuk Dr Hou Kok Chung (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Wee Jeck Seng (Timbalan Menteri Belia dan sukan), Datuk Chor Chee Heung (Timbalan Menteri Kewangan), Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Luar) dan Heng Seai Kie (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan).[5]

Parti MCA dipersalahkan oleh Pakatan Rakyat terutama DAP dalam isu ini.

Laporan PwC[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Mei 2009, firma audit PricewaterhouseCoopers (PwC) mengeluarkan laporan bertajuk "Kajian Semula Kedudukan Projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang dan Port Klang Free Zone Sdn Bhd". Laman web www.pka-report.com boleh diakses selama 14 hari sahaja mulai 28 Mei - 10 Jun 2009. [6]

  1. Jika PKA gagal membayar balik ansuran pinjaman mudah Kementerian Kewangan (MOF), ia akan meningkatkan lagi kos projek daripada RM4.632 bilion kepada RM12.453 bilion. PKA selaku operator PKFZ hendaklah segera menyusun semula pinjaman mudah MOF berjumlah RM4.632 bilion bagi mengelak potensi ingkar pada 2012.
  2. Pengurusan dan kawalan projek PKA sangat lemah. Kerajaan Malaysia hendaklah memastikan PKFZ kembali berdaya maju.
  3. PKA tidak mampu membayar kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) menerusi sumbernya sendiri semasa pembayaran berjadual pertama pada 2007.
  4. Pada Ogos 2001, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta menilai tanah itu hanya RM10.16 satu kaki persegi. Sedangkan PKA membeli pada nilai RM25 satu kaki persegi jauh lebih dari harga pasaran tanah.
  5. PKA dan Kementerian Pengangkutan (MOT) gagal memaklumkan kepada Kabinet Malaysia mengenai ketidakupayaan PKA untuk membiayai projek itu daripada peruntukan sendiri.
  6. PKA telibat dalam satu lagi perjanjian pembangunan lain selepas itu.
  7. Peguam Negara (AG) tidak menyemak perjanjian walaupun jumlah peruntukan yang terlibat sangat besar .
  8. PKA kurang pengalaman dalam projek seperti PKFZ ini
  9. Garis panduan Perbendaharaan bagi memeriksan perjanjian oleh AG serta kelulusan VO oleh MOF tidak dipatuhi.
  10. Surat-surat sokongan yang dianggap sebagai jaminan, dikeluarkan oleh MOT tanpa kelulusan MOF.
  11. Kontrak pembangunan bernilai RM1.846 bilion diberikan kepada KDSB tanpa bidaan yang kompetitif.
  12. Surat-surat sokongan yang dianggap sebagai jaminan, dikeluarkan oleh MOT tanpa kelulusan MOF.
  13. Wujud konflik kepentingan. KDSB ialah bekas pemilik tanah projek PKFZ dibangunkan. Aktiviti utama KDSB, anak syarikat milik penuh Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd (WBHSB), ialah pembangunan hartanah dan pembinaan.WBHSB dan syarikat kumpulan itu terlibat dalam projek menebus guna laut, pembinaan, pengorekan, pembangunan hartanah dan pengangutan marin. Sehingga 16 Jan 2009, pemegang saham WBHSB melibatkan ekuiti Datuk Seri Tiong King Sing (70%), Idris Mat Jani (10%) dan Omar Abdul Latip (20%). Pengarah KDSB ialah Tiong, Idris, Omar dan Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
  14. Datuk Abdul Rahman Palil(ahli lembaga 1997-2003) juga sebagai Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd yang juga pemilik asal tanah itu.
  15. Datuk Chor Chee Heung timbalan pengerusi bukan ekseutif Wijaya Baru Global Bhd (WBGB) dari April 2004 - Julai 2007 dan Pengerusi PKA dari April 2007 - Mac 2008. KDSB menjalankan kerja-kerja pembinaan di bawah DA3 antara Julai 2004 dan November 2006, semasa Datuk Chor Chee Heung merupakan pengerusi bukan eksekutif WBGB. Februari 2008, akaun akhir bagi DA3 (Perjanjian Pembangunan 3) sebanyak RM1.216 bilion diluluskan oleh lembaga. Sedangkan Chor tidak menarik diri daripada perbincangan.
  16. WBGB dan KDSB saling berkait melalui pengarah dan pemegang saham yang sama. WBGB dan syarikat induk KDSB, Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd, berkongsi pemegang saham yang sama dan merupakan kontraktor utama KDSB untuk projek PKFZ. [7]

Penafian Kuala Dimensi[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Ogos 2009, Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) mempersoalkan :

  1. Sepatutnya Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) mengeluarkan laporan Pasukan Petugas Khas yang telah siap itu. Jika PKA tidak mahu berikan laporan , maka jangan dedah kepada umum, sebaliknya heretlah KDSB ke mahkamah.
  2. KDSB tidak pernah dipanggil untuk membantah atau mempertahankan sebarang hasil siasatan pasukan itu. Dakwaan penipuan terhadap KDSB amat serius.
  3. Peraturan kontrak antara KDSB dan PKA perlu difahami dengan betul. Tidak timbul isu terlebih bayaran kerana PKA masih berhutang dengan KDSB kira-kira RM3 bilion.Projek itu bernilai RM4.6 bilion dan PKA telah membayar RM1.6 bilion hingga kini.
  4. Kewibawaan pasukan petugas itu dan pengerusinya dipersoalkan .Pasukan petugas khas hendaklah meneliti Akta Lembaga Pelabuhan Klang 1960 dan terma perjanjian.
  5. Adakah menteri mempunyai kuasa melanjutkan penggal perkhidmatan seseorang pengerusi. Sepatutnya Yang di-Pertuan Agong yang berkuasa melantik seorang pengerusi . Oleh itu menteri tidak boleh merebut kuasa untuk dirinya bagi melanjutkan penggal perkhidmatan seorang pengerusi selepas penggal perkhidmatan berakhir dengan mengorbankan prerogatif berkanun Yang di-Pertuan Agong.
  6. Peguam dalam pasukan petugas khas datang dari firma guaman yang membela saman fitnah yang difailkan oleh KDSB. [8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]