Skandal akhbar News of the World godam telefon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rupert Murdoch, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif News Corporation, syarikat induk kepada News International.

Skandal akhbar News of the World godam telefon melibatkan wartawan News Corporation milik jutawan konglomerat Rupert Murdoch di Britain antara 2002 hingga kini. Dalam mendahului berita , wartawan mereka telah meceroboh dan memasang alat curi dengar pada telefon para artis, mangsa kemalangan peristiwa 7/7/2005 dan Milly Downer . Kontroversi ini timbul dan pecah ketika Rupert Murdoch / News Corp hendak mengambil alih syarikat British Sky Broadcasting .

Berikut pendedahan itu, pada 6 Julai 2011, Perdana Menteri Britain David Cameron mengumumkan akan menubuhkan jawatankuasa siasatan menyeluruh. Beberapa syarikat pengiklan turut membatalkan iklan mereka di News of the World. Seterusnya syarikat itu mengumumkan menamatkan penerbitan , edisi terkahir pada 10 Julai 2011 selepas 168 tahun penerbitan.

Pada 13 Julai, David Cameron menamakan Lord Justice Leveson sebagai pengerusi siasatan dan mengkaji tuntutan khusus berhubung hacking / penggodaman telefon oleh News of the World. Wartawan atau pemberita dituduh membuat bayaran haram kepada polis untuk mendapatkan berita utama dan sensasi. Semua ini tidak selari denfan budaya dan etika media British . Beliau juga mahu Suruhanjaya Aduan Akhbar akan digantikan "sepenuhnya" .

Skandal itu akhirnya mendapat reaksi hebat di Amerika Syarikat kerana News Corporation beribu pejabat dan beroperasi pelbagai media di Amerika Syarikat. Pada 14 Julai, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyiasat sendiri News Corporation terutama kes melanggar Akta Amalan Rasuah Asing dan akses mel suara mangsa-mangsa serangan 9 / 11 . Pada 15 Julai, Peguam Negara AS , Eric Holder mengumumkan bahawa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat juga telah membuka kertas penyiasatan ke dalam syarikat itu .

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2003, Andy Coulson menjadi editor News of the World selepas editor Ribka Brooks (kemudian Ribka Wade) pindah ke akhbar The Sun . Brooks menjadi editor News of the World sejak Mei 2000, di mana dia menghadapi tuduhan mengakses mel suara Milly Dowler - seorang murid yang telah dibunuh . Kemudian pada tahun 2003 Brooks dan Coulson hadir di hadapan jawatankuasa parlimen, di mana Brooks mengakui membayar polis untuk mendapatkan maklumat.

Pada bulan Ogos 2006, Clive Goodman , editor utama di News of the World dan rakannya Glenn Mulcaire dan Davy Craig, editor Weekly News, ditahan kerana tuduhan hacking telefon yang dibuat oleh Keluarga Diraja British pada 2005. Goodman dan Mulcaire kemudiannya didakwa dan mengaku bersalah dan dipenjarakan pada 26 Januari 2007 selama empat dan enam bulan. Editor meja tugasan Andy Coulson meletak jawatan sambil menegaskan bahawa beliau tidak tahu apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang. Pada Mac 2007, jawatankuasa Parlimen mendapati tiada bukti hacking meluas pada Suruhanjaya News of the World.

Pada tahun 2009 dan 2010, berita tersebar tentang sejauh mana hacking telefon dan bilangan wartawan News of the World yang melakukan amalan curi dengar telefon sebegitu. Pada Mac 2010, lebih £ 2 juta dibelanjakan untuk menyelesaikan kes-kes mahkamah membabitkan mangsa hacking telefon. Pada Julai 2009, akhbar The Guardian menyiarkansiri berita aktiviti telefon hacking oleh News of the World termasuk melibatkan televisyen presenter Chris Tarrant .

Seterusnya tindakan undang-undang terhadap pemilik akhbar News of the World. Antaranya ialah ejen bolA sepak Sky Andrew , pelakon Sienna Miller dan Steve Coogan, dan penyampai sukan Andy Gray.

2006: Skakal curi dengar telefon keluarga diraja[sunting | sunting sumber]

Berikutan penangkapan editor Clive Goodman di News of the World dan penangkapan penyiasat persendirian Glenn Mulcaire pada 8 Ogos 2006, pasangan itu didakwa kerana curi dengar perbualan telefon ahli keluarga diraja dengan mengakses mesej mel suara, di bawah Seksyen 79 Peraturan Akta Kuasa Penyiasatan 2000 . Pejabat akhbar di London telah diperiksa oleh pihak polis semasa penyiasatan. Kemudian Clive Goodman telah digantung ugas.


Rencana pada 13 November 2005, yang ditulis oleh Clive Goodman, yang mendakwa bahawa Putera William, Duke Cambridge meminjam pakaian dari wartawan ITV Tom Bradby. Mangsa iaitu Prince dan Bradby berfikir bagaimana perbualan mereka bocor. Putera William juga menyebut tentang kebocoran maklumat pembedahan di lututnya Mereka menyimpulkan kemungkinan suara mereka telah diceroboh.Kes itu dilaporkan kepada polis dan mungkin melibatkan kakitangan di Clarence House.

Senarai mangsa diperluaskan ,termasuk menteri, Ahli Parlimen, ketua-ketua tentera, seorang tokoh media terkemuka, pemain bola sepak dan selebriti .

Pada 26 Januari 2007, Clive Goodman telah dipenjara selama empat bulan kerana telah mengaku bersalah . Penyiasat persendirian Mulcaire Glenn telah dibayar kerja-kerja intipan telah dipenjarakan selama enam bulan. [14] Kemudian diumumkan bahawa Andy Coulson telah meletak jawatan sebagai editor News of The World dua minggu lebih awal. Beliau segera digantikan oleh Colin Myler . Seterusnya Andy Hayman , meninggalkan Polis Metropolitan dan bekerja sebagai kolumnis di News of The World.

Tuntutan pemecatan yang tidak adil[sunting | sunting sumber]

Kemudian Goodman dan Mulcaire memenangi kes tuntutan pemecatan yang tidak adil . Goodman memulakan tuntutannya terhadap bekas majikan atas alasan membayar pihak polis adalah perkara biasa di surat khabar.News of The World mengupah peguam Harbottle & Lewis .Sedangkan masa ini, Harbottle & Lewis juga menjadi peguam kepada pejabat Putera Charles dalam tuntutan curi dengar perbualan telefon anak-anaknya William dan Harry .

Firma guaman Harbottle & Lewis telah memiliki beratus-ratus e-mel dalaman.

Bilangan mangsa curi dengar telefon[sunting | sunting sumber]

Bermula pada 8 Julai 2009, akhbar The Guardian menyiar beberapa siri dakwaan bahawa aktiviti-aktiviti curi dengar perbualan telefon oleh editor Clive Goodman / News of The World yang telah dipenjarakan pada tahun 2007 . Antara mangsanya ialah ahli politik John Prescott dan pengurus Manchester United FC Sir Alex Ferguson, Tessa Jowell yang menjawat Setiausaha Negara untuk Kebudayaan, Sukan Olimpik, Media dan Sukan . Boris Johnson pula ialah jurucakap pembangkang mengenai pendidikan tinggi . Mangsa lain ialah Max Clifford.

Ahli politik John Prescott begitu marah apabila mendapati bahawa pihak polis mencuri dengar perbualan telefonya. Tetapi Penolong Pesuruhjaya John Yates menyatakan bahawa tidak ada bukti-bukti bahawa telefon Prescott telah diceroboh.

Pada bulan Februari 2010 The Guardian melaporkan bahawa tiga syarikat telefon mudah alih telah mendapati bahawa lebih seratus pelanggan mereka mempunyai mesej answerphone mereka digodam. Polis Scotland Yard mendedahkan nombor telefon yang telah dicapai oleh Goodman dan penyiasat persendirian, Glenn Mulcaire. Amat jelas pihak polis telah mengakses mel suara orang lain dalam bahan yang disita dari Mulcaire dan Goodman . Siasatan Scotland Yard mendapati lebih 4,000 nama pelanggan telefon telah diceroboh.

Akhbar The Guardian juga mendedahkan bahawa Coulson telah meninggalkan News of The World dan menjadi pengarah komunikasi dan perancangan Parti Konservatif.

Pada Julai 2009, The Guardian mendedahkan bahawa News of The World membayar lebih £ 1 juta kepada tiga orang yang membantu menceroboh telefon, termasuk pemain bola sepak Pengerusi Persatuan Bola Sepak Profesional Gordon Taylor. Pada Julai 2009, pendedahan bahawa £ 700,000 dibayar kepada Gordon Taylor.

Kes Max Clifford[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Mac 2010, News of the World telah menyelesaikan kes jurnalis Max Clifford yang telefonya telah diceroboh.Editor dan eksekutif News of the World iaitu Ribka Brooks setuju bayar gantirugi kepada Clifford kerana menyiarkan hal-hal peribadinya.

Hakim memutuskan bahawa Mulcaire mesri mendedahkan semua nama wartawan yang menerima perbualan telefon Clifford.

Tindakan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pada April 2010, Andy Hayman iaitu penolong pesuruhjaya dan pegawai polis yang mengawasi siasatan Scotland Yard telah meninggalkan kerjaya polis dan menjadi kolumnis News of the World.

Cerita New York Times[sunting | sunting sumber]

Pada September 2010, The New York Times telah menerbitkan / mendedahkan perbualan curi dengar telefon yang dilakukan oleh Andy Coulson. Mesej telefon jawapan seorang "personaliti televisyen" telah dicuri dengar pada tahun 2010. Wartawan itu digantung daripada kerjaya wartawan dan menghadapi tindakan undang-undang oleh personaliti televisyen tersebut.

Kemudian Andy Coulson telah meletak jawatan sebagai Pengarah komunikasi David Cameron pada 21 Januari 2011.

Operasi Weeting[sunting | sunting sumber]

Polis Metropolitan memulakan siasatan pada 26 Januari 2011 berhubung pencerobohan telefon oleh News of the World. Wartawan Ian Edmondson didapati memiliki perbualan telefon oleh Peston Robert.Operasi ini dinamakan Operasi Weeting pada 5 April 2011. Edmondson ketua wartawan Neville Thurlbeck ditahan kerana disyaki menyalahi undang-undang mencuri mesej mel suara. Mereka telah menafikan tuduhan itu.Wartawan James Weatherup,juga telah ditangkap pada 14 April 2011 .

Siasatan polis terhadap pembunuhan Daniel Morgan . Rees telah didapati bersalah pada bulan Disember 2000 kerana konspirasi menanam kokain dalam pertikaian jagaan kanak-kanak. Rees dihukum penjara tujuh tahun kerana memesongkan perjalanan keadilan. Apabila beliau dibebaskan dari penjara ....

Wartawan The Guardian Nick Davies menyifatkan komisen daripada News of the World sebagai "sumber emas" dan rasuah kepada pegawai-pegawai polis rasuah . Ia adalah tingkah laku yang menyalahi undang-undang yang lebih bahaya daripada hacking telefon.

Pada 12 Julai 2011, pegawai polis Metropolitan ,Sue Akers kepada melaporkan bahawa 170 orang daripada 3870 orang yang dinamakan dalam fail Glenn Mulcaire telah disiasat.Terdapat 11,000 muka surat bukti dengan 5000 nombor telefon .


Tuntutan maaf dan pampasan[sunting | sunting sumber]

Pihak yang menuntut ialah :

  1. Pelakon Sienna Miller .
  2. Pengulas Sukan Andy Gray .
  3. Pelakon Sienna Miller
  4. Kelly Hoppen , interior designer dan ibu tiri Miller
  5. Tessa Jowell , Ahli Parlimen dan bekas menteri kabinet
  6. David Mills , seorang peguam dan bekas suami Jowell
  7. Andy Gray , pakar sukan dan bekas pemain bola sepak
  8. Joan Hammell, pembantu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri , John Prescott
  9. Sky Andrew , ejen bakat sukan
  10. Nicola Phillips, pembantu kepada wartawan Max Clifford
  11. pelakon komik Steve Coogan

Tuntutan pampasan[sunting | sunting sumber]

  1. Pelakon Sienna Miller, telah menerima pampasan £ 100,000 ,kos undang-undang dan permohonan maaf.
  2. Andy Gray menerima bayaran £ 20,000 dan kos perundangan.

Penangkapan James Weatherup[sunting | sunting sumber]

Editor James Weatherup ditangkap pada 14 April 2011 . Bilangan telefon yang digodam mungkin lebih besar dari yang difikirkan. Komputer riba milik penyiasat persendirian yang diupah oleh akhbar News of the World mengandungi beribu-ribu nombor telefon bimbit. Polis juga mendapati 149 nombor pengenalan peribadi individu dan hampir 400 nombor mel suara yang unik yang boleh digunakan untuk mengakses mel suara .

Mel suara Milly Dowler[sunting | sunting sumber]

Akhbar The Guardian pada 4 Julai 2011 melaporkan bahawa polis menemui bukti bahawa penyiasat persendirian Glenn Mulcaire mengumpul maklumat peribadi tentang keluarga murid hilang Milly Dowler , berikutan kehilangan pada bulan Mac 2002 dan penemuan mayatnya yang dibunuh enam bulan kemudian. Wartawan News of the World telah mengupah penyiasat persendirian untuk menggodam peti masuk mel suara Dowler .Malah mereka telah menghapuskan beberapa mesej, memberi harapan palsu kepada polis dan kepada keluarga. Mereka turut memusnahkan bukti berharga tentang penculikan dan pembunuhan beliau oleh pembunuh bersiri Lewi Bellfield , yang didapati bersalah dan dipenjarakan seumur hidup pada bulan Jun 2011.

Sehingga Julai 2011, keluarga Dowler menuntut ganti rugi daripada News of the World.Perdana Menteri Britain David Cameron menyatakan aktiviti curi dengar dan godam telefon cukup membimbangkan. Ketua pembangkang Ed Miliband menyeru Ribka Brooks, selaku editor News of the World pada tahun 2002 mengakui kesalahannya. Tetapi Brooks menafikan beliau mengetahui tentng aktiviti hacking telefon itu.


Saudara-mara askar British yang terbunuh[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Julai 2011 akhbar Daily Telegraph melaporkan bahawa telefon beberapa saudara-mara askar British yang terbunuh di Iraq dan Afghanistan mungkin telah dicuri dengar.Kononnya butiran peribadi dan nombor telefon si mati ditemui dalam fail penyiasat persendirian Glenn Mulcaire.Ekoran tuduhan itu Majlis Diraja British menggantung semua hubungan dengan News of the World.

Mangsa serangan London 7/7 2005[sunting | sunting sumber]

Bapa dua mangsa memberitahu BBC bahawa pegawai polis yang menyiasat telah memberi amaran kepada mereka bahawa butiran kenalan mereka ditemui dalam senarai sasaran.Manakala ahli bomba yang membantu menyelamat berkata beliau telah dihubungi oleh pihak polis yang mengkaji tuduhan-tuduhan hacking.

Beberapa orang yang terselamat dari pengeboman juga mendedahkan bahawa polis telah memberi amaran kepada mereka bahawa telefon mereka mungkin telah dipintas.Mereka dinasihatkan untuk menukar kod keselamatan dan nombor PIN.

Mangsa Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Jonathan Rees selaku penyiasat persendirian terlibat dalam penggodaman telefon keluarga diraja.

Bekas Timbalan Perdana Menteri John Prescott mendakwa mempunyai bukti penglibatan Sunday Times. Bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown dikatakan bahawa akaun banknya telah di diakses oleh Sunday Times pada tahun 2000 dan The Sun bagi mendapatkan maklumat perubatan anaknya Fraser. Ribka Brooks telah menelefon Brown berhubung anaknya telah didiagnosis dengan cystic fibrosis .The Guardian berpendapat adalah tidak wajar The Sun mendapatkan rekod perubatan anak lelaki Brown.

Turut menjadi mangsa ialah bekas pesuruhjaya polis Metropolitan John Yates. Telefonya digodam antara tahun 2004 dan 2005. Telefon hos chat show host Paul O'Grady juga digodam oleh News of the World selepas beliau mengalami serangan jantung pada tahun 2006.

Sepupu Jean Charles de Menezes , warga Brazil yang ditembak mati oleh polis kerana disyakki dalam pengeboman London 2005. Telefon beliau digodam oleh News of the World selepas kematian Menezes . Kumpulan kempen Justice4Jean berkata: "keluarga Menezes sangat menderita ekoran telefon mereka digodam.

Boikot Pengiklan[sunting | sunting sumber]

Sebelum 7 Julai 2011, Virgin Holiday , Ford Motor Company dan General Motors (pemilik Vauxhall Motors ) menarik iklan mereka dari News of the World kerana kontroversi tersebut. Turut memboikot ialah syarikat telefon mudah alih Vodafone , O2 , T-Mobile ,Orange , Deutsche Telekom , France Telecom , EasyJet , Lloyds Banking Group , syarikat utiliti Jerman RWE (pemilik Npower ), Dixons , dan Tesco . Kesa Electricals dan Renault juga bertindak sama.

News of the World ditutup[sunting | sunting sumber]

James Murdoch mengumumkan pada 7 Julai 2011, selepas 168 tahun di cetak, News of the World akan menerbitkan edisi terakhir pada 10 Julai, dengan kehilangan 200 pekerjaan. Downing Street menyatakan mereka tidak ada peranan dalam keputusan itu. James Murdoch

Ramai eksekutif media berkata hacking telefon adalah lebih meluas daripada yang dipercayai sebelumnya dan bahawa mereka akan bekerjasama dengan siasatan ke atas dakwaan tersebut.

Terdapat spekulasi News of the World akan melancarkan edisi Ahad akhbar The Sun untuk menggantikan News of the World.

Tawaran pengambilalihan BSkyB ditarik balik[sunting | sunting sumber]

Rupert Murdoch menarik balik cadangan mengambil alih penyiar televisyen BSkyB kerana kemarahan yang berterusan . Dewan Parlimen juga menyeru News Corporation supaya membatalkan ambil alih itu.

Perletakan jawatan[sunting | sunting sumber]

Beberapa pekerja dan eksekutif kanan meletak jawatan dari News of the World dan syarikat induk News Corp selepas kemunculan tuduhan-tuduhan baru.


Rujukan[sunting | sunting sumber]