Skandal susu China 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rak-rak kosong di sebuah pasaraya di China kesan skandal susu.

Skandal susu China 2008 ialah satu insiden keselamatan makanan di Republik Rakyat China yang melibatkan susu dan rumusan bayi yang dicemari melamina. Pada 22 September, dilaporkan hampir 53,000 kes kesakitan, lebih 12,800 hantaran ke hospital, dan empat kematian bayi akibat karang ginjal dan kegagalan renal yang lain.[1][2] Kimia terbabit nampaknya dilancung ke dalam susu agar kelihatan mengandungi lebih protein. Kimia ini juga terlibat dalam satu insiden penarikan balik makanan haiwan pada 2007. Pada tahun 2004 di tanah besar China juga pernah berlakunya insiden berbeza yang mana susu kurang bermutu mengakibatkan 13 bayi mati akibat kekurangan khasiat.[3]

Mula-mulanya tertumpu pada Kumpulan Sanlu selaku peneraju pasaran susu bayi, siasatan kerajaan mendapati masalah ini juga terjadi dalam produk-produk keluaran 21 syarikat lain, termasuk Mengniu, Yili, dan Yashili.[4] Isu ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan makanan dan amalan rasuah di China, bahkan juga menjejaskan reputasi eksport makanan China; sekurang-kurangnya 11 negara telah mengharamkan semua pengimportan keluaran tenusu China. Akibat skandal ini dilakukan juga penahanan, sementara ketua Kumpulan Sanlu, beberapa pegawai kerajaan wilayah, serta Pengarah Pentadbiran Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin (AQSIQ) telah dipecat atau dipaksa meletak jawatan berikutan insiden ini.[5]

Melamina[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Melamina

Kedua-kedua melamina dan protein kaya dengan nitrogen jadi apabila kandungan protein dalam produk susu diperiksa dengan membandingkan kandungan nitrogen melalui kaedah-kaedah yang digunakan untuk memeriksa protein, tambahan melamina boleh menyorokkan penipuan pencairan kandungan susu (untuk memenuhi standard kandungan protein dalam susu). Penggunaan melamina dalam pengeluaran makanan dilarang di China dan negara lain kerana ia dikenalpasti sebagai penyebab kegagalan ginjal dan masalah kencing sama ada kepada manusia mahupun binatang apabila ia bercampur dengan asid sianurik dalam badan[6][7] yang kadangkala hadir dalam air minuman dan makanan haiwan.[8]

Tidak diketahui pada masa bila melamina dicampurkan dalam susu. Melamina tidak larut air dan mesti dicampurkan dengan formaldehida atau bahan pelarut organik lain sebelum ia boleh larut dalam susu.[9]

Bahan kimia yang sama pernah digunakan untuk memberi keputusan palsu dalam pemeriksaan protein, seperti dalam kes panggilan semula makanan binatang peliharaan di Eropah dan Amerika Syarikat pada tahun 2007, dan juga untuk menyembunyikan kualiti yang rendah dalam makanan lembu yang digunakan oleh sesetengah penternak termasuk peladang soya dan jagung.[10]

Melamina mungkin sudah menjadi satu daripada rantai makanan di China pada sekian lamanya kerana siromazin, satu derivatif daripada melamina, adalah satu perkara biasa yang digunakan di China sebagai racun serangga. Siromazin diserap dalam tumbuhan sebagai melamina, dan berkemungkinan hadir dalam rantaian makanan termasuk dalam ayam itik, telur, ikan dan produk tenusu.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Scott McDonald, "Nearly 53,000 Chinese children sick from milk", Associated Press (22 September 2008)
  2. Jane Macartney, China baby milk scandal spreads as sick toll rises to 13,000, The Times (22 September 2008)
  3. "China 'fake milk' scandal deepens", BBC, 22 April 2004. Dicapai pada 2008-09-25. 
  4. "China seizes 22 companies with contaminated baby milk powder". Xinhua. 16 September 2008. http://news.xinhuanet.com/english/2008-09/17/content_10046949.htm. 
  5. Patsy Moy and agencies, "Fall guys - Sacked, The Standard (23 September 2008)
  6. Stephen Chen, "Melamine - an industry staple", Page A2, South China Morning Post (18 September 2008)
  7. Melamine: FAQs CBC News (22 September 2008)
  8. "21CFR573.220 Feed-grade biuret". FDA. 1 April 2006. http://www.accessdata.fda.gov/scripts/cdrh/cfdocs/cfCFR/CFRSearch.cfm?fr=573.220. Capaian 2007-05-06. 
  9. Gillian Wong, China's dairy farmers fret as milk scandal grows, Associated Press (22 September 2008)
  10. "Melamine use "rampant" in China feed business", Reuters, Thu Sep 25, 2008 12:49am. Dicapai pada 2008-09-26. 
  11. "Melamine 'widespread' in China's food chain", New Scientist, 23 September 2008. Dicapai pada 2008-09-26. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]