Skandium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
21 kalsiumskandiumtitanium
-

Sc

Y
Sc-TableImage.png
Umum
Nama, Simbol, Nombor skandium, Sc, 21
Siri kimia logam peralihan
Kumpulan, Kala, Blok 3, 4, d
Rupa putih keperakan
Scandium sublimed dendritic and 1cm3 cube.jpg
Jisim atom 44.955912(6) g/mol
Konfigurasi elektron [Ar] 3d1 4s2
Bilangan elektron per petala 2, 8, 9, 2
Sifat fizikal
Keadaan pepejal
Ketumpatan (sekitar suhu bilik) 2.985 g/cm³
Ketumpatan cecair pada takat lebur 2.80 g/cm³
Takat lebur 1814 K
(1541 °C, 2806 °F)
Takat didih 3109 K

(2836 °C, 5136 °F)

Haba pelakuran 14.1 kJ/mol
Haba pengewapan 332.7 kJ/mol
Muatan haba (25 °C) 25.52 J/(mol·K)
Tekanan wap
P/Pa 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada T/K 1645 1804 (2006) (2266) (2613) (3101)
Sifat atom
Struktur hablur heksagonal
Keadaan pengoksidaan 3
(oksida bes lemah)
Keelektronegatifan 1.36 (skala Pauling)
Tenaga pengionan pertama: 633.1 kJ/mol
kedua: 1235.0 kJ/mol
ketiga: 2388.6 kJ/mol
Jejari atom 160 pm
Jejari atom (kiraan) 184 pm
Jejari kovalen 144 pm
Lain-lain
Sifat kemagnetan  ???
Kerintangan elektrik (s.b.) (α, poly)
calc. 562 nΩ·m
Kekonduksian terma (300 K) 15.8 W/(m·K)
Pengembangan terma (s.b.) (α, poly)
10.2 µm/(m·K)
Modulus Young 74.4 GPa
Modulus ricih 29.1 GPa
Modulus pukal 56.6 GPa
Nisbah Poisson 0.279
Kekerasan Brinell 750 MPa
Nombor CAS 7440-20-2
Isotop
iso NA separuh hayat DM DE (MeV) DP
44mSc syn 58.61 h IT 0.2709 44Sc
γ 1.0, 1.1, 1.1 -
ε - 44Ca
45Sc 100% Sc stabil dengan 24 neutron
46Sc syn 83.79 d β- 0.3569 46Ti
γ 0.889, 1.120 -
47Sc syn 3.3492 d β- 0.44, 0.60 47Ti
γ 0.159 -
48Sc syn 43.67 h β- 0.661 48Ti
γ 0.9, 1.3, 1.0 -
Rujukan

Skandium adalah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Sc dan nombor atom 21. Sejenis logam peralihan yang lembut, keperakan dan putih, skandium wujud dalam galian nadir daripada Skandinavia dan kadang kala dikelaskan bersama-sama dengan yttrium dan lantanid-lantanid sebagai nadir bumi.

Sifat-sifat utama[sunting | sunting sumber]

Skandium adalam sejenis unsur logam yang nadir, lembut, keperakan dan sangat ringan yang akan menghasilkan salutan kekuningan atau merah jambu apabila terdedah kepada udara. Logam ini tidak akan diserang oleh campuran 1:1 asid nitrik(HNO3) dan 48% HF.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kira-kira 20 kg (dalam bentuk Sc2O3) skandium digunakan setiap tahun di Amerika Syarikat untuk membuat lampu berkeamatan tinggi. Skandium iodida yang dicampur ke dalam lampu wap raksa akan menghasilkan sumber cahaya buatan kecekapan tinggi yang menyerupai cahaya matahari dan membolehkan salinan warna yang baik untuk kamera TV. Lebih kurang 80 kg skandium digunakan sejagat setiap tahun dalam pembuatan lampu mentol. Isotop radioaktif Sc-46 digunakan dalam peretak penapis minyak sebagai agen penyurih.

Penggunaan utamanya dari segi isipadu adalah aloi aluminium-skandium untuk industri aeroangkasa dan juga untuk peralatan sukan (basikal, bet besbol, senjata api, dsb) yang memerlukan penggunaan bahan berprestasi tinggi. Apabila dicampur dengan aluminium, skandium boleh menghasilkan pembaikan dari segi kekuatan (pada suhu ambien dan suhu ternaik), kemuluran, tindak balas penuaan dan penghalusan ira melalui pembentukan fasa Al3Sc. Tambahan lagi, ia dapat mengurangkan pemejalan retak semasa pengimpalan aloi aluminium berkekuatan tinggi.

Pengilang basikal mendakwa bahawa penggunaan asal aloi skandium-aluminium adalah pada muncung kon peluru berpandu balistik lancaran kapal selam Kesatuan Soviet. Kekuatan daripada hasil muncung kon tersebut adalah mencukupi untuk menembusi litupan ais tanpa kerosakan, maka membolehkan pelancaran peluru berpandu semasa masih lagi tenggelam di bawah litupan ais Artik. Sekiranya dakwaan ini benar, ini akan memberikan penjelasan mengapa simpanan stok bekas Kesatuan Soviet adalah sumber utama Skandium.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dmitri Mendeleev menggunakan hukum berkala, dalam tahun 1869, untuk meramal kewujudan dan juga sifat-sifat tiga unsur yang belum diketahui termasuklah satu yang beliau namakan ekaboron.

Lars Fredrick Nilson dan pasukannya, tidak menyedari tentang ramalan tersebut pada musim bunga tahun 1879, sedang mencari logam-logam nadir bumi; dia telah menemui unsur yang baru menggunakan analisis spektra dalam mineral euksenit dan gadolinit. Beliau namakannya sebagai Skandium, daripada Latin Scandia yang bermaksud "Skandinavia", dan dengan cara pengasingan unsur dengan memproses 10 kilogram euksenit dengan sisa baki nadir bumi, beliau berjaya memperolehi 2 gram skandium oksida (Sc2O3) yang sangat tulen.

Per Teodor Cleve membuat kesimpulan bahawa skandium berpadanan tepat dengan ekaboran yang dicari-cari, dan telah memberitahu Mendeleev tentang perkara itu pada bulan Ogos.

Fischer, Brunger, and Grienelaus menyediakan logam skandium dengan julung-julung kalinya pada tahun 1937, melalui elektrolisis leburan eutektik kalium, litium, dan skandium klorida pada suhu 700 to 800°C. Dawai tungsten dalam sebekas zink cecair merupakan elektrod-elektrod dalam mangkuk pijar grafit. Paun pertama ketulenan 99% logam skandium tidak dihasilkan sehinggalah tahun 1960.

Ragam kewujudan[sunting | sunting sumber]

Skandium teragih secara luas pada bumi, dan wujud pada kandungan yang surih dalam lebih daripada 800 mineral. Hanya galian nadir daripada Skandinavia dan Madagascar seperti tortveitit, euksenit dan gadolinit merupakan sumber padat yang diketahui bagi unsur ini (yang tidak pernah dijumpai dalam bentuk unsur bebas). Ia ditemui pada hasil baki setelah tungsten disarikan daripada wolframit.

Warna biru beril jenis akuamarin dianggap disebabkan oleh skandium.

Pengasingan[sunting | sunting sumber]

Tortveitit merupakan sumber perdana skandium dan hasil sampingan amang kisaran uranium juga merupakan sumber penting. Skandium tulen dihasilkan secara komersil melalui penurunan skandium fluorida dengan logam kalsium.

Sumber utama skandium adalah daripada simpanan stok ketenteranan bekas Kesatuan Soviet, yang juga merupakan hasil penyarian daripada amang uranium. Tidak terdapat penghasilan utama di benua Amerika dan Eropah.

Sebatian[sunting | sunting sumber]

Keadaan pengoksidaan paling biasa bagi skandium dalam sebatian adalah +3. Unsur ini menyerupai yttrium dan logam nadir bumi lebih daripada aluminium atau titanium (yang berada lebih dekat dalam jadual berkala).

Isotop[sunting | sunting sumber]

Skandium yang wujud secara semula jadi hanyalah terdiri daripada 1 isotop stabil 45Sc. 13 radioisotop telah dicirikan dengan isotop yang paling stabil adalah 46Sc dengan separuh hayat 83.79 hari, 47Sc dengan separuh hayat 3.3492 hari, dan 48Sc dengan separuh hayat 43.67 jam. Kesemua isotop radioaktif lain mempunyai separuh hayat kurang daripada 4 jam dan kebanyakannya mempunyai separuh hayat kurang daripada 2 minit. Unsur ini juga mempunyai 5 keadaan meta dengan yang paling stabil adalah 44mSc (t½ 58.6 j).

Isotop-isotop skandium mempunyai berat atom yang berjulat antara 39.978 uja (40Sc) dan 53.963 uja (54Sc). Cara reputan utama sebelum satu-satunya isotop stabil, 45Sc, adalah tawanan elektron dan merupakan cara utama selepas pancaran beta. Hasil reputan utama sebelum 45Sc adalah isotop unsur 20 (kalsium) dan hasil utama selepas itu ialah isotop unsur 22 (titanium).

Langkah pengawasan[sunting | sunting sumber]

NFPA 704
Nfpa h3.pngNfpa f0.pngNfpa r2.png

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]