Skim piramid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peningkatan berganda geometri yang tidak dapat diteruskan dalam skim piramid klasik.

Skim piramid ialah model perniagaan yang tidak dapat dikekalkan yang membabitkan pertukaran wang terutamanya bagi mendaftar peserta baru ke dalam skim ini, biasanya tanpa barangan atau perkhidmatan disertakan.

Skim piramid adalah haram di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat,[1] Great Britain, Australia dan New Zealand.[2] Skim sebegini telah wujud selama sekurang-kurangnya satu dekad.

Model[sunting | sunting sumber]

Terdapat model perniagaan lain yang menggunakan jualan-silang seperti multi-level marketing (MLM) atau rancangan parti yang sah dan mampu bertahan, sungguhpun terdapat bahagian kabur dalam kebanyakan kes. Kebanyakan skim pyramid mengambil peluang ke atas kekeliruan antara perniagaan sebenar dan penipuan membuat wang yang rumit.

Idea asas bagi setiap penipuan adalah seseorang itu membuat hanya satu pembayaran, tetapi dijanjikan keuntungan berganda dari orang lain sebagai balasannya. Contoh biasa mungkin tawaran yang dengan bayaran, membenarkan mangsa menjual tawaran yang sama kepada orang lain, atau menerima bonus melalui orang yang mereka rujukkan. Setiap penjualan merangkumi bayaran kepada penjual asal.

Jelas, kelemahannya adalah tidak terdapat keuntungan akhir; secara mudah wang itu bergerak ke rantaian atas, dan hanya orang asal (atau paling baikpun, sebahagian kecil peserta) menang dalam penipuan pengikut mereka. Sudah pasti, orang yang dalam keadaan paling buruk adalah mereka yang berada di dasar pyramid: mereka yang menyertai skim tersebut, tetapi tidak mampu mendapatkan sebarang pengikut di bawah mereka sendiri. Untuk mengemburkan tindakan ini, kebanyakan skim mempunyai rujukan, maklumat dan persaksian palsu.

Internet[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2003, satu "skim piramid" berasaskan Internet [3] dibongkar oleh FTC, di mana pelanggan membayar yuran pendaftaran bagi menyertai program dan membeli pakej yang termasuk gudang Internet (Internet mall) dan khidmat dan barangan berkait. Aduan FTC menyatakan bahawa syarikat menjamin pengguna yang membeli pakej tersebut bahawa pakej tersebut akan membenarkan mereka mendapat komisen bagi setiap WebSuite yang dijual.

FTC menuduh bahawa syarikat tersebut salah tonjol bahawa pelanggan yang terbabit dalam skim mereka akan mendapat pendapatan yang lumayan, sedangkan kebanyakan pelanggan kerugian dalam operasi tersebut, dan pembela membekalkan bahan pemasaran penipuan kepada rakan berkait (affiliates - membekalkan mereka cara menipu orang lain; dan akhirnya, syarikat gagal menjelaskan bahawa sebahagian besar peserta akan kehilangan wang, dan skim tersebut sebenarnya merupakan skim piramid haram.

Ciri-ciri penentuan[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri penentuan skim sebegini adalah fakta bahawa barangan yang dijual tidak bernilai atau bernilai rendah secara sendirinya atau dijual pada harga jauh lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran adil. Sebagai contoh termasuk "barangan" seperti risalah, kaset rakaman, atau system yang sekadar menjelaskan kepada pembeli cara mendapatkan peserta baru, atau membeli nama dan alamat bagi calon pembeli masa hadapan. Kos untuk "keluaran" sebegini mampu meningkat sehingga ratusan atau ribuan ringgit. Versi Internet biasa membabitkan penjualan dokumen berjudul "Bagaimana membuat $1 juta di Internet" dan sepertinya. Hasilnya adalah hanya orang yang menyertai skim tersebut akan membelinya dan satu-satunya cara membuat duit adalah mendapatkan lebih ramai orang bawahan yang akan membayar dengan harga yang lebih dari nilai barangan. Jumlah tambahan ini digunakan bagi membiayai skim pyramid ini. Hasilnya, skim ini berakhir dengan membayar peserta baru melalui jualan barangan dengan harga yang tinggi dan bukannya melalui pembayaran yuran pendaftaran awal “peserta”.

Ciri-ciri utama skim piramid termasuk yang berikut (tidak menyeluruh):-

  • Hebahan jualan yang bersemangat (kadang-kala termasuk prop dan/atau promosi).
  • Tiada atau hanya sedikit maklumat mengenai syarikat kecuali sekiranya pelabur membeli barangan dan menjadi peserta.
  • Janji yang kabur mengenai potensi pendapatan yang tiada had.
  • Tiada keluaran, atau keluaran dijual pada harga yang melampau dari harga sebenar di pasaran. Sebagaimana syarikat induk, barangan digambarkan secara kabur.
  • Aliran pendapatan yang bergantuung kepada komisen yang didapati melalui pendaftaran ahli baru atau melalui pembelian barangan untuk kegunaan ahli dan bukannya bagi penjualan kepada pelanggan yang bukan pelanggan kepada skim tersebut.
  • Kecenderungan untuk hanya pelabur awal/peserta yang benar-benar mendapat keuntungan.
  • Cuba menyakinkan bahawa tidak salah menyertai skim tersebut.

Perbezaan utama antara skim ini dan perniagaan ‘’Multi-level marketing – (MLM) yang sah adalah yang terkemudian memberikan pendapatan yang mencukupi hasil jualan barangan atau perkhidmatan berkait kepada pelanggan yang tidak menyertai skim tersebut. Sementara sesetengah perniagaan MLM itu turut menawarkan komisen dari pengambilan pelanggan baru, ini tidak penting bagi menjayakan operasi business tersebut oleh setiap ahli. Ketiadaan bayaran bagi mendapatkan ahli baru juga bukannya bererti sesebuah MLM bukannya pelindung bagi skim piramid. Ciri-ciri yang membezakan adalah saada wang bagi skim tersebut sebahagian besarnya dating dari peserta itu sendiri (skim piramid) atau dari jualan barangan atau perkhidmatan kepada pelanggan yang tidak menyertai skim tersebut (MLM yang sah).

Ketepuan pasaran[sunting | sunting sumber]

Lebih 90% dari peserta yang terbabit dalam skim pyramid tidak pernah mendapat balik pelaburan awal mereka.

Mereka yang di dasar pyramid, tidak kira bagaimana cetek atau dalam ia, akan sentiasa “kehilangan” wang mereka. Ia mudah bagi melihat bilangan di dasar piramid “sentiasa” melebihi jumlah kesemua aras atas, tidak kisah berapa banyak tingkat yang ada. Jika setiap tingkat perlu mendapatkan enam di bawah mereka, nisbah rugi kepada untung adalah hamper 5 kepada 1 - ~84% dari kesemua pelabur akan kehilangan pelaburan mereka. Secara reality Piramid ini tidak akan seimbang dengan sempurna dan sesetengah peserta mungkin mampu mendapatkan sebahagian jumlah peserta mereka, tetapi prinsip yang sama masih diguna-pakai.

model "8-bola"[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan skim pyramid lebih maju (‘’sophisticated’’) berbanding model mudah. Ini mengenali bahawa mendapatkan sejumlah besar peserta baru kedalam skim ini mungkin sukar dengan itu model yang kelihatan lebih mudah digunakan. Dalam model ini setiap orang perlu mendapatkan dua peserta yang lain, tetapi pencapaian mudah ini ditengelami dengan peningkatan tingkat yang diperlukan bagi mendapatkan wang turut meningkat. Skim ini memerlukan seseorang mendapatkan dua orang baru, yang perlu mendapatkan dua peserta baru, yang perlu mendapatkan dua peserta baru.

Skim ini tidak menerangkan yang ianya adalah sebenarnya skim piramid. Sebaliknya ianaya menamakan skim ini sebagai skim "jariah" atau "sumbangan amal"

Apa pun nama yang digunakan sebenarnya skim ini ada 15 ahli dalam 4 tingkat ( 1 + 2 + 4 + 8 = 15). Contohnya dalam satu skim individu palin atas (1) adalah malim/ketua/pengerusi. dan dua orang di bawah adalah naib pengerusi/ketua. 4 (empat) orang dibawah adalah ahli kanan dan lapan orang di bawaha adalah ahli biasa.

Lapan (8) orang ahli biasa harus membayar (ATAU "MENYUMBANG" ) sejumlah ( contohnya RM1000) untuk menyertai skim ini. Sejumlah RM8000 diambil oleh Pengerusi/Ketua yang kemudian keluar dari rangkaian ini, manakala ahli lain naik keatas rangkaian ini. Kini terdapat dua ketua dan kumpulan itu terbahagi kepada dua. Setiap satu kumpulan perlu mencari lapan ahli baru untuk ketua-ketua mendapat laba. Seseorang hanya dapat imbuhan sekiranya dia telah menjadi ketua bagi skim. Ini bermakna dia perlu sekurang-kurangnya 14 ahli sebelum dia mendapat habuan. Apa yang pasti , sesiapa yang berada di tiga (3) tingkat dibawah akan pasti kehilangan wang mereka apabila skim ini ranap!

Model 8-bola mengandungi jumlah keseluruhan 15 ahli.

Skim Matrix[sunting | sunting sumber]

Skim matrix menggunakan sistem tidak kukuh dan menipu seperti skim piramid. Disini ahli perlu membayar untuk mendapat satu produk eksklusif dan berharga. Hanya segelintir dari ahli akan mendapat produk yang dijanjikan. Ini adalah kerana skim matrik mengikut undang-undang geometrik seperti piramid ianya lama-kelamaan akan ranap. Skim seperti ini mberjalan dengan menggunakan turutan, dimana seorang yang mengepalai turutan akan mendapat produk seperti kereta, alat eletrik , penapis air atau produk kesihatan. Tetapi hanya setelah sejumlah orang menyertai skim ini. Contohnya sepuluh orang ahli baru diperlukan sebelum orang di hadapan mendapat barangan dan meninggalkan turutan. Setiap ahli harus membeli barangan yang mahal dan tidak berguna, untuk mendapat tempat diturutan. Penganjur mendapat untung kerana pendapatan dari orang yang menyertai adalah lebih tinggi dari kos untuk memberi barangan kepada orang dihadapan. Mereka juga boleh lebih banyak mengaut untung dengan menganjurkan skim menggunakan nama "hantu"- orang yang tidak wujud sebelum orang sebenar mendapat laba. Skim ini akan runtuh apabila tidak ada orang yang menyertai.

Kes terbaru yang berkaitan[sunting | sunting sumber]

The Malaysian SwissCash TM[sunting | sunting sumber]

swiss Mutual Fund pada mulanya menyatakan didalam laman webnya nya - ianya ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua oleh Keluarga Cheviot

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Pyramid Schemes Debra A. Valentine, General Counsel, Federal Trade Commission
  2. Laws and Regulations Covering Multi-Level Marketing Programs and Pyramid Schemes Consumer Fraud Reporting.com
  3. FTC Charges Internet Mall Is a Pyramid Scam Federal Trade Commission

== SKIM PIRAMID == selalunya mereka yang mengamalkan skim cepat kaya ini adalah orang-orang yang tak bertanggungjawab. Tapi ramai orang masuk kerana tiada usaha yang perlu dibuat hanya menunggu keuntungannya yang telah dijanjikan berlipat kali ganda. Tiada Produk dikeluarkan, hanya deposit dari ahli-ahlinya, keuntungannya dari deposit yang dilaburkan oleh ahli-ahli terkemudian. Selalunya keuntungan pelabur awal akan lebih bayak dari pelabur terkemudian.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]