Skop Productions

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Skop Production Sdn Bhd)
Skop Productions Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriHiburan
Wayang gambar
Ditubuhkan13 Mac 1984; 40 tahun yang lalu (1984-03-13)[1]
PengasasYusof Haslam Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatDanau Kota, Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingDatuk Dr. Yusof Haslam (Pengasas dan Pengarah Urusan) [2]
KeluaranFilem
Televisyen
Tapak webwww.skop.com.my
IMDB: co0087696 Facebook: skopofficial Instagram: skopofficial_ LinkedIn: skopproductions Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Skop Productions Sdn. Bhd. merupakan syarikat penerbitan televisyen dan filem Malaysia yang beribu pejabat di Danau Kota, Kuala Lumpur, ditubuhkan pada 13 Mac 1984 oleh Datuk Dr. Yusof Haslam. [1] Sehingga 2019, syarikat ini telah menerbitkan 44 filem cetera dan lebih dari 30 rancangan televisyen.

Filem pertama terbitan syarikat ini ialah Bayangan Maut (1991) yang menerima dua pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-9 dan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Pyongyang. Filem kedua terbitan Skop Productions ialah Pemburu Bayang (1993) yang bergenre aksi misteri. Ia seterusnya diikuti oleh beberapa filem pecah panggung termasuk filem drama romantik aksi Sembilu (1994) dan kesinambungannya pada 1996. Pada 1999, Skop menerbitkan drama kepolisan Gerak Khas yang menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai siri televisyen kepolisan paling lama bersiaran.

Skop Productions menerbitkan tiga filem yang menguntungkan bagi 2010 dan 2011, aksi perlumbaan Evolusi KL Drift 2 (2010), seram Khurafat: Perjanjian Syaitan dan KL Gangster (2011). Tiga filem terbitan syarikat ini bagi 2011 merupakan kejayaan komersial, kecuali Aku Bukan Tomboy yang gagal mengulangi kejayaan dua filemnya bagi tahun tersebut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Skop Productions ditubuhkan pada 13 Mac 1984 oleh Datuk Dr. Yusof Haslam yang ketika itu berusia 31 tahun dengan ibu pejabatnya terletak di Danau Kota, Kuala Lumpur. Syarikat ini hanya mempunyai dua kakitangan semasa awal penubuhannya. Remang-Remang Kota Raya ialah produksi sulung Skop yang bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1986.[3] Siri drama lakonan Datuk Yusof Haslam, A. Galak serta Nancy Fong dan Majed Saleh mengisahkan kehidupan seharian satu sekumpulan polis Malaysia yang menangani kes-kes jenayah terutamanya penjenayah tempatan.

Pada tahun 1991, Skop menerbitkan filem sulungnya Bayangan Maut arahan Yusof, yang turut menulis lakon layar dan berlakon. Filem yang ditayangkan pada 1 Januari 1991 yang menerima dua pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-9 dan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Pyongyang. Ia turut melancarkan kerjaya lakonan Ratu Rock Negara, Ella.

Pada 18 Ogos 1994, syarikat ini menerbitkan filem drama percintaan, Sembilu yang mengisahkan kisah cinta antara penyanyi rock terkenal, Awie, dengan kekasihnya Wati yang dihalang oleh abang Wati. Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan mencipta rekod baharu industri perfileman tempatan dengan meraih kutipan tertinggi sebanyak RM4.39 juta, sekaligus melancarkan kerjaya lakonan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain. Kesinambungannya, Sembilu II ditayangkan pada 1995 dan Tragedi Oktober pada tahun 1996.

Skop Productions bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia menerbitkan drama kepolisan Gerak Khas yang memulakan siaran di RTM sejak 4 Mei 1999, barisan pelakon asal terdiri dari AC Mizal, A. Galak, Abby Abadi, Farid Amirul, dan Deen Maidin. Gerak Khas diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai 'Drama Bersiri Paling Lama Bertahan’.[4][5]

Pada tahun 2008, Skop menerbitkan filem Evolusi KL Drift yang dikeluarkan pada 3 April. Ia menjadi filem pertama Skop di bawah arahan Syamsul Yusof dan yang pertama dalam tempoh tiga tahun. Kejayaan filem ini berserta kesinambungannya, Evolusi KL Drift 2 turut melahirkan sebuah siri televisyen adaptasi kedua-dua filem ini, Evolusi KL Drift: The Series yang disiarkan di RTM pada 2012.[6]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini banyak menghasilkan drama bersiri untuk beberapa stesen televisyen. Kebanyakan drama bersiri syarikat ini disiarkan menerusi RTM. Antaranya, siri Gerak Khas, yang sudah ke udara sejak 1999 lagi. Antara drama yang dihasilkan ialah:

Televisyen Istimewa[sunting | sunting sumber]


Telemovie

*Tirai Malam (TV2)

*Asmara Beijing (Astro Ria)

*Sempurnakah Aku (Astro Ria)

*Kembalikan Syawal (TV2)

Anak syarikat[sunting | sunting sumber]

Selain daripada penerbitan televisyen dan filem, Skop Productions juga mempunyai beberapa anak syarikat yang mengendalikan perniagaan lain. Antaranya:

  • Haslam Trading (Katering Haslam, Restoran Haslam)
  • Haslam Properties
  • Skop Publishing
  • Skop Audio Visual Enterprise

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Wajah baharu Gerak Khas Diarkibkan 2018-04-26 di Wayback Machine Kosmo! (6 Februari 2014). Dicapai pada 26 April 2014.
  2. ^ Bissme (31 October 2017). "A life in films". The Sun. m/s. 18. Dicapai pada 4 November 2017.
  3. ^ Abd Aziz Itar (13 Februari 2008). Yusof Haslam 23 tahun terbitkan drama kepolisan Utusan Malaysia. Diperoleh pada 26 April 2012.
  4. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (26 Januari 2014). Kuasa Gerak Khas Diarkibkan 2018-04-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 April 2014.
  5. ^ Wajah baharu Gerak Khas Diarkibkan 2018-04-26 di Wayback Machine Kosmo! (6 Februari 2014). Dicapai pada 26 April 2014.
  6. ^ Budiey (3 March 2008). Filem Evolusi KL Drift: Filem Terbaik Skop Production? Sensasi Selebriti. Retrieved 5 October 2012.
  7. ^ Drama bersiri Gerak Khas paling lama bertahan Diarkibkan 2018-08-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (15 Oktober 2015). Diperoleh pada 31 Oktober 2015.
  8. ^ Abdul Aziz Itar (11 Julai 2011). Khurafat The Series yakin lulus LPF Diarkibkan 2018-03-01 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 21 Julai 2011.
  9. ^ Budiey (28 Februari 2012). Kisah unit elit polis dalam Metro Skuad Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 April 2012.
  10. ^ Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop Productions Diarkibkan 2017-12-09 di Wayback Machine Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
  11. ^ Budiey (12 Mei 2009). Drama Si Capik Lakonan Ery Putra, Zack X Factor Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Jun 2017.
  12. ^ "Sentuhan terbaru Syafiq Yusof". Sinar Harian. 25 November 2015. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  13. ^ Sopi Sekuriti bukan sekadar komedi Sinar Harian (20 Februari 2012). Diperoleh pada 19 April 2012.
  14. ^ Drama Dia Bidadariku (Astro)
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-15. Dicapai pada 2017-12-09.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pangkalan web
Media sosial