Slendro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sléndro (atau saléndro) ialah salah satu daripada dua skala muzik dalam gamelan musik. Skala ini lebih mudah difahami berbanding dengan pelog, skala yang lain, kerana ia pada dasarnya mempunyai hanya lima nada dekat yang berjarak hampir sama dalam satu oktaf.

Oleh sebab itu, Slendro mempunyai jeda sempurna keempat yang lebih sempit (sekitar 480 sen), berbeza dengan jeda pelog yang lebih lebar.

Nama nada[sunting | sunting sumber]

Nada-nada dalam skala Slendro boleh dinamai dengan berbagai-bagai cara. Salah satu cara yang biasa adalah untuk menggunakan nombor, khususnya dalam bentuk ringkas. Nama-nama yang lebih lama diterbitkan daripada nama-nama bahagian tubuh. Perhatikanlah bahawa kedua-dua sistem ini mempunyai nama yang sama untuk 5 dan 6. Tidak adanya nombor 4, mungkin kerana ia merupakan nada yang luar biasa dalam pelog dan tidak digunakan ketika berpinda nada antara kedua-dua sistem ini.

Nombor Nombor bahasa Jawa Nama tradisional
Nama penuh Nama ringkas Nama penuh Makna harfiah
1 siji ji panunggal kepala
2 loro ro gulu leher
3 telu lu dada dada
5 lima ma lima tangan (lima jari)
6 enem nem nem tidak diketahui

Nama "barang" kekadang juga digunakan untuk 1 dalam Slendro ("barang" ialah nama biasa untuk 7 dalam pelog); namun oktafnya disebut sebagai barang alit.