Slim, Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pekan Slim
Coat of arms of Perak.svg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Perak
Daerah Daerah Batang Padang
Mukim Pekan Slim
Keluasan N/A

Pekan Slim merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perak, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentakbiran Daerah Batang Padang.

Pekan Slim berhampiran dengan Kampung Slim dan bandar Slim River, di negeri Perak, Malaysia.

Slim dan Slim River berasal dari ladang-ladang getah pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Ramai buruh ladang dibawa masuk dari Sri Lanka dan selatan India untuk menjadi buruh ladang - menebang hutan, menanam pokok getah dan menoreh getah apabila pokok getah telah matang.

Baiknya peladang-peladang British ini, mereka telah membina rumah-rumah ladang lengkap dengan bilik dua buah, air, elektrik , jalan raya, kuil, masjid, klinik, sekolah dan lain-lain. Ladang-ladang ini telah berkembang menjadi pekan dan bandar seperti Slim River, Behrang, dan Bidor.

Pada kemaraan tentera Jepun dari utara Semenanjung Malaysia ke selatan menuju Singapura, jambatan Slim River menjadi medan pertempuran utama antara tentera British dengan tentera Jepun. Bagi melambatkan kemaraan tentera Jepun, jambatan Slim River yang penting di Sungai Slim telah diletupkan oleh tentera British.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]