Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri Simpang Gelami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Smk simpang gelami)
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri
Lokasi
 Malaysia Bt 4 1/2 Peradong Simpang Gelami, 71600, Kuala Klawang, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSMK DUSAJ Namamu Di Persada Negara
Nombor sekolah6066136895
Kod sekolahNEA0026
Pengerusi PIBGTn. Haji Azhar bin Awaluddin
PengetuaPn. Hafsah binti Haji Mohd Isa
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Mazni binti Mohamed Isa
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Samsiah binti Hassan
Penolong Kanan KokurikulumEn. Mohd Nor Silmi bin Hanawi
Faks6066138318
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri atau nama ringkasnya SMK DUSAJ, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampung Simpang Gelami iaitu kira-kira 8 km dari pekan Kuala Klawang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri memiliki 207 orang pelajar lelaki dan 215 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 422 orang. Ia mempunyai seramai 34 orang guru.2009

SMK DUSAJ mempunyai pelajar yang pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asli menjadikan sekolah menarik dengan pelbagai budaya.

Sekolah ini mempunyai Kelas Aliran Agama (KAA) untuk tingkatan 1, 2 dan 3. Pada 2023, sekolah ini mencatat sejarah apabila membuka KAA pertama untuk tingkatan 4. Subjek Sains Tulen Agama yang ditawarkan ialah Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah di samping subjek sains iaitu Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi serta subjek teras. Semua pelajar KAA ditawarkan tempat tinggal di asrama yang amat selesa.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK DUSAJ siap dibina pada tahun 1983 dan mula beroperasi pada 13 Januari 1984 di atas tanah seluas 6075 hektar. Nama pertama sekolah ini ialah Sekolah Menengah Rendah Simpang Gelami sebelum ditukar kepada SMK Simpang Gelami (SMK SG) pada tahun 2002. Pada tahun 2012, SMK SG ditukar kepada SMK DUSAJ setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui penukaran nama ini, diharapkan warga sekolah dapat mencontohi tokoh tersebut.

SMK DUSAJ merupakan sebuah sekolah yang telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan malahan di peringkat antarabangsa. Pada 2011, Sekolah ini telah menerima anugerah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sekaligus telah melonjakkan imej sekolah ini.

Antara pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah Tn. Haji Rosdin bin Kasim (2006-2012), Pn. Hajah Azizah binti Musa (2013-2014), Tn. Norazman bin Mohd Amin (2014-2017) dan Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom (2017-2019). Pn. Hafsah binti Haji Mohd Isa mula mengetuai sekolah ini sejak 2019 sehinggalah ke hari ini.

SENARAI PENGETUA SMK DUSAJ:

1. Tuan Haji Abdullah bin Saffar (1984-1986)

2. Tn. Mahadi bin Abdul Rahman (1986-1991)

3. Tn. Chor Swee Meng (1992-1994)

4. Tn. Amir Shariffudin bin Ahmad (1995-1998)

5. Tn. Abdul Hamid bin Ibrahim (1998-2003)

6. Pn. Junaidah binti Ibrahim (2003-2004)

7. Pn. Aziza binti Abdul Aziz (2004-2006)


LAGU SEKOLAH:

Riang Bersama Menuju

Ke Suatu Destinasi

Pelbagai Bangsa Setia Berbakti

Keranamu SMK DUSAJ Tercinta

Berjayalah Anak Negeri

Bersama Menggapai Cita-cita

Budaya dan Budi Etika Bersama

Belajar Berusaha dan Berjaya

Kata Keramat Kami Semua

Belajar Berusaha dan Berjaya

Lagu : Md Taha Amri

Lirik : SMK Simpang Gelami


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) pada tahun 2015.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri,
Simpang Gelami,
71600 Kuala Klawang
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066136895
Faks = 6066138318

Pautan luar[sunting | sunting sumber]