So You Think You Can Dance (Malaysia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
So You Think You Can Dance
SYTYCD.png
So You Think You Can Dance
Format Rancangan permainan realiti interaktif
Pencipta United Kingdom Nigel Lythgoe
United Kingdom Simon Fuller
Pengarah Malaysia Zebedee De Costa
Malaysia Tengku Firhad
Pengacara Malaysia Aishah Sinclair (S2)
Malaysia Juliana Ibrahim (S1)
Malaysia Jehan Miskin (S1)
Dibintangi Malaysia Pat Ibrahim
Venezuela Judimar Hernandez
Australia Yannus Sufandi
Malaysia Ramli Ibrahim
Bilangan episod 11 (seperti pada 14 Jun 2007)
Penerbitan
Penerbit eksekutif Malaysia Sunil Kumar
Penerbit Malaysia Zebedee De Costa
Malaysia Tengku Firhad
Malaysia Manoj Nandy
Malaysia Kiedd Fariz
Penyunting Malaysia Howie Chin Yeong Hau
Malaysia Chan Yee Wei
Malaysia Shivadas Menon
Tempoh siaran Varies
Penyiaran
Saluran asal 8TV
Format gambar PAL 4:3 Letterbox / Cinemascope
Siaran asal 5 April 2007
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

So You Think You Can Dance ialah rancangan realiti berbentuk pertandingan menari yang direka oleh Simon Fuller (juga pereka siri Idol) dan Nigel Lythgoe dari UK.

Format[sunting | sunting sumber]

Ujibakat[sunting | sunting sumber]

Dilangsungkan dalam tempat yang sesuai di mana para peserta akan mempamerkan kebolehan menari di hadapan para juri. Peserta yang memberi persembahan yang memuaskan para juri dilayakkan untuk Callbacks (jika kemahiran mereka masih perlu diniali secara teliti) atau Boot Camp (jika kemahiran mereka cukup mengagumkan).

Callbacks[sunting | sunting sumber]

Sesi ini digunakan untuk mengasah bakat para peserta yang dilayakkan ke takat ini. Setelah itu hanya sebilangan tertentu yang layak ke Boot Camp, iaitu bilangan yang seimbang antara peserta lelaki dan wanita, termasuklah peserta-peserta yang dilayakkan terus dari pusingan Ujibakat.

Boot Camp[sunting | sunting sumber]

Di sinilah peserta-peserta yang layak diasah lagi bakat mereka dengan tujuan memperlihat versatiliti mereka dalam pelbagai genre tarian serta keserasian antara mereka sebagai persiapan untuk peringkat seterusnya.

Pertandingan sebenar[sunting | sunting sumber]

Pada bahagian pertama setiap malam pertandingan, para peserta menari secara berpasangan (seorang lelaki bersama seorang wanita, ditentukan oleh krew pertandingan) dan mempersembahkan genre tarian yang diambil melalui cabutan dari awal lagi. Sebagai persediaan, setiap pasangan menerima ajaran seorang koreografer bagi tarian tertentu. Para peserta perlu meraih kepuasan para juri pada bahagian ini, dan sebilangan peserta yang paling lemah sepanjang pusingan itu — bilangan lelaki dan wanita sekata, diheret ke pusingan kedua untuk membuat tarian solo untuk meraih undian penonton untuk terus bertahan dalam minggu-minggu pertandingan yang seterusnya. Seorang peserta lelaki dan seorang peserta wanita yang menerima undian terendah akan disingkirkan pada penghujung setiap episod.

Musim[sunting | sunting sumber]

Musim pertama[sunting | sunting sumber]

Musim kedua[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]