So You Think You Can Dance (Musim 2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
So You Think You Can Dance
(Musim ke-2)
SYTYCD.png
Genre Rancangan televisyen realiti
Pengacara Aishah Sinclair
Negara asal  UK (konsep)
 Malaysia (versi)
Bahasa Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris
Bilangan episod 16
Penerbitan
Penerbit eksekutif Sunil Kumar
Penyiaran
Saluran asal 8TV
Siaran asal 1 Mei 2008

Musim kedua So You Think You Can Dance dijangka bermula siaran pada 1 Mei 2008 di 8TV. Ujibakat sudah dijalankan di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Aishah Sinclair menjadi pengacara musim ini, sementara Pat Ibrahim, Ramli Ibrahim dan Judimar Hernandez kembali selaku juri tetap.[1]

Juara musim ini akan meraih hadiah tunai RM50,000 dan biasiswa 8TV.[2] Di Grand Finalé pada 1 Ogos 2008, Cecilia Yong Li Shi (CC) dinobatkan "Penari Kegemaran Malaysia" melalui undian awam.

Peringkat awal[sunting | sunting sumber]

Ujibakat[sunting | sunting sumber]

Kali ini, ujibakat SYTYCD diadakan di dua tempat di negara, bermula dengan Imperial International Hotel, Kota Kinabalu pada 9 Mac 2008, disusuli Panggung Bandaraya DBKL, Kuala Lumpur (satu-satunya tempat ujibakat musim pertama) pada 18 Mac 2008. [3] Sebanyak 423 orang mendaftar diri untuk mencuba nasib; 106 di Sabah dan 317 lagi di Kuala Lumpur.[4]

Daripada jumlah tersebut, tujuh dari ujibakat Sabah dan 123 dari ujibakat Kuala Lumpur layak ke pusingan "ujibakat utama" (main auditions) pada 19 dan 21 April, tetapi dilaporkan hanya empat daripada tujuh orang yang layak dari Kota Kinabalu itu dapat hadir di Kuala Lumpur.[2] Formatnya pada peringkat ini berbeza berbanding musim lalu, apabila seseorang peserta sama ada dilayakkan terus ke Boot Camp atau perlu menjalani Callbacks; kali ini tiada pusingan yang umpama Callbacks, cuma dua bahagian ujibakat yang mana semua yang berjaya di bahagian awal perlu menjalani bahagian seterusnya.

Boot Camp[sunting | sunting sumber]

Dari ujibakat utama, 70 orang peserta layak ke Boot Camp yang terdiri daripada latihan intensif tiga hari. Hari pertama memperlihatkan para juri melatih para peserta. Judimar memulakan sesi Boot Camp dengan 'memanaskan badan' kesemua peserta dengan tarian kontemporari. Tanpa disangka, mereka menghadap Judimar serta Pat dan Ramli yang menegur mereka bahawa mereka telah diawasi dan dicela kerana tidak bersungguh-sungguh, memeranjatkan lagi adalah empat orang peserta dihantar pulang pada detik ini juga. Oleh itu, tekanan terasa oleh 66 peserta lain untuk lebih berusaha pada cabaran seterusnya.[5]

Lalunya separuh hari pertama, para penari dibahagi kepada dua kumpulan: penari hip-hop, freestyle dan breakdance mengikut Pat Ibrahim dan selebihnya iaitu penari balet, lirik dan kontemporari, mengikut Ramli Ibrahim, sebelum kedua-dua juri tiba-tiba bertukar kumpulan untuk mengeluarkan "para peserta dari zon selesa." Selepas menjalani latihan menyesuaikan diri dengan tarian yang kurang biasa dicuba mereka, mereka kemudian dibahagi lagi kepada beberapa kumpulan kecil untuk menari di hadapan juri sebelum penyingkiran seterusnya. Sesi penyingkiran akhir hari pertama menyaksikan para peserta menghadap juri secara berkumpulan lagi, dan para juri menyingkirkan 14 orang sebelum kumpulan terakhir diberi satu peluang lagi untuk menunjukkan kebolehan. Dari kumpulan terakhir, tiga orang ditamatkan perjalanan mereka.[6]

Pada hari kedua, empat orang koreografer dibawa ke Panggung untuk melatih empat tarian berbeza secara bergilir kepada para penari, iaitu:

  • Boojay & Ali – hip-hop
  • Azwa – kontemporari Malaysia
  • Suhaili Micheline – kontemporari
  • Fasilito – salsa

Awal-awal juga ada seorang peserta tersingkir kerana hadir lewat setelah terlebih tidur. Selepas setiap latihan oleh para koreografer, para peserta dibahagi kepada kumpulan berenam, mempersembahkan koreografi yang diajar kepada mereka di hadapan juri. Bagi persembahan dua genre pertama, juri memberikan komen yang lembut dan mengucapkan yang terbaik,[7] tapi selepas persembahan genre ketiga, juri dan penari saling bertukar rintihan.[8] Oleh itu, Judimar melegakan para penari dengan meminta mereka saling berpegang tangan sambil menjerit kuat-kuat agar melepaskan tekanan, sementara Pat memesan agar para penari berseronok di koreografi seterusnya.[9]

Untuk koreografi keempat, mereka perlu berpasangan seperti yang dituntut genre salsa. Selepas mempersembahkan tarian buat kali keempat di hadapan juri, tiba waktu penyingkiran lagi. Selepas itu, tinggal 35 orang untuk hari ketiga.[10]

Pada hari ketiga, para peserta dikehendaki membuat persembahan solo dengan menari tarian pilihan mereka untuk mengagumkan para juri dalam peluang terakhir mereka untuk merebut tempat di kedudukan 20 teratas. Lebih empat jam dihabiskan para juri untuk memuktamadkan pilihan mereka ke pertandingan sebenar sambil menegangkan hati para peserta yang tidak sabar menunggu nasib mereka. Tidak lama selepas tengah malam, barulah peserta pertama dipanggil menghadap juri. Bagaimanapun. Joshua yang pernah mencuba nasib di musim pertama dan mendedikasi perjuangannya kepada seorang kawan yang sudah meninggal dunia, gagal mencapai hajatnya sekali lagi.[11]

Finalis[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai 20 peserta yang berentap di arena tarian musim kedua SYTYCD:

Nama penuh
Gelaran
Usia¹
Asal
Pekerjaan² Paling mahir
Kedudukan/
Disingkirkan
Ng Kar Fei[12] Black 25 Kuala Lumpur Penari bebas Hip-hop
Sarah Diana Michele Durai[13] Sarah 29 Kota Kinabalu, Sabah Eksekutif jualan dan pemasaran Freestyle 2008-07-03
Mohd Hanafi bin Rosli[14] Napi 20 Kuala Terengganu, Terengganu Pelajar dan penghibur sambilan - 2008-06-19
Wong Sook Ken[15] Jojo 27 Kuala Lumpur Jurulatih tarian Kontemporari 2008-07-24
Lim Chee Wei[16] Chee Wei 22 Kuala Lumpur Pelajar, tukang sorak, koreografer Kontemporari
Jazz lirik
2008-06-26
Zefane Fara binti Zakaria[17] Zef 24 Kuala Lumpur Pemilik butik Balet 2008-06-19
Ray Redzwan bin Awang[18] Ray 28 Kota Kinabalu, Sabah Penari seni kebudayaan di Istana Budaya Tradisional 2008-07-17
Yap Hwee Leng[19] Zen 18 Melaka Jurulatih hip-hop and yoga Hip-hop 2008-06-12
Muhammad Fairul Azreen bin Mohd Zahid[20] Fai 20 Kota Tinggi, Johor Pelajar Kontemporari
Tradisional
2008-06-12
Chan Wei Yee, Vivian[21] Viv 25 Petaling Jaya, Selangor Jurulatih tarian dan gimnastik berirama Lirik
Jazz
2008-06-05
Hafizul Mahmud[22] Sly 21 Kota Kinabalu, Sabah Pentadbir syarikat penanaman Hip-hop 2008-07-24
Ho Cheng Sim[23] Sim 27 Petaling Jaya, Selangor Penari profesional sepenuh masa Kontemporari
Mohd Zulfaqar bin Awaluddin[24] Belalang 28 Johor Bahru, Johor Koreografer dan penari Tradisional 2008-07-03
Yong Li Shi, Cecilia[25] CC 21 Kuala Lumpur Pelajar Latin
Balet
Liew Jin Pin[26] Raymond 21 Johor Bahru, Johor Pelajar Kontemporari 2008-07-10
Farah Hanan binti Mohd Nordin[27] Farah 26 Kuala Lumpur Doktor Ballet 2008-07-17
Ong Tze Hong[28] Hong 27 Kuala Lumpur Penari dan pelatih tarian Komersial
Yee Mei Er, Samantha[29] Sam 28 Puchong, Selangor Eksekutif perakaunan, Penari Jazz 2008-06-26
Yong Chun Haou[30] Billy 22 Kuala Lumpur Pelajar dan koreografer Latin 2008-06-05
Lim Pei Ying, Jorida[31] J Da 19 Ipoh, Perak Pelajar, penari bebas dan barista sambilan di Starbucks Lirik
Balet
2008-07-10
Petunjuk
¹ Usia yang dinyatakan adalah benar pada awal pertandingan.
² Pekerjaan yang dinyatakan adalah benar sebelum menyertai pertandingan.

Pertandingan[sunting | sunting sumber]

Pertandingan sebenar So You Think You Can Dance diadakan di Ruums KL seperti pada musim lalu, disiarkan secara langsung di 8TV setiap Khamis, 9.30 malam.

Tarikh Huraian Pusingan 1 Pusingan 2

Minggu 1[sunting | sunting sumber]

5 Jun 2008

Malam pertama pertandingan SYTYCD 2 dibuka oleh persembahan breakdance solo oleh Alam, juara musim lalu. Sebelum tibanya malam tersebut, setiap seorang daripada 10 penari lelaki dipasangkan dengan seorang daripada 10 penari perempuan. Kemudian, setiap pasangan menerima latihan untuk tarian daripada koreografer yang berbeza, setiap koreografer menetapkan rutin kepada pelatihnya untuk dipersembahkan di pentas tarian.

Setelah kesemua sepuluh pasangan selesai dengan rutin masing-masing, juri memilih empat peserta terbawah untuk diundi penonton agar kekal dalam pertandingan; seorang lelaki dan seorang perempuan yang kurang undian terpaksa dihantar pulang. Ahli Fiqir turut mengadakan persembahan sebelum keputusan diumumkan.

  1. Black & Farah - Hip-hop
  2. Ray & CC - Mambo
  3. Chee Wei & Sam - Kontemporari
  4. Fai & Zen - Dancehall
  5. Belalang & J Da - Kontemporari Malaysia
  1. Napi & Sim - Waltz Vienna
  2. Sly & Viv - Tango
  3. Billy & Zef - Jazz
  4. Raymond & Jojo - Hip-hop
  5. Hong & Sarah - Street jazz
  1. Billy (disingkirkan)
  2. Viv (disingkirkan)
  3. Napi
  4. Zen

Minggu 2[sunting | sunting sumber]

12 Jun 2008

Pada malam ini, Ramli tidak hadir; tempatnya digantikan oleh Linda Jasmine. Selepas hanya menurunkan empat orang peserta untuk meraih undian minggu lalu, minggu ini enam orang terbawah pula yang terpaksa memburu undian penonton.

Altimet mengadakan persembahan rap sebelum pengumuman penyingkiran.

  1. Belalang & J Da - Kontemporari
  2. Raymond & Jojo - Broadway
  3. Sly & Zef - Kontemporari Afro-Cuba
  4. Napi & Sim - Jazz Lirik
  5. Ray & CC- Mambo
  1. Fai & Zen - Kontemporari Malaysia
  2. Chee Wei & Sam - Hip-hop
  3. Hong & Sarah - Kontemporari Malaysia
  4. Black & Farah - Hip-hop Salsa
  1. CC
  2. Ray
  3. Zen (disingkirkan)
  4. Chee Wei
  5. Sarah
  6. Fai (disingkirkan)

Minggu 3[sunting | sunting sumber]

19 Jun 2008

Pada malam ini, ketiga-tiga juri hadir diiringi Yannus Sufandi, seorang koreografer Australia yang terlibat dalam melatih para penari sejak musim pertama. Malam ini, 16 orang penari membuat persembahan mengikut irama lagu petikan dari filem dalam malam bertema pertama musim ini, iaitu "Night at the Movies."

Phlowtron mengadakan persembahan rap sebelum pengumuman penyingkiran.

  1. Hong & Sarah - Hip-hop
  2. Napi & Sim - Cha-cha
  3. Belalang & J Da - Kontemporari
  4. Sly & Zef - Rock and Roll
  1. Ray & CC - Hip-hop
  2. Black & Farah - Kontemporari Malaysia
  3. Raymond & Jojo - Salsa
  4. Chee Wei & Sam - Street Jazz
  1. Napi (disingkirkan)
  2. Jojo
  3. Raymond
  4. Zef (disingkirkan)
  5. Sly
  6. Sarah

Minggu 4[sunting | sunting sumber]

26 Jun 2008

Dida Malik, seorang pensyarah UiTM yang disebutkan oleh Aishah sebagai "pemelihara kesenian Malaysia" (preserver of Malaysian arts), menjadi juri tetamu malam ini.

  1. Belalang & J Da - Hip-hop
  2. Black & Farah - Kontemporari Malaysia
  3. Sarah & Hong - Lirik
  4. Sly & Sim - Hip-hop Lirik
  1. Chee Wei & Sam - Salsa Kontemporari
  2. Ray & CC - Waltz Vienna
  3. Raymond & Jojo - Pop
  1. J Da
  2. Chee Wei (disingkirkan)
  3. Sarah
  4. Hong
  5. Sam (disingkirkan)
  6. Raymond

Minggu 5[sunting | sunting sumber]

3 Julai 2008

Kali ini, para juri disertai oleh Manuela Oliveira, seorang koreografer dari Australia yang turut menjadi pelatih para peserta.

Sebelum keputusan penyingkiran diumumkan, kesemua 12 penari disusun semula agar menjadi pasangan baru mulai minggu seterusnya. Bagaimanapun, seperti yang ditetapkan dalam permainan, dua orang penari terpaksa pulang iaitu Belalang dan Sarah yang baru dipasangkan.

  1. Ray & CC - Jazz Kontemporari
  2. Black & Farah - Hip-Hop Kontemporari
  3. Hong & Sarah - Kontemporari Malaysia
  1. Raymond & Jojo - Hip-Hop/Martial Arts
  2. Sly & Sim - Kontemporari Malaysia
  3. Belalang & J Da - Foxtrot
  1. J Da
  2. Belalang (disingkirkan)
  3. Sarah (disingkirkan)
  4. Hong
  5. CC
  6. Ray

Minggu 6[sunting | sunting sumber]

10 Julai 2008

Setiap penari diberi pasangan baru, dan setiap pasangan perlu mempersembahkan tarian sebanyak dua kali. Tiara Jacquelina muncul selaku juri tetamu.

Nita dari Malaysian Idol menjadi artis jemputan untuk menyanyi sebelum sesi penyingkiran.

  1. Raymond & J Da - Mambo & Pop-Rock
  2. Sly & Jojo - Hip-hop Fusion & Waltz Lirik
  3. Ray & Farah - Salsa & Kontemporari
  4. Black & Sim - Kontemporari Malaysia & Rock/Pop/Hip-Hop
  5. Hong & CC - Pop Kontemporari & Rock & Roll
  1. CC
  2. Hong
  3. Ray
  4. Jojo
  5. J Da (disingkirkan)
  6. Raymond (disingkirkan)

Minggu 7[sunting | sunting sumber]

17 Julai 2008

Tinggal lapan orang penari sahaja dan para juri hanya menurunkan empat penari terbawah. Marion D'Cruz menyertai para juri untuk malam ini. Siaran TV tidak menyiarkan rakaman para penari berlatih seperti sebelum ini. Lebih menggemparkan, Black yang disanjungi sebagai peserta paling cemerlang setakat ini mendapati dirinya dalam tempat-tempat terbawah buat kali pertama. Suki Low, juara musim pertama One in a Million membuat persembahan sebelum penyingkiran.

  1. Sly & Jojo - Paso Doble & Hip Hop
  2. Ray & Farah - Kontemporari Malaysia & House
  3. Hong & CC - Hip-Hop & Gothic Waltz
  4. Black & Sim - Latin Fusion & Pop
  1. Jojo
  2. Ray (disingkirkan)
  3. Farah (disingkirkan)
  4. Black

Minggu 8[sunting | sunting sumber]

24 Julai 2008

Pada minggu kedua terakhir sepanjang pertandingan, Ida Nerina menyertai para juri untuk memberi komen kepada keenam-enam penari. Para penari hanya mempersembahkan tarian berpasangan sekali, kemudian setiap satunya melakukan tarian solo selama 60 saat untuk memikat hati para pengundi.

  1. Sly & Jojo
  2. Black & Sim
  3. Hong & CC
  1. Sly (disingkirkan)
  2. Hong
  3. Black
  4. Jojo (disingkirkan)
  5. CC
  6. Sim

Grand Finale[sunting | sunting sumber]

Malam pertandingan terakhir musim ini diadakan di Ruums KL seperti minggu-minggu sebelumnya, tetapi kali ini diadakan pada pukul 8.30 malam Jumaat, 1 Ogos. Talian undian dibuka sepanjang minggu mulai akhir persembahan minggu kelapan hingga berakhirnya Grand Finale.

16 finalis yang tersingkir dahulu kembali membuka tirai, mempersembahkan rutin tarian pelbagai genre, iaitu hip-hop diiringi campuran lagu Feedback (nyanyian Janet Jackson) dan Gimme More (Britney Spears); salsa diiringi lagu Gotta Get Down (Celia Cruz); tarian lirik diiringi skor Requiem for a Dream dari runut bunyi Lord of the Rings; dan akhirnya tarian kontemporari Malaysia yang diserikan oleh penampilan Zainal Abidin sebagai penyanyi lagu Senang Senang, disusuli kemunculan empat penari teratas. Zainal menyambung persembahan dengan lagu Orak Arik setelah para penari turun dari pentas.

Ramli Ibrahim, Judimar Hernandez dan Pat Ibrahim menyandang jawatan pengulas tanpa diiringi juri jemputan, tambahan pula tiada kuasa menentukan juaranya. Para finalis Top 4 memulakan cabaran mereka dengan rutin sama jantina. CC dan Sim melakukan persembahan beralaskan kerusi ala cabaret yang diajar oleh Manuela Oliveira, beriringan lagu Ain't No Other Man (Christina Aguilera); diikuti Hong dan Black yang menari cha-cha bergayakan perisik mengikut rentak skor Bond on Bond yang dirakam kumpulan pemain biola Bond. Ramli mengibaratkan Sim umpama campuran Anita Mui dan Anita Sarawak berdasarkan penampilan penari berkenaan.[32]

Selepas itu, para penari kembali berpasangan lain jantina mengulangkan koreografi-koreografi lalu dalam musim ini yang dipilih para juri. Hong dan Sim mempersembahkan tarian hip-hop kontemporari yang pernah dilakukan oleh Black dan Farah di minggu kelima, iaitu diiringi lagu Elevator (Flo Rida). Persembahan mereka dipuji para juri kerana mampu menandingi persembahan Black dan Farah yang lalu itu. Black dan CC pula melakonkan semula persembahan Hong dan Sarah pada minggu pertama, yang diiringi lagu No Air (Jordin Sparks dan Chris Brown), tetapi kali ini ulasan juri tidak seberapa memuaskan terutamanya dari Hernandez.

Cabaran dihentikan terlebih dahulu untuk memberi laluan kepada persembahan Nur Shahila Amir Hamzah, naib juara musim kedua One in a Million, bersama Cat Farish yang mempersembahkan lagu Bebaskan. Di tengah-tengah nyanyian, muncul pula Alam, juara musim pertama SYTYCD, untuk menghuraikan rancangan TV Alam's Story yang tiba di 8TV pada 3 Ogos; lagu tadi merupakan lagu tema rancangan berkenaan.

Pusingan solo dimulakan oleh Hong yang mengikut rentak In My Bed nyanyian Rain; diikuti CC yang bersamba dengan lagu Sergio Mendez; Black berpakaian serba merah jambu diiringi muzik tema Pink Panther; dan Sim yang bermain-main dengan gunting dan riben.

Kira-kira pukul 10.20pm, Aishah bertanyakan soalan siapa yang wajar menang kepada para juri. Mulanya Pat segan meluahkan jawapannya, tetapi selepas Hernandez dan Ramli masing-masing menyatakan Hong dan Sim sebagai kegemaran, maka Pat akhirnya ditekan lalu menyebut nama CC sebagai pilihannya. Selepas itu, diumumkan talian undian ditutup dan dalam saat-saat paling mendebarkan, konfeti dilepaskan dan CC diumumkan juara keseluruhan SYTYVD musim kedua.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Metra Syahril Mohamed. "Menjejaki penari berbakat", Utusan Malaysia, 12 Mac 2008. Dicapai pada 2008-04-29. 
  2. 2.0 2.1 "KL Auditions - Day 1 (Pre Auditions)". Rentak Sejuta. http://1in1m.proboards99.com/index.cgi?board=sytycd2&action=display&thread=548&page=1. Capaian 2008-04-29. 
  3. http://www.8tv.com.my/Event/So-You-Think-You-Can-Dance-Auditions.aspx
  4. "Dance mania", The Star, 15 April 2008. Dicapai pada 2008-04-29. 
  5. "So You Think You Can Dance II: Episode 3 - Part 1". http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=299&ShowID=332&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=9079&VideoID=9620. Capaian 2008-05-24. 
  6. "So You Think You Can Dance II: Episode 3 - Part 2". http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=299&ShowID=332&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&VideoID=9622&EpID=9079#anchorVid. Capaian 2008-05-24. 
  7. "So You Think You Can Dance II: Episode 3 - Part 3". http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=299&ShowID=332&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&VideoID=9624&EpID=9079#anchorVid. Capaian 2008-05-24. 
  8. "So You Think You Can Dance II: Episode 3 - Part 4". http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=299&ShowID=332&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&VideoID=9626&EpID=9079#anchorVid. Capaian 2008-05-24. 
  9. "So You Think You Can Dance II: Episode 4 - Part 1". http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=299&ShowID=332&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&VideoID=9812&EpID=9080#anchorVid. Capaian 2008-05-24. 
  10. "So You Think You Can Dance II: Episode 4 - Part 2". http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=299&ShowID=332&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&VideoID=9814&EpID=9080#anchorVid. Capaian 2008-05-24. 
  11. "So You Think You Can Dance II: Episode 4 - Part 4". http://www.8tv.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=299&ShowID=332&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&VideoID=9818&EpID=9080#anchorVid. Capaian 2008-05-24. 
  12. Profil Black
  13. Profil Sarah
  14. Profil Hanafi
  15. Profil Jojo
  16. Profil Chee Wei
  17. Profil Zef
  18. Profil Ray
  19. Profil Zen
  20. Profil Fairul
  21. Profil Vivian
  22. Profil Sly
  23. Profil Sim
  24. Profil Zul
  25. Profil Cecilia/CC
  26. Profile Raymond
  27. Profil Farah
  28. Profil Hong
  29. Profil Samantha
  30. Profil Billy
  31. Profil Jorida
  32. So You Think You Can Dance II: Grand Finale - Part 2

Pautan luar[sunting | sunting sumber]