Sochi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sochi
سوچي
Со́чи
Bendera Sochi
(Bendera)
Lambang Sochi
(Lambang)
Сочи-коллаж1.jpg
Kolaj gambar Sochi
Lokasi Krasnodar Krai di Rusia
Lokasi Krasnodar Krai di Rusia
Pentadbiran
Negara  Rusia
Subjek persekutuan Krasnodar Krai
Kawasan ekonomi Caucasus Utara
Daerah persekutuan Selatan
Datuk bandar Anatoly Pakhomov
Badan perwakilan Perhimpunan Bandaraya
Kod OKATO 03426
Demografi
Jumlah penduduk 368 011 (2013)
Kepadatan 105/km2
Geografi
Koordinat 43°35′07″N 39°43′13″E / 43.58528°U 39.72028°T / 43.58528; 39.72028Koordinat: 43°35′07″N 39°43′13″E / 43.58528°U 39.72028°T / 43.58528; 39.72028
Keluasan 176.77 kilometer persegi (68.25 batu²)
Zon waktu UTC+4 (MSK/MSD)
Waktu Moscow
Maklumat am
Poskod 354000, 354002–354004, 354008–354010, 354013, 354014, 354018, 354019, 354022, 354024, 354025, 354030, 354031, 354033, 354036, 354037, 354039, 354053–354055, 354057, 354059, 354061, 354065–354068, 354071, 354073, 354084, 354099, 354200, 354202–354214, 354216–354218, 354220, 354226, 354231, 354233, 354299, 354340, 354346, 354348, 354349, 354354, 354355, 354364, 354380, 354382, 354383, 354399, 993501
Kod panggilan +7 8622
Laman sesawang http://www.sochiru.ru/
Peta menunjukkan lokasi Sochi di Krasnodar Krai<div style="position: absolute; top: Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali%; left: Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali%; height: 0; width: 0; margin: 0; padding: 0;">
Peta menunjukkan lokasi Sochi di Krasnodar Krai
Lokasi Sochi di Jajahan Krasnodar, Rusia

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Sochi (Rusia: Со́чи, IPA: [ˈsot͡ɕɪ] adalah sebuah bandar raya di Jajahan Krasnodar, Rusia yang terletak di persisiran pantai Laut Hitam berhampiran dengan sempadan antara Georgia dan Abkhazia. Kawasan Sochi Raya adalah kawasan yang mempunyai keluasan 3,526 kilometer persegi (1,361 batu persegi) dengan kawasan sub-urban yang berkembang 145 kilometer (90 batu) di sepanjang pantai Laut Hitam berhampiran Pergunungan Caucasus. Keluasan kawasan pusat bandar yang betul adalah 176.77 kilometer persegi (68.25 batu persegi).

Menurut bancian tahun 2010, bandar ini mempunyai penduduk tetap seramai 343,334 orang berbanding 328,809 orang yang direkodkan dalam banci 2002, menjadikan ia bandar raya peranginan terbesar di Rusia. Sochi adalah diantara hanya beberapa tempat di Rusia yang mengalami iklim subtropika, dengan keadaan cuaca yang panas untuk musim panas dan musim sejuk yang sederhana.

Sochi mempunyai iklim lembap subtropika dengan musim sejuk yang sederhana (purata 11°C (52°F)) pada waktu siang dan (4°C (39°F)) pada waktu malam) dalam tempoh dari Disember hingga Mac dan musim panas (purata 24°C (75°F) pada waktu siang dan 16°C (61°F) pada waktu malam) dalam tempoh dari Mei hingga Oktober.

Dengan beberapa pusat peranginan ski berdekatan Roza Khutor di Krasnaya Polyana, Sochi menjadi tuan rumah kepada sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2014 serta Grand Prix Formula 1 Rusia bermula pada tahun 2014 sehingga sekurang-kurangnya pada tahun 2020, tertakluk kepada litar yang masih dalam pembinaan. Sochi juga bakal menjadi salah satu bandar-bandar tuan rumah untuk Piala Dunia FIFA 2018 yang akan dianjurkan oleh Rusia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Sochi.