Softimage

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Softimage, Co. merupakan sebuah syarikat subsidiari kepada Avid Technology, Inc. yang terletak di Montreal, Québec, Kanada. Softimage, Co merupakan sebuah syarikat yang mengkhusus dalam penghasilan animasi 3D, animasi sel 2D, komposit, dan aturcara kesan khas. Softimage|XSI merupakan keluaran utama mereka, yang digunakan bagi menghasilkan animasi komputer bagi filem moden, iklan, dan pemainan video. Terdapat panduan video percuma di Edharriss.com.

Syarikat Softimage telah diasaskan pada 1986 oleh pengeluar filem Badan Perfileman Nasional Kanada (National Film Board of Canada), Daniel Langlois. Pakej permodelan dan animasi asal mereka dikenali sebagai Softimage Creative Environment, kemudiannya dinamakan semula sebagai Softimage|3D. Softimage|3D adalah pakej animasi yang pantas dan mudah digunakan dan merupakan pakej perdagangan pertama yang menggunakan kinematik songsang (inverse kinematics) bagi watak animasi. Bagaimanapun, keupayaan permodelan dan melakar (rendering) Softimage|3D agak terhad.

Studio besar lain yang menggunakan Softimage|3D seringkali mencipta model dalam aturcara lain, seperti Alias Studio, dan kemudiannya menggunakan aturcara lain bagi lakaran (rendering), seperti mental ray atau PhotoRealistic RenderMan. Melalui perjanjian dengan Mental Images, Softimage mula memasarkan mental ray sebagai pelakar pilihan pada 1994. Pada tahun yang sama, Microsoft membeli Softimage, sebelum menjualnya kepada Avid Technology, Inc.

Pada 1998, syarikat Softimage membangunkan pakej generasi berikut yang dikenali sebagai Softimage|XSI bagi menggantikan Softimage|3D pada tahun 2000 dan dengan matlamat bagi mencipta seni bina terbuka, lebih maju, dengan peningkatan penyatupaduan dengan mental ray dan untuk bersaing dengan Maya. Softimage|3D mempunyai komuniti di Xsibase.com.

Permodelan bagi XSI amat mantap dengan penggunaan polygon, sementara permukaan sub-divisionnya pula lebih terikat dengan mendalam pada XSI berbanding pakej 3D lainnya. Aturan sistem tidak linearnya mengatur klip animasi, dan pada masa yang sama turut membenarkan penganimasi untuk mencampur dan membuat peralihan antara kerja, gambaran, dan model rujukan luaran. XSI dibekalkan bersama salinan bersepadu pelakar mental ray yang kemas, dan mempunyai sokongan bagi "kawasan lakaran," membenarkan artis untuk menarik kotak ke atas mana-mana bahagian tetingkap model, dan melihat lakaran penuh jejak cahaya mental ray pada tetingkap yang sama kedudukan. Ia mengemaskini kawasan dilakar ketika tatarajah diubah, seperti menggerakkan bayang apabila cahaya dialih, atau mengemas kini dengan perubahan kepada kedudukan kamera atau animasi. XSI turut memasukkan sistem gabungan bersepadu.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]