Sokongan teknikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sokongan teknikal ialah pelbagai perkhidmatan yang menyalurkan bantuan dengan hasil-hasil teknologi seperti telefon bimbit, televisyen, komputer, atau mana-mana barangan elektronik atau mekanik. Secara amnya, sokongan teknikal berusaha membantu pengguna menyelesaikan masalah tertentu mengenai sesebuah produk, bukannya memberikan latihan, penyesuaian, perkhidmatan sokongan lain yang bukan teknikal.

Kebanyakan syarikat menawarkan sokongan teknikal untuk produk jualan mereka, sama ada secara percuma atau berbayar. Sokongan teknikal boleh disampaikan melalui telefon atau di Internet melalui e-mel atau tapak web. Pertubuhan yang lebih besar pula sering menyediakan sokongan teknikal dalaman untuk menyelesaikan masalah berkaitan komputer kakitangan. Internet juga menjadi sumber yang bagus untuk sokongan teknikal bebas, yang mana pengguna berpengalaman boleh memberikan nasihat dan bantuan mengenai apa-apa masalah. Selain itu, sesetengah syarikat perkhidmatan beryuran mengenakan bayaran untuk khidmat sokongan teknikal premium.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Technical support for the neighbours". Dicapai pada 2008-03-06.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.