Solahütte

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Panorama bangunan utama Solahütte dari atas bukit

[sunting] Lokasi

Solahütte (juga dikenali sebagai Soletal,Solehütte, SS-Hütte Soletal, ataupun SS-Hütte Porabka) merupakan kemudahan rekreasi bagi kakitangan Jerman Nazi di Auschwitz/Birkenau/Buna. Solahütte terletak berdekatan dengan perkampungan Międzybrodzie Bialskie di Zywiec (sejauh 30km dari selatan Oświęcim (umumnya digelar Auschwitz selepas dirampas Jerman Nazi)). Pada era Nasional Sosialisme di Jerman, poskad yang dihantar oleh staff SS memaparkan panorama resort dengan cetakan alamat 'SS-Hütte Soletal'.Namun tempat tersebut masih merupakan satu misteri pada ketika itu.

[sunting] Pendedahan

Tempat tersebut masih kurang diketahui ramai sehinggalah pada tahun 2007 apabila Album Gambar Höcker dimuatnaik di internet.

Staff Auschwitz Karl-Friedrich Höcker bersama pembantu wanita di dek Solahütte

Sinar kebenaran terpancar apabila album tersebut secara majoritinya mendedahkan himpunan gambar staff ketika berada di resort tersebut.Koleksi tersebut walaubagaimanapun kelihatan agak luar biasa pada mata masyarakat kini, memandangkan pada waktu gambar-gambar tersebut diambil, holocaust merupakan pada tahap kemuncak dengan pembunuhan beribu-ribu orang Yahudi pada satu-satu masa tidak jauh dari pusat rekreasi tersebut.

[sunting] Galeri

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain