Solat Sunat Awwabin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam


Solat Sunat Awwabin adalah satu jenis Solat Sunat. Awwabin sendiri berasal dari Bahasa Arab yang bererti (orang yang sering bertaubat).

Para ulama berbeza pendapat mengenai solat ini. Ada yang berpendapat solat sunat awwabin dilakukan antara waktu Maghrib dan Isya'. Tetapi ada juga ulama yang mengatakan solat awwabin adalah nama lain dari Solat Sunat Dhuha.

Mengikut fahaman Mazhab Shafie yang didomina di Malaysia membawa pengertian solat yang dilakukan selepas Fardhu Maghrib menanti waktu Isya' [1] Solat sunat ini dilakukan sama ada sebanyak 2 rakaat, ataupun 4 rakaat atatpun enam rakaat, ataupun sebanyak 20 rakaat dengan diberikan satu salam setiap dua rakaat.

Keutamaan Salat[sunting | sunting sumber]

Keutamaan salat tersebut berdasarkan sabda Rasul Saws.jpg Yang berbunyi, “Siapa yang shalat enam rakaat tanpa disela dengan pembicaraan buruk, ia senilai ibadah selama dua belas tahun.” (HR at-Tirmidzi. Hadis Gharib) [2]

Cara Mengerjakan[sunting | sunting sumber]

Solat Sunat Awwabin dikerjakan seperti Solat Sunat yang lain. Niat untuk mengerjakan solat sunat Awwabin adalah Niat solat awwabin.jpg

yang bermaksud "Sahaja aku sembahyang sunat awwabin dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Pada rakaat pertama dan rakaat kedua, dibaca Surah Al-Ikhlas sebanyak enam kali dan Surah An-Nas sebanyak satu kali selepas membaca Surah Al-Fatihah. Selepas tamat dua rakaat, dirikan solat sebanyak dua rakaat lagi, dan sesudah Al-Fatihah, dibaca apa-apa surah mengikut kemahuan. Selepas tamat dua rakaat tadi, berdiri dan dirikan lagi dua rakaat Solat Sunat ini, dengan selepas Al Fatihah, dibaca surah Al-Kafirun dalam rakaat pertama dan surah Al Ikhlas semasa rakaat kedua.

Selepas cukup dikerjakan solat sunat sebanyak 6 (ataupun sehingga 20 rakaat) tadi, elok dibacakan doa berikut

yang bermaksud "Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu, semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Hadis Berkaitan[sunting | sunting sumber]

  • Para [[ulama berbeza pendapat mengenai solat ini. Ada yang berpendapat solat awwabin dilakukan antara waktu maghrib dan isya.
Tirmidzi meriwayatkan hadist dari Abu Hurairah, Rasulullah Saws.jpg bersabda "Barang siapa solat 6 rakaat setelah maghrib, di sela-selanya tidak berbicara kotor, maka ia mendapatkan pahala ibadah selama 12 tahun. [http://www.livingislam.org/n/sldh_e.html
Kemudian beliau juga meriwayatkan dari Aisyah bahwa Rasulullah Saws.jpg bersabda "Barangsiapa solat 20 rakaat setelah maka Allah mambangun rumah di sorga untuknya", Tirmidzi berkata, hadis Abu Harairah "gharib" (hanya diriwayatkan seorang rawi yang tidak kuat).
Tabrani juga meriwayatkan dari Ammar bin Yasir, Rasulullah Saws.jpg bersabda "Barangsiapa melakukan shalat 6 rakaat setelah aghrib, maka diampuni dosanya meskipun sebanyak ombak lautan". Ibnu Majah dan Ibnu Huzaimah juga meriwayatkan serupa.
  • Tetapi ada juga ulama yang mengatakan solat awwabin adalah nama lain dari solat dhuha.
Daripada Abu Hurairah maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Saws.jpg telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
Sabda Nabi Saws.jpg : "Salatnya orang-orang awwabin (yang sering bertaubat kepada Allah) adalah ketika anak unta merasa kepanasan" (HR. Muslim : 848)
Demikian pula sabda nabi Saws.jpg : "Tidak ada yang menjaga solat Dhuha kecuali orang awwab (sering bertaubat). Rasulullah Saws.jpg bersabda: "Itu adalah shalatnya orang-orang yang sering bertaubat" (HR Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya: 1224, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 1/313 Ath Thabarani dalam Al-Ausath: 4322. Disahihkan Al Hakim dan disepakati Adz-Dzahabi. Dan dihasankan Al-Albani dalam silsilah Ash-Shahihah no. 707).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]