Solat jenazah
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Solat jenazah (Bahasa Arab: صلاة الجنازة, Ṣalat al-Janazaṯ) adalah solat untuk orang mati yang dijalankan Muslim sebelum pengebumian tetapi selepas dikafankan. Solat ini dilakukan secara berjemaah untuk meminta ampun dan mendoakan si mati. Hukumnya sunat, dan merupakan Fardu Kifayah.
Fadhilat solat jenazah [sunting]
Terdapat hadith Rasulullah tentang fadhilat menyembahyangkan jenazah beramai-ramai iaitu;
Dari Abdullah bin Abbas RA, katanya; aku ada mendengar Rasul SAW, bersabda mana-mana orang Islam (lelaki atau perempuan) yang mati lalu disembahyangkan jenazahnya oleh 40 orang lelaki yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain nescaya Allah kabulkan doa permohonan mereka mengenainya.[1]