Solat khauf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Solat khauf (atau solat ketakutan) ialah solat yang ditunaikan dalam keadaan suasana peperangan dengan pihak musuh. Solat khauf adalah kemudahan yang tidak terdapat dan tidak boleh dilaksanakan di dalam sembahyang–sembahyang yang lain. Ia pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. semasa Perang Uhud.

Ulama–ulama fiqh juga telah bersepakat tentang adanya ketetapan syarak mengenai solat khauf ini, "bahkan yang dimaksudkan dengan khauf oleh mereka bukan semata–mata takut kepada serangan musuh malah termasuk juga khauf (takut) dari ancaman kebakaran dan juga binatang–binatang buas dan lain–lain lagi daripada ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan dan kehancuran."