Son Gohan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Son Gohan
Watak Dragon Ball
Son Gohan photo.jpg
Son Gohan
Dicipta oleh Akira Toriyama
Profil
Spesies Manusia + Saiya
Jantina Lelaki
Saudara Son Goku (Bapa), Son Goten (Adik)

Son Gohan adalah anak sulung Son Goku dan Cici. Disebabkan memiliki kacukan darah bangsa Saiya dan Bumi, sejak kecil lagi Son Gohan telah memiliki kekuatan luar biasa (kononnya jika berlaku perkahwinan campur antara bangsa Saiya dengan bangsa lain, maka keturunan yang dihasilkan akan memiliki tenaga yang sangat besar). Son Gohan dinamakan sempena nama datuk Son Goku yang mati ketika Goku masih kanak-kanak yang juga bernama Son Gohan.

Son Gohan muncul buat pertama kali dalam komik Dragonball pada jilid ke-17. Ketika itu, Son Gohan adalah pada usia 4 tahun dan memiliki cita-cita untuk menjadi cendekiawan. Son Gohan dibawa oleh Son Goku untuk mengunjungi rumah Cikgu Kame yang berada di sebuah pulau kecil yang memang sedang mengadakan acara perkumpulan bersama. Namun, ketika baru saja menjejakkan kakinya di pulau Kame dan berkenalan dengan Cikgu Kame, Burma, Kura-kura, dan Kurin, muncul orang asing yang mengaku bernama Radeitz, iaitu abang kandung Son Goku. Kedatangan Radeitz adalah untuk mengetahui sama ada Son Goku sudah berjaya melaksanakan tujuan utamanya untuk memusnahkan planet Bumi. Namun disebabkan Radeitz, Bezita dan Nacpa masih dapat melihat wujudnya kehidupan di planet Bumi, akhirnya Radeitz diutus untuk memeriksanya. Disebabkan Son Goku tidak mahu bergabung kembali dengan Radeitz, maka Radeitz menculik Son Gohan dan mengancam akan membunuhnya jika Son Goku tidak membawa 100 mayat manusia bumi.

Kekuatan Son Gohan dilihat buat pertama kalinya ketika Scouter yang dipakai Radeitz menunjukkan angka sekitar 700 (sementara Goku dan Pikor hanya mempunyai kuasa sekitar 400-500). Dan ketika Son Goku sudah mula lemah setelah dibelasah, Son Gohan yang masih berusia 4 tahun itu marah dan mengeluarkan seluruh tenaganya (angka di scouter menunjukkan ranga melebihi 1000).

Setelah Radeitz berjaya dikalahkan, dia memberitahu bahawa akan ada 2 orang Saiya yang lebih kuat daripadanya yang akan datang ke bumi untuk membinasakan seluruh kehidupan. Oleh itu, Pikor memutuskan untuk melatih Son Gohan yang sudah memiliki sumber tenaga yang sangat besar.

Setelah beberapa perjalanan di lalui, Son Gohan akhirnya mampu menjadi Super Saiya. Ketika cerita tentang Cell, Son Gohan merupakan pahlawan terkuat berbanding yang lain termasuk bapanya. Namun ketika zaman keamanan yang kemudian, Son Gohan malas berlatih sehingga kekuatannya berjaya diatasi kembali oleh Son Goku dan Bezita.

Son Gohan akhirnya berkahwin dengan dengan Videl (anak Encik Satan yang dipercayai pahlawan yang menyelamatkan bumi kerana berjaya membunuh Cell) dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Pan.

Pada edisi Dragonball GT, Son Gohan pun akhirnya berhasil mewujudkan cita-citanya dengan menjadi seorang cendekiawan dan bekerja pada Syarikat Capsule milik keluarga Burma.