Song of the South
| Song of the South | |
|---|---|
| Fail:Song of south poster.jpg Poster keluaran pawagam 1946. |
|
| Pengarah | Harve Foster Wilfred Jackson |
| Penerbit | Walt Disney |
| Lakonan | James Baskett Bobby Driscoll Luana Patten Glenn Leedy Ruth Warrick Lucile Watson Hattie McDaniel Johnny Lee Nick Stewart |
| Muzik | Daniele Amfitheatrof Paul J. Smith |
| Sinematografi | Gregg Toland |
| Suntingan | William M. Morgan |
| Studio | Walt Disney Productions |
| Pengedar | RKO Radio Pictures |
| Mula tayangan | November 12, 1946 |
| Tempoh tayangan | 94 minit |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Bahasa Inggeris |
| Perbelanjaan | AS$2,125,000[1] |
| Pulangan kasar | AS$65,000,000[2] |
Song of the South ialah sebuah filem cetera yang diterbitkan oleh Walt Disney dan dikeluarkan oleh RKO Radio Pictures. Filem ini berdasarkan kisah-kisah dongeng Uncle Remus rekaan Joel Chandler Harris. Pelakon aksi sebenar menyampaikan sebuah cerita bingkai sentimental, yang mana Uncle Remus menyampaikan cerita rakyat pengembaraan Br'er Rabbit dan rakan-rakannya. Watak-watak haiwan yang bersifat manusia itu muncul dalam bentuk animasi. Lagu hit dari filem ini ialah "Zip-a-Dee-Doo-Dah" yang memenangi Anugerah Akademi untuk Lagu Terbaik 1947 dan sering digunakan dalam tema-tema montage Disney, sehingga menjadi begitu dikenali ramai. Filem ini merupakan ilham kepada tarikan taman tema Disney, Splash Mountain.
Filem ini tidak pernah dikeluarkan dalam bentuk keseluruhan dalam bentuk video rumah atau DVD di Amerika Syarikat,[3] disebabkan isi kandungannya yang dikhuatiri dianggap sebagai gambaran yang rasis terhadap orang Amerika Afrika oleh para orang atasan Disney. Walaupun begitu, beberapa bahagian filem ini disertakan dalam kompilasi atau edisi khas untuk keluaran VHS dan DVD.
[sunting] Rujukan
- ↑ Solomon, Charles (1989), p. 186. Enchanted Drawings: The History of Animation. ISBN 0-394-54684-9. Alfred A. Knopf. Diterima pada 16 Februari 2008.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanGablertidak disediakan - ↑ "Disney (Song of the South)". Urban Legends Reference Pages. http://www.snopes.com/disney/films/sots.htm. Capaian 2007-01-18.
[sunting] Pautan luar
- Song of the South di Pangkalan Data Filem Internet
- Templat:Amg title
- Song of the South di Rotten Tomatoes
- Song of the South di Box Office Mojo
- Templat:Tcmdb title
- Song of the South di Pangkalan Data Big Cartoon
Templat:Disney theatrical animated features Templat:Uncle Remus Templat:Wilfred Jackson