Songs of Innocence and of Experience

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Muka kulit Songs of Innocence and of Experience

Songs of Innocence and of Experience: Shewing the Two Contrary States of the Human Soul (Lagu-Lagu Kesucian dan Pengalaman: Menunjukkan Dua Keadaan Berlawanan dalam Jiwa Insan) ialah dua buah buku puisi karya seorang pemuisi dan pelukis berbangsa Inggeris, William Blake. Walaupun Songs of Innocence mula-mula diterbitkan sendirinya pada tahun 1789, namun dipercayai bahawa Songs of Experience sentiasa diterbitkan bersama Innocence semenjak dilengkapkan pada tahun 1794.

Kebanyakan puisi dalam Songs of Innocence ada padanannya dalam Songs of Experience dengan perspektif bertentangan terhadap dunia. Difahami bahawa ini timbul dari pudarnya kepercayaan Blake terhadap kemurnian insan pada akhir zaman Revolusi Perancis. Melalui karya-karya ini, Blake menunjukkan kepercayaan bahawa anak-anak hilang kesucian mellaui ekspolitasi, pendidikan dan agama, ketiga-tiganya mendahulukan dogma sebelum belas kasihan. Namun demikian, beliau tidak percaya bahawa kanak-kanak harus dihalang dari memperoleh pengalaman, sebaliknya puisi-puisinya ini mencerminkan pendiriannya bahawa setiap kanak-kanak berhak bebas meraih pengalaman melalui penemuan sendiri tanpa dibelenggui ketetapan generasi terdahulu.

Dalam karya ini dan karya-karya seterusnya, Blake menunjukkan kepercayaannya bahawa kesucian dan pengalaman adalah "dua keadaan yang saling bertentangan dalam jiwa insan", serta bahawa kesucian itu dilengkapi, bukan dihakis, oleh pengalaman.

Songs of Innocence[sunting | sunting sumber]

Songs of Innocence pada asalnya merupakan karya lengkap yang julung kali dicetak pada tahun 1789, berbentuk koleksi berkonsep 19 puisi yang diserikan dengan seni lukis. Songs of Innocence terdiri terutamanya dari puisi-puisi yang menghuraikan kesucian dan kebahagiaan alam semula jadi, dengan mendukung cinta bebas dan pendekatan diri dengan Tuhan, terutamanya sekali puisi The Lamb. Puisi-puisinya ibarat penulisan perspektif kanak-kanak.

Introduction
The Shepherd
The Ecchoing Green
The Lamb
The Little Black Boy
The Blossom
The Chimney Sweeper
The Little Boy lost
The Little Boy found
Laughing Song
A Cradle Song
The Divine Image
Holy Thursday
Night
Spring
Nurse's Song
Infant Joy
A Dream
On Another's Sorrow

Songs of Experience[sunting | sunting sumber]

Muka kulit Songs of Experience

Songs of Experience ialah koleksi 26 puisi yang muncul pada tahun 1794 sebagai pelengkap Songs of Innocence and of Experience. Sebilangan puisinya, seperti The Little Boy Lost dan The Little Boy Found pernah dialihkan berulang alik ke Songs of Innocence.

Dalam koleksi puisi kedua ini, Blake membandingkan Songs of Innocence yang menunjukkan betapa mekarnya semangat insan apabila dibenarkan bergerak bebas, dengan Songs of Experience, yang mana semangat insan layu pula setelah ditindas dan dipaksa mentaati peraturan dan doktrin. Sebenarnya, Blake giat menentang doktrin-doktrin Gereja Anglikan yang menyeru para pengikutnya agar memendamkan perasaan, lalu menunjukkan betapa silapnya cara ini melalui puisi-puisi Songs of Experience.

Puisi-puisi yang terpenting dalam Songs of Experience ialah: "The Tyger"," "Ah, Sunflower," "A Poison Tree" dan "London". Walaupun dinikmati dan disanjungi oleh masyarakat zaman sekarang, namun ketika zaman Blake, puisi-puisi ini langsung tidak mendapat perhatian khusus. Blake menghabiskan hidupnya dalam kemiskinan dan berhutang keliling pinggang. Songs of Experience hanya terjual 20 salinan sebelum kematiannya pada tahun 1827. Kini, karya ini diterapkan dalam sukatan pelajaran GCSE dan A-level di sekolah.

Introduction (Experience)
Earth's Answer
My Pretty Rose Tree
A Poison Tree
The Tyger
The Sick Rose
Infant Sorrow
The Chimney Sweeper (Experience)
Holy Thursday (Experience)
London
Ah! Sunflower
The Fly
The Clod and the Pebble
The Garden of Love
The Voice of the Ancient Bard
A Divine Image

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]