PlayStation 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sony PlayStation 2)
Sony PlayStation 2
Kiri: Versi asal PlayStation 2
Kanan: Versi Slim, kad memori bersaiz 8MB dan alat pengawal DualShock 2
PembangunSony Computer Entertainment
PengilangSony
JenisKonsol permainan video
Ketersediaan runcit
  • Amerika Syarikat 26 Oktober 2000
  • Kesatuan Eropah 24 November 2000
  • Jepun 4 Mac 2000[1]
MediaDVD, CD
CPUEmotion Engine 294.912 MHz
Muatan storan
  • Kad memori PlayStation 2 (8MB)
  • Kad memori PlayStation (128KB)
  • Cakera keras tetap 40GB (tambahan)
IngatanRAMBUS atau RDRAM 32 MB
eDRAM 4 MB

PlayStation 2 (PS2) (Jepun: プレイステーション2, Hepburn: Pureisutēshon Tsū) merupakan konsol permainan video Sony. Ia dikeluarkan pada Mac 4, 2000, di Jepun, dan kemudiannya pada 26 Oktober 2000 di Amerika Utara, dan November 24, 2000 di Eropah. Sebagai konsol permainan video generasi ke-enam, pesaing utamanya adalah Sega Dreamcast , Microsoft Xbox dan Nintendo GameCube. Pembangunannya diumumkan dalam bulan Mac 1999, dan pertama kali dikeluarkan di Jepun pada 4 Mac 2000, di Amerika Utara pula pada 26 Oktober, 2000 dan di Eropah pada 24 November 2000.

Konsol PlayStation 2 adalah konsol yang paling berjaya dalam sejarah permainan video, dan telah mencapai lebih daripada 150 juta unit dijual sehingga 31 Januari 2011[2][3]. Peristiwa bersejarah ini berlaku selepas 11 tahun sistem itu dikeluarkan di Jepun pada 4 Mac, 2000. Sony berkata ia mempunyai 10.828 tajuk untuk sistem dan 15.2 bilion tajuk PS2 telah dijual sejak pelancarannya[1]. Konsol ini telah digantikan oleh PlayStation 3 pada tahun 2006.

Pada 4 Januari 2013, Sony mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan pengeluaran konsol PlayStation 2, 13 tahun semenjak tarikh pengeluarannya pada tahun 2000 dan merupakan konsol permainan video yang paling lama bertahan[4]. Walaupun begitu, kebanyakkan pembangun permainan video mengeluarkan beberapa permainan video untuk konsol PlayStation 2 seperti Pro Evolution Soccer 2014 (8 November 2013), Final Fantasy XI: Seekers of Adoulin (27 Mac 2013) dan FIFA 14 (3 Oktober 2013).

Dan juga pernah lelaki yang bernama Dan Holmes yang menukar namanya ke Playstation 2.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sony telah mengumumkan PlayStation 2 pada 1 Mac 1999[5]. Pada ketika itu, konsol Dreamcast telah dilancarkan dan merupakan konsol pertama bagi generasi keenam. Walaupun Sony telah mengumumkan mengenai PlayStation 2, Sega Dreamcast berjaya menjual lebih dari 500 000 unit dalam masa dua minggu di kawasan Amerika Utara[6].

Selepas pelancaran konsol Dreamcast di kawasan Amerika Utara, Sony memperkenalkan PlayStation 2 kepada umum semasa acara Tokyo Game Show pada bulan September 1999. Dalam acara itu, Sony telah menunjukkan demonstrasi permainan video yang dimainkan untuk konsol PS2 termasuklah Gran Turismo 2000 (yang kemudian dikeluarkan dengan nama Gran Turismo 3: A-Spec) dan Tekken Tag Tournament, di mana keupayaan grafik dan kuasa konsol ini ditunjukkan.

Konsol PlayStation 2 telah dilancarkan pada bulan Mac 2000 di Jepun, Oktober 2000 di kawasan Amerika Utara dan November 2000 di kawasan Eropah[5]. Hasil jualan pada hari pertama pelancaran konsol ini ialah $250 million, mengalahkan hasil jualan konsol Dreamcast yang mencatatkan keuntungan sebanyak $97 million[7]. Konsol ini menerima sambutan ramai oleh kerana ianya dikeluarkan dalam produk PlayStation dan juga keupayaan konsol PS2 memainkan permainan video dari konsol PlayStation, menyebabkan kebanyakkan pengguna beralih arah dari konsol PlayStation ke konsol ini[2].

Hasil jualan yang memberangsangkan untuk konsol PlayStation 2 menyebabkan syarikat Sega berdepan dengan masalah kewangan dan konsol Dreamcast tidak mampu menyaingi konsol PS2 dari segi hasil jualan[7]. Ini menyebabkan Sega mengambil keputusan untuk memberhentikan pengeluaran konsol Dreamcast pada bulan Mac 2001, bertahan hanya 18 bulan dari tarikh pengeluaran[7]. Keadaan ini menyebabkan konsol PlayStation 2 merupakan satu-satunya konsol dari generasi keenam selama lebih 6 bulan, sebelum berdepan dengan konsol-konsol lain seperti Nintendo GameCube dan Microsoft Xbox.


Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Perkakasan[sunting | sunting sumber]

Cip Graphics Synthesizer pada papan induk PlayStation 2

PlayStation 2 dijana dengan cip mikpemproses RISC yang diubahsuai yang dikenali dengan nama Emotion Engine (EE), berkelajuan 299 MHz[8][9]. Untuk memproses grafik 3D, cip mikpemproses ini berganding dengan beberapa komponen lain seperti 2 unit vektor dikenali dengan nama VU0 dan VU1, cip mikropemproses untuk grafik yang dikenali dengan nama Graphics Synthesizer dan juga Unit Titik Apungan (Floating Point Unit) atau FPU[8].

Grafik bagi konsol ini diproses menggunakan cip mikpemproses Graphics Synthesizer (GS) yang berkemampuan menjana resolusi skrin bersaiz paling minimum 256 x 224 sehingga 1280 x 1024. Cip ini memiliki memori sebanyak 4MB jenis DRAM.

Sistem teras
Cip mikropemproses Emotion Engine 294.912 MHz (utama)

Graphics Synthesizer (grafik)

RAM 32 GB RDRAM
RAM video 4 MB DRAM
Grafik dan suara
Palet warna 16.7 M warna
Resolusi skrin 256 x 224 sehingga 1280 x 1024
Saluran audio Dolby Digital 5.1, Dolby Pro Logic II

Alat pengawal[sunting | sunting sumber]

Alat pengawal utama untuk konsol PlayStation 2 dikenali dengan nama DualShock 2. DualShock 2 mempunyai reka bentuk yang lebih kurang sama dengan alat pengawal DualShock untuk konsol PlayStation, namun begitu ianya mempunyai beberapa perubahan kecil seperti posisi skru yang berbeza serta logo DualShock 2 berwarna biru dicetak di bahagian atas alat pengawal. Manakala, kabel untuk alat pengawal ini berwarna hitam berbanding dengan kabel alat pengawal DualShock yang berwarna kelabu. Alat pengawal DualShock 2 didatangkan dengan warna hitam semasa pelancaran[10].


Media[sunting | sunting sumber]

Kad memori standard 8 MB untuk PlayStation 2

CD/DVD[sunting | sunting sumber]

Kesemua permainan video yang dikeluarkan untuk konsol PlayStation diedarkan dalam bentuk CD-ROM atau DVD-ROM. Selain itu, konsol ini juga bertindak sebagai pemain cakera keras standard yang berupaya memainkan CD audio dan filem DVD. PlayStation 2 juga membolehkan permainan video dari PlayStation dimainkan dalam konsol ini.

Permainan video seperti Grand Theft Auto, Final Fantasy, dan siri Metal Gear Solid dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 2. Permainan video Grand Theft Auto: San Andreas merupakan permainan video yang paling popular untuk konsol ini.

Kad memori[sunting | sunting sumber]

PlayStation 2 menggunakan kad memori untuk menyimpan data berkaitan dengan permainan video yang dimainkan. Kad memori standard mempunyai saiz berkapasiti 8 MB dan menggunakan sekuriti Sony MagicGate. Kad memori ini boleh dicabut dan dipasang kepada konsol PlayStation 2 yang berbeza. Ianya dikeluarkan dalam variasi warna biru dan satin perak.[11].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Makuch, Edie (4 Mac 2015). "PlayStation 2 Released 15 Years Ago Today". GameSpot. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  2. ^ a b "13 years after the PlayStation 2 changed the industry, Sony finally halts production". ExtremeTech. 31 Disember 2012. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  3. ^ Birch, Aaron (7 Januari 2013). "PlayStation 2 officially discontinued". Den of Geek. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  4. ^ Stuart, Keith (4 Januari 2013). "PlayStation 2 manufacture ends after 12 years". The Guardian. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  5. ^ a b "Sony announces PS2 launch date and price". GameSpot. 12 Mei 2000. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  6. ^ Povey, Callum (14 Mac 2013). "A Look Back at the Sega Dreamcast". BlogCritics. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  7. ^ a b c Mawson, Chris (12 September 2015). "The Rise and Fall of the Sega Dreamcast: 16 Years Later". Powerupgaming. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  8. ^ a b Tyson, Jeff (20 Oktober 2000). "How PlayStation 2 Works". HowStuffWorks. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  9. ^ John L. Hennessy dan David Patterson. "Computer Architecture: A Quantitative Approach, Third Edition". ISBN 1-55860-724-2
  10. ^ Zdyrko, Dave (27 September 2001). "Dual Shock 2 Review". IGN. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  11. ^ "Memory Card (8MB) (for PlayStation 2)". Sony PlayStation. 3 Oktober 2006. Dicapai pada 11 Oktober 2015.