Soyuz TMA-03M

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Soyuz TMA-03M
Союз ТМА-03M
Tanda kebesaran misi
Soyuz-TMA-03M-Mission-Patch.png
Statistik misi
Nama misi Soyuz TMA-03M
Союз ТМА-03M
Saiz anak kapal 3
Nama panggilan Antares
Pelantar pelancar Pelantar Gagarin (LC-1/5), Kosmodrom Baikonur
Pelancaran 21 Disember 2011 (2011-12-21)[1][2]
13:16 UTC[3]
Pendaratan Jun 2012[2]
Foto anak kapal
Soyuz TMA-03M crew.jpg
Kiri ke kanan: Donald Pettit, Oleg Kononenko dan André Kuipers
Misi berkaitan
Misi sebelum Misi selepas
Soyuz TMA-22 Soyuz TMA-22 Soyuz TMA-04M

Soyuz TMA-03M Rusia ialah penerbangan angkasa lepas semasa ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Ia dilancarkan pada 21 Disember 2011 dari Tapak Satu di Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan, membawa tiga anggota Ekspedisi 30 ke ISS. TMA-03M merupakan penerbangan ke-112 kapal angkasa lepas Soyuz Rusia, sejak kali pertama pada 1967, dan kali ke-3 versi moden Soyuz-TMA-M.

Soyuz TMA-03M berlabuh dengan Stesen Angkasa Antarabangsa pada 7:19 pm Waktu Moscow pada 23 Disember, tiga minit lebih awal daripada jadual.[4][5] Anak kapal Oleg Kononenko (Rusia, komander), André Kuipers (Belanda) dan Donald Pettit (A.S.) menyertai Dan Burbank, Anton Shkaplerov dan Anatoli Ivanishin yang telah berada di ISS sejak November 2011. Keenam-enam angkasawan ini membentuk Ekspedisi 30, dan kapal Soyuz TMA-03M ini dijangka kekal bersama mereka di sana dan berfungsi sebagai kenderaan kecemasan sekiranya perlu.

Isi kandungan

Anak kapal [sunting]

Anak kapal Soyuz TMA-03M dalam upacara lawatan Dataran Merah pada 1 Disember 2011.
Kedudukan[2][6] Anak Kapal
Komander Oleg Kononenko, RSA
Ekspedisi 30
kedua spaceflight
Jurutera Penerbangan 1 & Pegawai Perubatan André Kuipers, ESA
Ekspedisi 30
kedua spaceflight
Jurutera Penerbangan 2 Donald Pettit, NASA
Ekspedisi 30
ketiga spaceflight

Anak kapal sandaran [sunting]

Kedudukan Anak Kapal
Komander Yuri Malenchenko, RSA
Jurutera Penerbangan 1 Sunita Williams, NASA
Jurutera Penerbangan 2 Akihiko Hoshide, JAXA

Rujukan [sunting]

Pautan luar [sunting]