Spaniel Picardie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Spaniel Picardie
Seekor spaniel Picardie
Negara asalPerancis
Anjing (Canis lupus familiaris)

Spaniel Picardie[a] ialah satu baka anjing yang dikembangkan di Perancis untuk kegunaan sebagai gundog. Ia berkaitan dengan spaniel biru Picardie dan masih mempunyai banyak keserupaan, tetapi spaniel Picardie ialah yang lebih lama antara kedua-dua baka ini. Ia dianggap sebagai salah satu daripada dua baka spaniel benua terlama dan digemari oleh kebangsawanan Perancis kerana popular untuk perburuan selepas Revolusi Perancis kerana lapis bulu tahan cuacanya yang membolehkannya berburu dalam pelbagai keadaan dan rupa bumi. Walau bagaimanapun, kepopularannya menurun ikutan kemasukan baka-baka anjing pemburu Inggeris pada awal abad ke-20. Sebagai baka yang lebih kecil sedikit daripada seter Inggeris tetapi lebih besar daripada kebanyakan sepupu spanielnya, ia tidak mempunyai isu kesihatan besar tetapi seperti dengan banyak baka dengan telinga berjuntai, ia dapat menjadi terdedah kepada jangkitan telinga.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

"Seorang yang berseluar putih yang memegang seekor spaniel perang dengan bintik-bintik putih dengan cawak pendek"
Seekor spaniel Picardie dalam pertunjukan anjing di Poland
Gibbs des Chaumes de Thiérache, spaniel Picardie muda berusia 6 bulan
Gibbs des Chaumes de Thiérache, spaniel Picardie muda berusia 6 bulan
Gibbs des Chaumes de Thiérache, spaniel Picardie muda berusia 6 bulan
Gibbs des Chaumes de Thiérache, spaniel Picardie muda berusia 6 bulan

Spaniel Perancis dan spaniel Picardie diduga[nyatakan menurut siapa?] berakar daripada chien d'oysel yang disebut dalam tulisan Gaston Phoebus.[1] Perburuan semasa tempoh ini di Perancis ialah salah satu sukan kegemaran kebangsawanan dan jenis spaniel Perancis menjadi anjing pemburu kegemaran Kerabat Diraja Perancis. Baka ini dapat dilihat dalam lukisan yang bertarikh dari zaman ini oleh seniman Alexandre-François Desportes dan Jean-Baptiste Oudry. Ia juga merupakan baka anjing pertama yang dimasukkan ke dalam salon.[2][sumber tak boleh dipercayai?]

Baka ini menjadi lebih popular ikutan Revolusi Perancis dan kesannya apabila perburuan tidak lagi terbatas kepada kebangsawanan. Walaupun tersebar di serata Perancis, tumpuan besar terletak di barat laut. Di sana lapis bulu tahan cuaca baka ini menjadikannya sesuai untuk keadaan berhutan dan berpaya. Semasa awal abad ke-19, pemburu British menyeberangi selat untuk berburu di kawasan Perancis barat laut. Orang British membawa anjing pemburu mereka sendiri dan ini menyebabkan perubahan pilihan apabila pemburu Perancis beralih kepada baka Inggeris dan menyebabkan tamparan hebat kepada kewujudan spaniel Picardie.[2] Di samping itu, kemasukan darah daripada seter Inggeris ke dalam populasi spaniel tempatan menghasilkan spaniel biru Picardie.[3]

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Epagneul Picard Club dibentuk pada tahun 1921 dan digabungkan dengan Club of Blue Picardy Spaniel pada 28 Julai 1937. Penggabungan lanjut berlangsung pada 21 Mei 1980 apabila kelab-kelab ini bergabung dengan Pont-Audemer Club untuk membentuk Club des Épagneuls de Picardie et de Pont-Audemer ("Kelab Spaniel Picardie dan Spaniel Pont-Audemer").[2][4]

Spaniel Picardie diiktiraf oleh pelbagai kelab dan persatuan kenel termasuk North American Kennel Club, [5] American Rare Breed Association,[6] United Kennel Club,[7] dan Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Keempat-empat persatuan menggunakan piawaian seperti yang ditetapkan oleh FCI.[8] Ia juga diiktiraf oleh Continental Kennel Club,[9] tetapi tidak seperti spaniel biru Picardie yang berkait rapat, ia tidak diiktiraf oleh Canadian Kennel Club.[10]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Seekor spaniel Picardie betina

Contoh tipikal baka ini berukuran setinggi 22–24 inci (56–61 cm) pada paras kelasa[11] dengan purata berat 20–25 kilogram (44–55 lb).[2] Baka ini serupa dari segi saiz dengan seter Inggeris, walaupun lebih kecil sedikit.[12] Antara baka jenis spaniel, hanya anjing penuding besar Münster dan Drentse patrijshond diiktiraf berkemungkinan untuk membesar sehingga saiz lebih besar, dengan Drentse patrijshond yang berukuran setinggi 21.5–25.5 in (55–65 cm)[13] dan anjing penuding besar Münster yang sedikit lebih kecil dengan julat lebih sempit 23–25 in (58–64 cm).[14]

Baka ini mempunyai tubuh berotot dengan binaan segi empat sama[2] dan kepala berbentuk bujur dengan muncung panjang dan telinga panjang yang tergantung dengan agak rendah.[15] Warna lapis bulunya dapat berbeza-beza daripada coklat, perang berangan, dan putih dengan tanda-tanda berwarna pasir di kepala dan tompok putih atau kelabu pada tungkai.[2] Bulunya lebat dengan sedikit alunan yang membolehkannya bekerja di dalam semak tebal dan juga di dalam air.[16]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Spaniel Picardie ialah baka anjing jinak dan gemar bermain dengan kanak-kanak dan menjalin hubungan baik dengan tuannya.[15] Ia diperihalkan mempunyai sifat pergaulan lemah lembut, memiliki perwatakan baik dengan sikap santai, dan agak mudah dilatih.[15] Di Perancis, baka ini digunakan untuk perburuan di kawasan hutan untuk pheasant, dan di paya untuk berkik.[16] Walau bagaimanapun, ia juga dapat digunakan untuk memburu itik, kelinci, dan arnab.[17] Baka ini cemerlang dalam perburuan di rawang dan tidak teragak-agak untuk melompat ke dalam air.[15] Ia juga dapat berfungsi secukupnya sebagai anjing pengutip sekiranya diperlukan.[16] Anjing ini berpuas hati dengan jumlah ruang kecil dan sesuai dengan kehidupan di bandar, tetapi juga menyukai kawasan lapang.[15]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Spaniel Picardie tidak mempunyai masalah kesihatan keturunan yang diketahui[11] dan mempunyai purata jangka hayat sebanyak 14 tahun.[17] Walau bagaimanapun, sebagai spaniel pemburu, baka ini terdedah kepada jangkitan telinga.[2] Jangkitan ini adalah umum dalam kalangan anjing dengan telinga labuh, termasuk anjing pemburu baset dan baka-baka spaniel lain.[18] Pemberian makanan secara berlebihan kepada spaniel Picardie dapat menyebabkan berat berlebihan.[15]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: سڤانيئل ڤيکردي; Perancis: épagneul picard; bahasa Inggeris: Picardy spaniel

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Phoebus, Gaston (1300-an). "Da chein d'onsel et de toute sa nature". La Chasse (dalam bahasa Perancis) (ed. cetakan semula 1854). Bureau Du Journal Des Chasseurs. Dicapai pada 4 Mac 2024. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ a b c d e f g "Picardy Spaniel Information". Sarah's Dogs. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  3. ^ "Blue Picardy Spaniel Information" (dalam bahasa Inggeris). Sarah's Dogs. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  4. ^ "History" (dalam bahasa Perancis). Club des Epagneuls Picards, Bleus de Picardie & Pont Audemer. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2011. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  5. ^ "Recognised Breeds" (dalam bahasa Inggeris). North American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2010. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  6. ^ "FCI-Standard N° 108 / 25. 09. 1998 / GB: Picardy Spaniel" (dalam bahasa Inggeris). American Rare Breed Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2011. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  7. ^ "Epagneul Picard" (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. 1 Januari 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2009. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  8. ^ "Group 7: Pointing Dogs" (dalam bahasa Inggeris). Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2009. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  9. ^ "Epagneul Picard" (dalam bahasa Inggeris). Continental Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2013. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  10. ^ "CKC Breed Standards: Sporting Group" (dalam bahasa Inggeris). Canadian Kennel Club. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  11. ^ a b Whitehead, Sarah (September 1999). The Complete Guide to the Dog (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. m/s. 148. ISBN 978-0-7641-5204-7.
  12. ^ Alderton, David (24 November 2006). Top to Tail: The 360 Degrees Guide to Picking Your Perfect Pet (dalam bahasa Inggeris). David & Charles PLC. m/s. 108. ISBN 978-0-7153-2589-6.
  13. ^ Cunliffe, Juliette (1999). The Encyclopedia of Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). Parragon. m/s. 323. ISBN 0-7525-8018-3.
  14. ^ Palika, Liz (2007). The Howell Book of Dogs: The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 166. ISBN 978-0-470-00921-5.
  15. ^ a b c d e f "L'épagneul picard" (dalam bahasa Perancis). Chasse Passion.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2010. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  16. ^ a b c "History Epagneul Picard" (dalam bahasa Perancis). Club des Épagneuls Picards, Bleus de Picardie et Pont Audemer. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  17. ^ a b "Epagneul picard" (dalam bahasa Perancis). Choisir son chien. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  18. ^ "Pet Care: Ear infections" (dalam bahasa Inggeris). Healthy Pet.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2010. Dicapai pada 4 Mac 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]