Speed Racer (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Speed Racer
Speed racer ver5 xlg.jpg
Theatrical poster
Pengarah Andy Wachowski
Larry Wachowski
Penerbit Joel Silver
Grant Hill
Andy Wachowski
Larry Wachowski
Pengarang Andy Wachowski
Larry Wachowski
Lakonan Emile Hirsch
John Goodman
Christina Ricci
Susan Sarandon
Matthew Fox
Muzik Michael Giacchino
Sinematografi David Tattersall
Penyuntingan Roger Barton
Zach Staenberg
Pengedar Warner Bros. Pictures
Mula ditayang Malaysia 8 Mei 2008
Amerika Syarikat 9 Mei 2008
Tempoh ditayang 135 min.
Negara  Amerika Syarikat
Bahasa Inggeris
Perbelanjaan $100 million
Laman web rasmi
Rujukan All Movie Guide
Rujukan IMDb

Speed Racer ialah sebuah filem lakonan langsung tahun 2008 yang diadaptasi dari siri anime Jepun 1960-an Speed Racer. Filem ini dikarang dan diarah oleh Adik-beradik Wachowski yang turut menjadi penerbit bersama. Filem ini telah dibangunkan sejak tahun 1992, banyak bertukar penulis dan pengarah sehingga penerbit Joel Silver dan adik-beradik Wachowski berganding bahu untuk memulakan penerbitan Speed Racer sebagai filem yang sesuai untuk seisi keluarga agar dapat mencapai lebih banyak penonton. Emile Hirsch memegang watak Speed, iaitu wira animasi tersebut, manakala Christina Ricci memainkan watak Trixie, teman wanita Speed. Filem Speed Racer dirakam mulai Jun hingga November 2007 di Potsdam dan Berlin, Jerman dan menelan belanja kira-kira AS$100,000,000.[1] Kebanyakan penggambaran dijalankan di Babelsberg Studios di Potsdam, di mana rakaman dilakukan di hadapan layar hijau sepenuhnya.[2]. Adik-beradik Wachowski juga merakam dalam video definisi tinggi buat julung kalinya, iaitu menggunakan kaedah pelapisan untuk meletakkan latar hadapan dan belakang babak-babak dalam fokus untuk menghasilkan pengalaman anime yang seolah-olah wujud. Para pemasar telah menyediakan mainan dan permainan video bersempena pengeluaran filem ini. Tayangan perdana filem Speed Racer adalah pada 3 Mei 2008 sebagai filem penutup Pesta Filem Tribeca,[3] dan dikeluarkan secara umum pada 9 Mei 2008.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Hirsch dan Ricci di tayangan perdana Pesta Filem Tribeca.

Speed Racer (Emile Hirsch) ialah seorang pemuda yang mempunyai naluri berlumba semula jadi yang hendak memenangi The Crucible, iaitu rali lumba kereta merentas desa yang pernah meragut nyawa abangnya, Rex Racer (Scott Porter). Speed setia kepada perniagaan keluarga yang dikendali ibu bapanya Pops (John Goodman) dan Mom (Susan Sarandon). Pops mereka bentuk kereta Speed, iaitu Mach 5. Pemilik Royalton Industries (Roger Allam) menyediakan tawaran lumayan kepada Speed, tetapi Speed menolaknya lalu memarahkan pemilik itu. Speed turut membongkar satu rahsia bahawa kepentingan korporat terbesar, termasuklah Royalton, mengatur perlumbaan dan menipu untuk mengaut untung semata-mata. Oleh sebab tawaran kepada Speed gagal, Royalton hendak memastikan Speed tidak menang mana-mana perlumbaan. Speed meraih sokonhan dari orang tuanya dan teman wanitanya Trixie (Christina Ricci) lalu menyertai The Crucible sambil bekerjasama dengan lawannya, Racer X (Matthew Fox), dengan tujuan menyelamatkan perniagaan keluarganya dan persada sukan lumba kereta.[4]

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Box office / business for Speed Racer, dicapai pada 8 Mei 2008
  2. Filming locations for Speed Racer, dicapai pada 8 Mei 2008
  3. Winter Miller. "'Speed Racer' to close Tribeca", Variety, 2008-04-03. Dicapai pada 2008-04-03. 
  4. 4.0 4.1 "Speed Racer Details Released", Sci Fi Wire, 2007-06-05. Dicapai pada 2007-06-06. 
  5. 5.0 5.1 Ben Lyons. "Extreme Sneak Peek: Speed Racer Is Cast, Gassed Up and Ready to Go Go Go!", E!, 2007-05-11. Dicapai pada 2007-05-12. Diarkibkan drpd. yang asli di 2007-09-30. 
  6. Filip Vukcevic. "Exclusive: Hirsch Talks Speed Racer", IGN, 2007-09-17. Dicapai pada 2007-09-17. 
  7. 7.0 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 7.7 "Speed Racer - Bios". Warner Bros.. http://speedracerthemovie.warnerbros.com/cmp/bios_nav.html. Capaian 2007-06-08. 
  8. Stacy Dodd. "Scott Porter", Variety, 2007-06-03. Dicapai pada 2007-06-04. 
  9. Shawn Adler. "Keanu Reeves Says He Turned Down ‘Watchmen’ And ‘Speed Racer’ Roles", MTV, 2008-03-31. Dicapai pada 2008-08-31. 
  10. Stacy Dodd. "Nayo Wallace", Variety, 2007-07-11. Dicapai pada 2007-07-13. 
  11. "Rain to star in Hollywood film", Korea Times, 2007-05-16. Dicapai pada 2007-05-17. 
  12. "Tuya' actress to join Hollywood action film", East Day, 2007-06-28. Dicapai pada 2007-07-07. 
  13. Borys Kit. "Roundtree is fast friend of 'Speed'", The Hollywood Reporter, 2007-07-02. Dicapai pada 2007-07-02. Diarkibkan drpd. yang asli di 2007-07-05. 
  14. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan lohan tidak disediakan
  15. Jeannette Walls. "PETA not monkeying around with ‘Speed Racer’", MSNBC, 2007-07-02. Dicapai pada 2007-07-03. 
  16. Edward Douglas. "Melvil Poupaud on His Speed Racer Role", ComingSoon.net, 2007-06-19. Dicapai pada 2007-06-20. 
  17. Stacy Dodd. "Christian Oliver", Variety, 2007-07-08. Dicapai pada 2007-07-09. 
  18. "INDYCAR’S MILKA DUNO HEADS TO BERLIN FOR ROLE IN WARNER BROS.’ “SPEED RACER” MOVIE", MilkaDuno.com, 2007-08-09. Dicapai pada 2007-08-10. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]