Speedy Video

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Speedy Video Distributors Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriHiburan
GenreHiburan, pendidikan, kesihatan
Ditubuhkan1989; 35 tahun yang lalu (1989)
Ibu pejabatNo. 30, Jalan Sulaiman 1, Taman Ampang Hilir, 68000 Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan perkhidmatanSeluruh Malaysia serta seluruh dunia
Tokoh pentingRaymond Chin[1]
KeluaranCakera Blu-ray, DVD, VCD, CD, cenderamata
PerkhidmatanPenghantaran barang melalui perkapalan dan kaedah lain
Anak syarikat
  • Alliance Entertainment Malaysia
  • Movie Magic
  • HVN Entertainment
Tapak webwww.speedy.com.my
Facebook: speedyvideo.my LinkedIn: speedy-video-distributors-sdn-bhd Discogs: 1673459 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Speedy Video Distributors Sdn. Bhd. merupakan syarikat pengedar salinan filem, drama dan album muzik fizikal yang beribu pejabat di Malaysia.[2] Syarikat ini juga telah menyediakan teknologi dalam bentuk filem dan muzik yang terkini kepada pengguna di rumah. Pada tahun 2010, Speedy Video Distributors dan Berjaya HVN Malaysia ialah dua syarikat pengedar filem utama di Malaysia.[3] Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan diperkukuh dengan cawangan yang melebihi 90 buah di seluruh Malaysia. Seterusnya, syarikat ini mempunyai rantaian yang terbesar dan boleh dijumpai secara meluas di seluruh Malaysia.[4] Namun begitu, pada Jun 2020, syarikat ini telah mengumumkan perancangan untuk menutup semua operasi perniagaan syarikat di Malaysia.[2]

Syarikat ini mempunyai lebih kurang 80,000 buah tajuk di dalam bentuk DVD, VCD, CD dan sinonim dengan servis yang berkualiti. Selain itu, syarikat ini menawarkan pelbagai tajuk untuk pelanggan yang mencari produk asli dengan harga yang berpatutan. Baru-baru ini, syarikat ini telah menjual beberapa buah cakera Blu-ray dan HD DVD seiring dengan teknologi canggih yang berkembang di dalam bentuk cakera optik untuk hiburan di rumah.[4]

Selain daripada menjadi empunya tunggal kepada lebih 90 cawangan kedai runcit di seluruh Malaysia, syarikat ini mempunyai lesen serta pemegang hak cipta untuk pelbagai buah tajuk untuk studio yang terkemuka dan bebas. Terdapat beberapa buah studio yang dilesenkan di bawah syarikat ini. Antaranya ialah Tsuburaya Productions, Toei Animation, Toei Company, Celestial Pictures, Golden Screen Cinemas Independent Labels, GTV dan banyak lagi. Di samping itu, syarikat ini juga mendapatkan dan membekalkan hiburan berbentuk teater dan lesen untuk penyiaran televisyen untuk pelbagai studio teater, pengendali pawagam, penyiaran saluran untuk televisyen percuma dan berbayar. Syarikat ini mempunyai daripada tiga anak syarikat iaitu Alliance Entertainment Malaysia, Movie Magic dan HVN Entertainment.

Hak pengedaran[sunting | sunting sumber]

Speedy Video menjadi pengedar tunggal antaranya untuk:[4]

Penutupan[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Jun 2020, Speedy Video mengumumkan penutupan kesemua cawangannya di seluruh Malaysia melalui hantaran Facebook syarikat tersebut. Jualan tutup kedai diadakan untuk menghabiskan stok sedia ada. Ketika pengumuman terbabit, sebanyak 14 buah cawangan masih berurus niaga di seluruh negara.[5][6][7]

Cawangan utama kedai Speedy di Mid Valley Megamall, Bangsar telah ditutup pada September 2019.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Meet Ultraman Mebius 'Live' at Tokyo Street, Pavilion KL". 19 November 2011. Dicapai pada 4 Januari 2012.
  2. ^ a b Daim, Nuradzimmah (11 Jun 2020). "Speedy Video bids adieu, all stores to close". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Jun 2020.
  3. ^ Saw 2013, m/s. 18.
  4. ^ a b c "About Speedy". Dicapai pada 4 Januari 2013.
  5. ^ Wartawan BH (14 Jun 2020). "Speedy Video bakal tutup semua cawangan seluruh negara". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2020. Dicapai pada 14 Jun 2020.
  6. ^ "Syarikat pengedar DVD umum tutup operasi". Malaysiakini.com. 14 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2020. Dicapai pada 14 Jun 2020.
  7. ^ Speedy Video Distributors Sdn Bhd [@speedyvideo.my] (13 Jun 2020). "Hantaran Facebook". Facebook (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2020. Dicapai pada 14 Jun 2020.
  8. ^ Aidil Rusli (14 September 2019). "The closing of Speedy Video in Mid Valley and what it means for Malaysian cinema". The Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Jun 2020.

Buku[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]