Spektrometer jisim helium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Spektrometer jisim helium ialah satu alat yang biasanya digunakan untuk mengesan dan mencari kebocoran kecil. Ia mulanya dibangunkan dalam Projek Manhattan ketika Perang Dunia Ke-2 untuk mencari kebocoran yang sangat kecil dalam proses pembauran gas loji memperkaya uranium. Ia biasanya menggunakan satu kebuk vakum di mana satu bekas tertutup yang berisi helium ditempatkan. Helium membocor keluar daripada bekas itu dan kadar kebocoran dikesan dengan spektrometer jisim.

Teknik pengesanan[sunting | sunting sumber]

Helium digunakan sebagai penyurih kerana ia dapat menembusi kebocoran kecil dengan pantas. Helium juga bersifat tidak beracun, lengai secara kimia, tidak mahal untuk dihasilkan, dan wujud dalam atmosfera dalam jumlah yang sangat kecil (5 ppm). Biasanya pengesan kebocoran helium akan digunakan untuk mengesan kebocoran di antara 10-5 ke 10-12 Pa·m3·s-1.

  • Aliran 10-5 Pa·m3·s-1 adalah kurang sedikit daripada 1 ml seminit pada suhu dan tekanan piawai (STP).
  • Aliran 10-13 Pa·m3·s-1 adalah kurang sedikit daripada 3 ml seabad pada STP.

Jenis kebocoran[sunting | sunting sumber]

Biasanya terdapat dua jenis kebocoran dalam pengesanan helium sebagai penyurih untuk pengesanan kebocoran.

  • Kebocoran sisa: Kebocoran sisa ialah kebocoran sebenar yang mungkin kasar atau kecil mengikut tetapan kepekaan pengesan kebocoran.
  • Kebocoran maya: Kebocoran maya ialah kemiripan suatu kebocoran di dalam sistem vakum yang disebabkan oleh pelepasan perlahan gas yang terperangkap, kerana gas mungkin berpegang dalam bentuk poket-poket pada bahagian dalam suatu kebuk. Ini boleh menyebabkan kekeliruan kepada para pengendali kerana ia mungkin adalah petanda palsu kebocoran yang nyata.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Spektrometer jisim helium digunakan dalam industri baris penghasilan seperti penyejukan dan pendingin hawa, bahagian-bahagian automotif, bekas minuman berkarbonat, bungkusan makanan dan pembungkusan aerosol, dan juga dalam penghasilan produk wap, botol gas, pemadam api, injap tayar, serta pelbagai barangan lain termasuklah semua sistem vakum.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.