Spektroskopi astronomi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Spektroskopi astronomi merupakan teknik spektroskopi yang digunakan dalam bidang astronomi. Objek kajian adlaah spektrum sinaran elektromagnet termasuklah cahaya tampak, yang memancar dari bintang dan objek samawi yang lain. Spektroskopi boleh digunakan untuk mengembangkan banyak ciri bagi bintang dan galaksi jauh, seperti komposisi kimia dan pergerakan mereka melalui anjakan Doppler.

Bintang[sunting | sunting sumber]

Spektroskopi astronomi bermula dengan pemerhatian awal Isaac Newton pada cahaya matahari yang terserak oleh prisma. Beliau memerhatikan pelangi warna dan mungkin kelihatan beberapa garis gelap samar. Jalur gelap ini kemudiannya ditakrifkan secara terperinci oleh Joseph von Fraunhofer. Kebanyaka spektrum najam memiliki dua ciri yang sama dengan spektrum matahari: pancaran berterusan pada smeua panjang gelombang merentasi spektrum optik (keselanjaran) dengan beberapa garisan serapan yang bertindih di atasnya.

Rekaan asal Fraunhofer (1817) bagi garisan serapan dalam spektrum suria

Huruf Panjang gelombang (nm) Asal-usul kimia Julat warna
A
759.37
O2 atmosfera
merah gelap
B
686.72
O2 atmosfera
merah
C
656.28
hidrogen alfa
merah
D1
589.59
natrium neutral
merah jingga
D2
589.00
natrium neutral
kuning
E
526.96
besi neutral
hijau
F
486.13
hidrogen beta
biru muda
G
431.42
molekul CH
biru
H
396.85
kalsium terion
ungu gelap
K
393.37
kalsium terion
ungu gelap

rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]