Spits Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Spits Sederhana)
Spits Jerman
Seekor spits sederhana Jerman berwarna krim
Negara asalJerman
Anjing (Canis lupus familiaris)
Spits serigala
Nama lainSpits serigala Jerman
Anjing Kees
Keeshond
Trait
Berat 15–20 kilogram (33–44 lb)[1]:118
Tinggi 43–55 sentimeter (17–22 in)[2]:6[3]
Bulu Lapis bulu ganda, lapis bulu luar lurus panjang dan lapis bulu bawah miri wul kapas tebal
Warna Bercahaya warna kelabu
Anjing (Canis lupus familiaris)
Spits besar
Nama lainSpits besar Jerman
Spits gergasi
Spits gergasi Jerman
Trait
Berat 17–18 kilogram (37–40 lb)[1]:119
Tinggi 40–50 sentimeter (16–20 in)[2]:13[3]
Bulu Lapis bulu ganda, lapis bulu luar lurus panjang dan lapis bulu bawah miri wul kapas tebal
Warna Putih, hitam, dan perang, kadang-kadang dengan tompok-tompok putih pada dada, kaki, dan hujung ekor
Anjing (Canis lupus familiaris)
Spits sederhana
Nama lainSpits sederhana Jerman
Trait
Berat 11–12 kilogram (24–26 lb)[1]:119
Tinggi 30–40 sentimeter (12–16 in)[2]:13[3]
Bulu Lapis bulu ganda, lapis bulu luar lurus panjang dan lapis bulu bawah miri wul kapas tebal
Warna Putih, hitam, perang, jingga, bercahaya warna kelabu, dan warna-warna lain
Anjing (Canis lupus familiaris)
Spits kecil
Nama lainSpits kecil Jerman
Spits katik
Spits katik Jerman
Trait
Berat 8–10 kilogram (18–22 lb)[1]:119
Tinggi 24–30 sentimeter (9.4–11.8 in)[2]:13[3]
Bulu Lapis bulu ganda, lapis bulu luar lurus panjang dan lapis bulu bawah miri wul kapas tebal
Warna Putih, hitam, perang, jingga, bercahaya warna kelabu, dan warna-warna lain
Anjing (Canis lupus familiaris)
Spits kerdil
Nama lainSpits kerdil Jerman
Spits mainan
Spits mainan Jerman
Anjing Pomerania
Pomerania
Pomeranian
Trait
Berat 2–3 kilogram (4.4–6.6 lb)[1]:123
Tinggi 18–24 sentimeter (7.1–9.4 in)[2]:20[3]
Bulu Lapis bulu ganda, lapis bulu luar lurus panjang dan lapis bulu bawah miri wul kapas tebal
Warna White, black, brown, orange, grey-shaded and other colours
Anjing (Canis lupus familiaris)

Spits Jerman[a] ialah satu baka anjing jenis spits dari Jerman. Ia dianggap sebagai satu baka tunggal dengan lima keragaman berlainan berdasarkan saiz dan warna: spits serigala atau anjing Kees; spits besar atau spits gergasi; spits sederhana; spits kecil atau spits katik; dan spits kerdil, spits mainan, atau anjing Pomerania.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Baka spits Jerman dipercyaia diturunkan daripada anjing gembala jenis spits Nordik yang merupakan leluhur bersama kepada baka-baka lain seperti anjing Samoyed, anjing Lap Finland, dan anjing Lap Sweden.[4] Anjing-anjing Nordik ini dipercayaia tersebar ke serata Eropah Utara dan sejauh Britain semasa Zaman Pertengahan dengan orang Viking, sebutan terawal bagi anjing spits dalam kesusateraan Jerman yang bertarikh dari 1450 Masihi.[1][5][4][6] Pada tahun 1750, Graf Eberhand zu Sayre Buffon menulis dalam karya beliau Sejarah semula jadi kuadruped bahawa anjing spits merupakan leluhur bagi semua baka Jerman.[4]

Anjing spits Jerman pada asalnya dibela di ladang untuk sebilangan peranan termasuk penggembalaan dan penjagaan. Semakin abad beransur, sesetengah susur galur dibiakbakakan untuk menjadi lebih kecil untuk tugas-tugas lain dan akhirnya sebagai anjing teman kecil.[5][4]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Spits Jerman ialah baka berlapis bulu ganda berbulu panjang daripada anjing jenis spits; kelima-lima keragaman berbeza-beza dengan ketara dari segi saiz. Piawaian baka menyatakan bahawa semua keragaman mempunyai lapis bulu panjang dengan lapis bulu luar panjang dan lurus dan lapis bulu bawah pendek, tebal, dan mirip wul kapas.[1][2][3]

Spits serigala/anjing Kees[sunting | sunting sumber]

Spits serigala[b] atau anjing Kees atau keeshond[c] ialah keragaman terbesar bagi spits Jerman, yang berdiri setinggi kira-kira 43–55 cm (17–22 in) pada paras kelasa menurut piawaian baka. Lapis bulunya kelabu perak dengan cahaya warna hitam.[2][3] Di sesetengah negara berbahasa Inggeris – termasuk Kanada, United Kingdom, Amerika Syarikat – keeshond dan spits serigala Jerman dikelaskan sebagai dua baka terpisah; berat mungkin berada dalam julat 27–32 kg (60–70 lb) untuk spits serigala Jerman dan 25–30 kg (55–65 lb) untuk keeshond.[1]:134

Spits besar[sunting | sunting sumber]

Spits besar[d] atau spits gergasi[e] ialah anjing bersaiz sederhana. Ia biasanya berukuran seberat 17–18 kg (37–40 lb) dan menurut piawaian baka berdiri setinggi 43–55 cm (17–22 in); lapis bulunya mungkin putih, hitam, atau perang dan dapat mempunyai tompok-tompok putih pada dada, kaki, dan hujung ekor.[2][3][5]

Spits sederhana[sunting | sunting sumber]

Spits sederhana[f] ialah anjing bersaiz sederhana. Ia biasanya berukuran seberat 10.5–11.5 kg (23–25 lb) dan menurut piawaian baka berdiri setinggi 30–40 cm (12–16 in); lapis bulunya mungkin putih, hitam, perang, jingga, bercahaya warna kelabu, dan warna-warna lain, serta campuran warna-warna tersebut.[1][2][3]

Spits kecil[sunting | sunting sumber]

Spits kecil[g] atau spits katik[h] ialah anjing kecil. Ia biasanya berukuran seberat 3–5 kg (7–11 lb) dan menurut piawaian baka berdiri setinggi 24–30 cm (9–12 in); lapis bulunya mungkin putih, hitam, perang, jingga, bercahaya warna kelabu, dan warna-warna lain.[1][2][3]

Spits kerdil/anjing Pomerania[sunting | sunting sumber]

Spits kerdil[i], spits mainan[j], anjing Pomerania, pomerania, atau pomeranian[k] ialah anjing kecil. Ia biasanya berukuran seberat 1.4–3 kg (3–7 lb) dan menurut piawaian baka berdiri setinggi 18–24 cm (7–9 in); lapis bulunya mungkin putih, hitam, perang, jingga, bercahaya warna kelabu, dan warna-warna lain.[1][2][3]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: سڤيت‌س جرمن; Jerman: deutscher Spitz; bahasa Inggeris: German spitz
  2. ^ Jawi: سڤيت‌س سريݢالا; Jerman: Wolfsspitz
  3. ^ Jawi: انجيڠ کيس; کيسهون; Belanda: keeshond
  4. ^ Jawi: سڤيت‌س بسر; Jerman: Großspitz
  5. ^ Jawi: سڤيت‌س ݢرݢاسي; bahasa Inggeris: giant spitz
  6. ^ Jawi: سڤيت‌س سدرهان; Jerman: Mittelspitz; bahasa Inggeris: medium spitz
  7. ^ Jawi: سڤيت‌س کچيل; Jerman: Kleinspitz
  8. ^ Jawi: سڤيت‌س کاتيق; bahasa Inggeris: miniature spitz
  9. ^ Jawi: سڤيت‌س کرديل; Jerman: Zwergspitz; bahasa Inggeris: dwarf spitz
  10. ^ Jawi: سڤيت‌س ماءينن; bahasa Inggeris: toy spitz
  11. ^ Jawi: انجيڠ ڤوميرانيا; ڤوميرانيا; ڤومرينيئن; Jerman: Pommeraner; bahasa Inggeris: Pomeranian dog; pomeranian

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k Fogle, Bruce (2009). The encyclopedia of the dog (dalam bahasa Inggeris). New York: DK Publishing. m/s. 124 & 134–135. ISBN 978-0-7566-6004-8.
  2. ^ a b c d e f g h i j k "FCI-Standard Nr. 97 DEUTSCHE SPITZE" [Piawaian FCI No. 97 Spits Jerman] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Jerman). 12 November 2019. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  3. ^ a b c d e f g h i j k "FCI-Standard N° 97 DEUTSCHE SPITZE (German Spitz)" [Piawaian FCI No. 97 Spits Jerman] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh C. Seidler dan Gabriele Dulling. 12 November 2019. Dicapai pada 7 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  4. ^ a b c d Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). Atlas of dog breeds of the world (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 436–438.
  5. ^ a b c Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 428–439, 521-523 & 525-526. ISBN 1-57076-219-8.
  6. ^ Alderton, David (2008). The encyclopedia of dogs (dalam bahasa Inggeris). Bath: Parragon Books Ltd. m/s. 116, 130 & 345. ISBN 978-1-4454-0853-8.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]