Spybot - Search & Destroy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Spybot - Search & Destroy
Spybot.png
Spybot - Search & Destroy 1.4 menjalankan operasinya dalam Windows XP
Pembangun Safer Networking Limited
Keluaran stabil 1.6.0 / 8 Julai 2008
Sistem pengendalian Microsoft Windows, Windows Mobile dan Symbian
Jenis Perisian penghapusan spyware
Lesen Perisian berhak
Tapak web Safer-networking.org

Spybot - Search & Destroy (Spybot - Cari & Musnah) merupakan program penghapusan perisian jahat (malware), perisian intip (spyware) dan perisian iklan (adware) di mana berfungsi dalam Microsoft Windows 95 dan ke atas. Seperti kebanyakan pengesan perisian jahat, Spybot mengesan cakera keras komputer dan RAM untuk perisian yang berniat jahat.

Spybot direka oleh seorang jurutera perisian Jerman, Patrick Michael Kolla dan diedarkan oleh syarikat miliknya yang berpangkalan di Ireland iaitu Safer Networking Limited.

Lesen[sunting | sunting sumber]

Pada masa ini, Spybot dikeluarkan sebagai perisian percuma. Walau bagaimanapun, cetakan halus lesen menunjukkan pengedaran secara komersil telah ditanggung oleh Safer Networking Limited bagi sebarang kegunaan umum.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Spybot membaikpulih masalah dengan mengesan cookies, sistem dalaman, Winsock LSPs, objek Active X, browser hijackers dan browser helper object (BHOs) serta mampu memberi perlindungan profil pengguna persendirian dengan menghapuskan usage tracks. Selain itu, Spybot juga mempunyai keupayaan untuk mengimunkan kandungan. Jadi, pengguna mampu menghalang pemuat turun yang berpotensi menghantar spyware sebelum ia menceroboh dan menjangkiti komputer.

Kelengkapan lain yang terdapat dalam Spybot ialah pencincang fail (file shredder) yang berfungsi menghapuskan sesuatu fail secara selamat. Bagaimanapun, kelengkapan tersebut dihapuskan bermula daripada versi 1.5 dan seterusnya. Walaupun Spybot bukan program anti-virus tetapi mampu mengesan beberapa trojan.

Modul Tea-Timer yang disediakan khusus oleh Spybot menyediakan perlindungan masa nyata daripada perubahan pendaftaran (registry) yang tidak dikehendaki. Spybot juga menyediakan lebih dua dozen bahasa termasuk Bahasa Melayu yang diterjemahkan oleh Mohamad Amirul Iman serta beberapa jenis paparan muka yang boleh dimuat turun melalui laman rasminya bagi kepuasan pengguna. Di samping itu, pengemaskinian Spybot seperti penaiktarafan, bahasa baharu serta algoritma heuristik yang lebih baik boleh dipilih dari pelbagai saluran.

Kajian dan anugerah[sunting | sunting sumber]

Spybot dipuji kerana kemudahan memuat turun yang mudah dan cepat, pengemaskinian percuma dan kecemerlangan operasinya. Spybot pernah memenangi banyak anugerah termasuk World Class 2003 Awards, the PC Magazine Editor's Choice and PC User Top Buy #1. Selain itu, Spybot telah disarankan oleh ZDNet, Wall Street Journal, The Guardian, MSNBC dan CNN sebagai perisian anti-spyware yang mesti dimiliki.

Bagaimanapun PC World mengundi Spybot di tangga yang agak tercorot dalam carta anti-spywarenya di mana majalah tersebut meletakkan markah 59 yang diklasifikasikan sebagai lemah kerana Spybot hanya mampu mengesan spyware yang tidak aktif kurang daripada 2%.[1] CNet Reviews juga mengundi Spybot 1.4 dengan jumlah sebanyak 5.8 kerana kelemahan prestasinya.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Tinjauan ke atas Spybot Search & Destroy 1.4 oleh PC World". 20 Ogos 2007. Diperoleh pada 31-12-2007. 
  2. "Tinjauan ke atas Spybot Search & Destroy 1.4 oleh CNet Review". 27 Mac 2007. Diperoleh pada 31-12-2007. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]