Sri Dharmasetu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maharaja Srivijaya
Zaman Awal
Sri Jayanasa 671–702
Sri Indravarman 702–728
Rudra Vikraman 728–775
Sri Dharmasetu 775–(?)
Wangsa Sailendra
Jawa
Samaratungga 792–840
Suvarnadvipa
Balaputradewa 860–(?)
Kadaram
Sri Udayadityavarman 960–988
Sri Chulamanivarman 988–1008
Sri Mara Vijayatunggavarman 1008–1017
Sri Sangrama Vijayatunggavarman 1017–1025
Sri Deva 1028–(?)

Sri Dharmasetu merupakan Maharaja Srivijaya yang memerintah pada penghujung kurun ke-8. Ketika pemerintahannya, baginda berjaya menakluk Pan Pan di Semenanjung Tanah Melayu menjadi sebahagian empayar Srivijaya sebelum tahun 775 masihi. Di sebuah biara lama di Ligor, Thailand hari ini, terdapat satu inskripsi yang menceritakan tentang Dharmasetu yang menitahkan pembinaan beberapa mahligai dan santuari yang didedikasikan untuk Bodhisattva Padmapani, Vajrapani dan Buddha.[1]

Inskripsi ini menyatakan yang Dharmasetu juga merupakan ketua Wangsa Sailendra di Jawa. Ini merupakan antara bukti terawal mengenai kewujudan hubungan kekeluargaan di antara Srivijaya dan Sailendra. Dewi Tara, puteri kepada Dharmasetu mengahwini salah seorang kerabat Wangsa Sailendra bernama Samaratungga yang kemudiannya menaiki takhta Srivijaya sekitar tahun 792 masihi.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Coedes, George (1996). The Indianized States of Southeast Asia. University of Hawaii Press. m/s. 84. ISBN 978-0824803681. 
  2. Munoz, Paul Michel (2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Singapore: Editions Didier Millet. m/s. pages 143–145,175,221–223. ISBN 9814155675. 


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.