Sri Jayanasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maharaja Srivijaya
Zaman Awal
Sri Jayanasa 671–702
Sri Indravarman 702–728
Rudra Vikraman 728–775
Sri Dharmasetu 775–(?)
Wangsa Sailendra
Jawa
Samaratungga 792–840
Suvarnadvipa
Balaputradewa 860–(?)
Kadaram
Sri Udayadityavarman 960–988
Sri Chulamanivarman 988–1008
Sri Mara Vijayatunggavarman 1008–1017
Sri Sangrama Vijayatunggavarman 1017–1025
Sri Deva 1028–(?)

Dapunta Hyang Sri Jayanasa merupakan Maharaja Srivijaya yang pertama yang mendirikan empayar tersebut. Menurut Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 605 saka (683 masihi), seorang Raja dengan gelaran Dapunta Hyang telah memimpin satu armada dengan 20,000 bala tentera dari Minanga Tamwan ke Matayap dan menaklukinya. Beberapa batu bersurat lain yang ditemui di Kota Kapur di Pulau Bangka (686 masihi), Karang Brahi di Jambi Hulu (686 masihi) dan Palas Pasemah di selatan Lampung, menceritakan peristiwa yang sama. Dari keterangan batu-batu bersurat ini, dapat disimpulkan yang Dapunta Hyang mendirikan Kerajaan Srivijaya setelah mengalahkan musuh-musuhnya di Jambi, Palembang, Selatan Lampung dan Pulau Bangka.[1]

Dapunta Hyang juga dipercayai satu gelaran diraja yang dipakai Maharaja-Maharaja Srivijaya.[2] Slamet Muljana mengaitkan Dapunta Hyang di dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit sebagai "Sri Jayanasa", kerana menurut Batu Bersurat Talang Tuwo yang bertarikh 684 masihi, Maharaja Srivijaya ketika itu adalah Sri Jayanasa. Oleh kerana jarak tarikh di antara kedua-dua batu bersurat hanya setahun, maka berkemungkinan besar "Dapunta Hyang" di dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit dan "Sri Jayanasa" dalam Batu Bersurat Talang Tuwo adalah individu yang sama.[3]

Asal usul Raja Jayanasa dan kedudukan sebenar Minanga Tamwan. Perkataan ini telah diterjermahkan masih diperdebatkan ahli sejarah, ada yang berpendapat armada yang dipimpin Jayanasa ini berasal dari luar Sumatera, berkemungkinan besar dari Semenanjung Tanah Melayu.[4]. Fakta Ini dipertegaskan lagi dengan kewujudan penempatan bertamadun, berteknologi besi / batu dan berkerajaan yang lebih tua berdasarkan ujian karbon dan logik sebagai lokasi perdagangan dunia di Asia Tenggara seperti terdapat di Sungai Batu, Kedah Lembah_Bujang dan Tapak bengkel batu di Lenggong, Perak yang berusia lebih 4 milion tahun dahulu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Elfriede Hermann, Karin Klenke, Michael Dickhardt (2009). Form, Macht, Differenz : Motive und Felder ethnologischen Forschens. Universitätsverlag Göttingen. ms. 254-255. ISBN 978-3-940344-80-9. 
  2. Casparis, J.C., (1956), Prasasti Indonesia II: Selected Inscriptions from the 7th to the 9th century A.D., Vol. II. Bandung: Masa Baru.
  3. Muljana, Slamet (2006). F.W. Stapel, pengarang. Sriwijaya. PT. LKiS Pelangi Aksara. ISBN 978-979-8451-62-1. 
  4. Coedes, George (1996). The Indianized States of Southeast Asia. University of Hawaii Press. ms. 82. ISBN 978-0824803681. 


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.