Sri Mulyani Indrawati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sri Mulyani Indrawati
Sri Mulyani Indrawati

Pengarah Urusan Bank Dunia
Mula berkhidmat
1 Jun 2010
Presiden Robert B. Zoellick
Menggantikan Juan Jose Daboub

Tarikh lahir 26 Ogos 1962 (52 tahun)
Tempat lahir Tanjungkarang, Lampung
Kerakyatan Indonesia
Pasangan Tonny Sumartono
Alma mater Universitas Indonesia
University of Illinois at Urbana–Champaign
Agama Islam

Sri Mulyani Indrawati (lahir 26 Ogos 1962 di Tanjung Karang, Lampung, Sumatera, Indonesia) merupakan bekas Menteri Kewangan Indonesia era Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono. Beliau dilantik menjadi pengarah urusan Bank Dunia pada 1 Jun 2010. Sri Mulyani merupakan pakar ekonomi , anggota lembaga pengarah dan pengurusan kanan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Beliau dinobat sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia pada 18 September 2006 oleh majalah Emerging Markets, IMF. Beliau juga terpilih sebagai wsanita ke-23 paling berpengaruh di dunia menurut majalah Forbes 2008 dan wanita ke-2 paling berpengaruh di Indonesia pada Oktober 2007 oleh majalah Globe Asia.

Beliau dilihat sebagai reformis ekonomi Indonedia. Pelabur tempatan dan asing kembali yakin untuk meraih keuntungan di Indonesia.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Sri Mulyani Indrawati keturunan Jawa.Sri bermaksud sinar. Mulyani bermaksud mulia. wati adalah wanita. Beliau belajar di Universiti Indonesia pada 1986. Kemudian melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dan Phd di University of Illinois, Amerika Syarikat pada 1992. 2001, perkhidmat sebagai perunding USAID di Atlanta, Georgia untuk memperkuatkan autonomi ekonomi Indonesia. Kemudian menjadi profesor pelwat di Georgia State University - sekolah kajian dasar Andrew Young.

Bank Dunia[sunting | sunting sumber]

Pengunduran beliau dilihat membantutkan proses pembaharuan ekonomi di Indonesia . [1] Indeks pasaran saham Indonesia jatuh 3.2 %. Ekoran itu, Bank Dunia segera melantik beliau sebagai pengarah Bank Dunia. Sebelum ini, Herwidayatmo , rakyat Indonesia pernah menjadi Pengarah Eksekutif Bank Dunia 2005-2007 di Washington.

Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick memuji Seri Mulyani kerana berjaya mengemudi Indonesia mengharungi krisis kewangan global 2007-2010 dan ‘dihormati oleh rakan-rakan sejawatannya di seluruh dunia’.

Skandal Centurygate[sunting | sunting sumber]

Sri Mulyani disoal buat kali kedua oleh penyiasat antirasuah berhubung pakej AS$700 juta (RM2.24 bilion) bagi menyelamatkan Bank Century / PT Bank Century pada Novedmber 2008. Jumlah ini hampir 10 kali lebih tinggi daripada jumlah asal yang diluluskan oleh kabinet Indonesia. Bank ini ditukar nama kepada PT Bank Mutiara. Siasatan DPR mendapati Sri Mulyani tidak menerima sebarang rasuah dan ganjaran.[2]

Bank ini hasil penggabungan tiga buah bank iaitu Bank CIC, Bank Piko dan Bank Danpac. Akibat krisis kewangan 2007-2010, bank ini berhadapan masalah kewangan dan perlu disuntik dengan dana luar. Pemilik bank, Robert Tantular songlap duit pemegang akaun hingga menyebabkan dia dipenjara. Kiranya bank besar ini runtuh, kesan domino pasti berlaku terhadap ekonomi Indonesia. Oleh itu dana awam digunakan untuk menyelamatkan (bail out) bank ini. Bank Century sudah didapati muflis oleh Jawatankuasa Pemantapan Sektor Kewangan) dan telah diletakkan di bawah pengawasan bank pusat Bank Indonesia sejak 2005.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berjanji membanteras rasuah selepas menang pilihan raya kedua. Dia dan juga Boediono dikritik kerana meluluskan jaminas terhadap Bank Century.[3] Aburizal Bakrie, tokoh politik dan orang kaya yang sangat berpengaruh di Indonesia tidak senang dengan tindakan menyelamat ini kerana dahulu tiada langkah sebegini.[4] Jutawan Aburizal Bakrie adalah Ketua daripada Parti Golongan Karya.

Calon Presiden Indonesia 2014[sunting | sunting sumber]

Sri Mulyani digambarkan sebagai calon terbaik menjawat Presiden Indonesia 2014 menggantikan SBY. Ketika mesyuarat Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), seorang ahli dewan menjerit 'calon Presiden 2014!'. Akhbar The Jakarta Post melaporkan Sri Mulyani berkali-kali berbalah dengan Pengerusi Golkar, jutawan Aburizal Bakrie. SBY dilihat lembap dan sukar membuat keputusan, sedangkan Sri Mulyani dilihat sebagai tegas dan tidak mudah berkompromi. [5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Non-profit organization positions
Didahului oleh
Juan Jose Daboub
Pengarah Urusan Kumpulan Bank Dunia
1 Jun 2010 –
Diikuti oleh:
Penjawat kini
Jawatan politik
Didahului oleh
Jusuf Anwar
Menteri Kewangan Indonesia
2005 – 2010
Diikuti oleh:
Agus Martowardojo