Stadium Olimpik Fisht

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stadium Olimpik Fisht
Stadium Olimpik Fisht di Sochi, Rusia.
LokasiRusia Sochi, Rusia
Koordinat43°24′08″N 39°57′22″E / 43.4022667°N 39.9561111°E / 43.4022667; 39.9561111Koordinat: 43°24′08″N 39°57′22″E / 43.4022667°N 39.9561111°E / 43.4022667; 39.9561111
Dibuka2013[1]
PemilikKerajaan Rusia
Kos pembinaanAS$ 779 juta
ArkitekPopulous,[2] Buro Happold
Kapasiti47,659 (FIFA), 40,000 (Olimpik)
Penyewa
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014
Piala Dunia FIFA 2018
Pasukan bola sepak kebangsaan Rusia

Stadium Olimpik Fisht (Rusia: Олимпийский стадион «Фишт», Olimpiyskiy stadion "Fisht") adalah sebuah stadium terbuka di Sochi, Rusia. Terletak di Taman Olimpik Sochi dan dinamakan sempena Gunung Fisht, stadium berkapasiti 40,000 orang ini telah dibina untuk sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk di mana ia menjadi arena utama untuk majlis perasmian pembukaan dan upacara penutupan.

Direka oleh Populous dan syarikat perundingan reka bentuk Buro Happold dari British, bumbung stadium dibina daripada anggaran 36,500 m² etilena tetrafluoroetilena (ETFE) dan telah direka dengan bumbung puncak bersalji. Dengan penjuru stadium yang terbuka di bahagian utara, membenarkan pandangan langsung terhadap Pergunungan Krasnaya Polyana, dan dek atas terbuka di selatan, membolehkan pemandangan Laut Hitam dapat dilihat dari dalam stadium.

Dengan kos pembinaan mencecah AS$ 779 juta, ia telah dibuka pada tahun 2013.[1] Selepas sukan Olimpik melabuhkan tirainya, kompleks stadium ini akan bertindak sebagai pusat latihan dan perlawanan setempat untuk pasukan bola sepak kebangsaan Rusia.[1] Stadium ini juga adalah salah satu daripada 11 arena untuk perlawanan bolasepak Piala Dunia FIFA 2018 yang bakal berlangsung di Rusia.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Fisht Olympic Stadium". Sochi2014.com. Dicapai pada 7 Februari 2014.
  2. ^ Sochi 2014 Main Stadium Diarkibkan 2010-02-15 di Wayback Machine arkitek: Populous
  3. ^ "FIFA Picks Cities for World Cup 2018". RIA Novosti, Moscow. 29 September 2012. Dicapai pada 7 Februari 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.