Stadium Centenario

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stadium Centenario
Stad de centario uruguay1930 montevideo.jpg
Nama penuh Estadio Centenario
Lokasi Montevideo, Uruguay
Koordinat 34°53′40″S 56°9′10″W / 34.89444°S 56.15278°B / -34.89444; -56.15278Koordinat: 34°53′40″S 56°9′10″W / 34.89444°S 56.15278°B / -34.89444; -56.15278
Pecah tanah 21 Julai 1929
Dibina 1929–1930 (8 bulan)
Dibuka 18 Julai 1930
Pemilik Jabatan Kerajaan Montevideo
Pengendali AUFI
Permukaan Rumput
Kos pembinaan $ 1,000,000
Arkitek Juan Antonio Scasso
Kapasiti 65,235
Rekod kehadiran 93,000 (Uruguay-Yugoslavia, 27 Julai 1930)
Dimensi padang 105 x 68 m
Penyewa
CA Peñarol

Stadium Centenario merupakan sebuah stadium yang terdapat di kawasan Montevideo, Uruguay. Stadium ini selalunya digunakan untuk perlawanan bola sepak. Ianya telah dibina di antara tahun 1929 dan 1930 dan merupakan salah satu stadium yang digunakan untuk perlawanan Piala Dunia FIFA 1930. Stadium ini telah disenaraikan oleh FIFA sebagai salah satu stadium bola sepak klasik, bersama-sama dengan Stadium Maracanã, Stadium Wembley, Stadium San Siro, Stadium Azteca dan Stadium Santiago Bernabéu[1].

Stadium ini merupakan stadium keramat bagi pasukan bola sepak Uruguay kerana mereka jarang kalah apabila bermain di sini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stadium Centenario merupakan antara stadium terpenting sekali dalam pembangunan sukan di Amerika Selatan. Pada awalnya, ianya telah dibina bagi menempatkan perlawanan-perlawanan dalam Piala Dunia FIFA 1930 oleh pekerja-pekerja asing yang telah membina dalam masa sembilan bulan. Nama stadium ini diambil daripada sambutan 100 tahun Perlembagaan Uruguay yang pertama.

Sektor[sunting | sunting sumber]

Stadium ini dibahagikan kepada empat sektor utama.

Olympic
  • Nama ini diambil bersempena dengan kejayaan dua kali berturut-turut pasukan bola sepak Uruguay dalam sukan Olimpik pada tahun 1924 dan 1928.
Colombes
  • Nama ini diambil daripada sebuah tempat di Perancis, di mana acara bola sepak pada sukan Olimpik tahun 1924 berlangsung dan dimenangi oleh pasukan bola sepak Uruguay.
Amsterdam
  • Nama ini diambil daripada sebuah tempat di Belanda, di mana acara bola sepak pada sukan Olimpik tahun 1928 berlangsung dan dimenangi oleh pasukan bola sepak Uruguay.
America

Tempat ini disediakan untuk para tetamu kehormat serta terdapat bahagian untuk para wartawan membuat liputan. Tempat ini berhadapan dengan sektor Olympic

Sektor Kapasiti
Olympic 21,648
Colombes 16,414
Amsterdam 16,423
America 5,957

Senarai perlawanan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai perlawanan dan kejohanan yang telah diadakan di stadium ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Classic Stadium". FIFA.com. Diperoleh pada 5 Januari 2014.