Stadium Nasional Beijing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stadium Nasional Beijing
Sarang Burung
Beijing Stadium April 2008.jpg
Lokasi Republik Rakyat ChinaBeijing, Republik Rakyat China
Pecah tanah Disember 2003
Dibuka Mac 2008
Pemilik Kerajaan Republik Rakyat China
Permukaan Rumput
Kos pembinaan 4 billion yuan (~USD $500 juta)
Arkitek Herzog & de Meuron
ArupSport
CAG
Kapasiti Muatan Olimpik: 91,000
Pasca-Olimpik: 80,000
Penyewa
Jawatankuasa Olimpik China
Sukan Olimpik 2008

Stadium Nasional Beijing (Cina Tradisional: 北京國家體育場; Cina Ringkas: 北京国家体育场; Hanyu Pinyin: Běijīng Guójiā Tǐyùchǎng; Tongyong Pinyin: Běijīng Guójiā Tǐyùchǎng), juga dikenali sebagai Stadium Nasional[1]atau "Sarang Burung" (鸟巢) masih berada dalam pembinaan di Olympic Green di Beijing, China yang dijadual siap sepenuhnya pada Mac 2008.[2] Stadium ini akan menganjurkan pertandingan sukan olahraga untuk Sukan Olimpik 2008, juga sebagai majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik 2008. Ia terletak bersebelahan dengan Pusat Akuatik Nasional Beijing.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Model Bird's Nest

Pada 2002, Kerajaan secara rasminya menerima pengambilan arkitek bertaraf dunia dalam pertandingan reka bentuk. Pritzker Prize-memenangi arkitek Herzog & de Meuron yang bekerjasama dengan ArupSport dan China Architecture Design & Research Group untuk menang dalam pertandingan. Artis Kontemporari China, Ai Weiwei, merupakan Konsultan Artistik bagi reka bentuk.[3] Aktiviti pengorekkan tanah di kawasan projek ini dijalankan pada Disember 2003, dan pembinaan bermula Mac 2004, tetapi ia dihentikan sementara waktu atas sebab kos pembinaan tinggi pada Ogos 2004 dan kemudian disambung kembali. Pada Januari 2008, kecaman mengenai keadaan pekerja ke atas pembinaan ini dilemparkan setelah sekurang-kurangnya 10 pekerja mati ketika dalam pembinaan.[4] Kontroversi juga timbul apabila berlaku tuduhan secara paksaan lalu beberapa residen telah dihalau tetapi pembinaan masih berjalan seperti biasa.

Stadium dalam pembinaan

.

Kapasiti[sunting | sunting sumber]

Stadium ini boleh menampung muatan sebanyak 91,000 penonton ketika Olimpik berlangsung. Kapasiti itu akan diturunkan kepada 80,000 selepas temasya Olimpik. Stadium ini mempunya 330 meter panjang dan juga 220 meter lebar, dan 69.2 meter tinggi. Stadium ini menggunakan 258,000 meter persegi bagi lapisan ruang dan 204,000 meter persegi bagi kawasan tanah yang digunakan. Ia dibina dengan 36 km keluli yang tidak diturap, dengan berat campuran sebanyak 45,000 tan. Stadium turut mempunyai 11,000 meter persegi bagi bilik bawah tanah dengan dinding kalis air. Stadium ini menelan kos sehingga 3.5 bilion yuan (≈423 juta USD).

Oleh sebab kos yang melambung tinggi, rancangan untuk membina satu bumbung yang boleh ditarik balik untuk stadium ini telah dibatalkan. Pakar kejuruteraan juga menyokong keputusan ini, dengan alasan stadium akan lebih selamat.

Selepas tamat pembinaan, stadium ini akan dilengkapi dengan sistem Solar PV yang disalurkan oleh Suntech Power[perlu rujukan].

Pemandangan dari arah selatan Stadium, Mei 2008..
Pemandangan dari arah selatan Stadium, Mei 2008.
.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]