Stadium Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stadium Perak
Stadium Perak.jpg
Nama penuh Stadium Perak
Lokasi Perak, Malaysia
Dibina 1965[1]
Diubahsuai 1975, 1993
Pemilik Majlis Bandaraya Ipoh
Pengendali Majlis Bandaraya Ipoh
Permukaan Rumput
Trek olahraga
Penyewa
Perak FA

Stadium Perak merupakan sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Kampung Simee, Ipoh, Negeri Perak, Malaysia. Kemudahan sukan yang berdekatan ialah Stadium Indera Mulia dan Velodrom Rakyat.

Sebelum pembinaan stadium ini, tapak stadium ini pernah menjadi tapak pembinaan antara salah sebuah penjara terawal di negeri Perak yang dikenali sebagai Detention Camp dari tahun 1949 hingga 1959. Pusat tahanan ini menempatkan pesalah dan ahli komunis semasa zaman Darurat di Malaya.[2]

Stadium Perak boleh memuatkan antara 20,000 hingga 42,500 penonton selepas diubahsuai beberapa kali. Pelbagai acara sukan, kebudayaan dan lain-lain telah diadakan di sini khususnya acara peringkat negeri Perak. Antaranya sambutan Hari Kemerdekaan, Sukan Malaysia, pertandingan bola sepak dan lain-lain.

Stadium Perak juga merupakan gelanggang tuan rumah bagi pasukan Liga Super Malaysia Perak.[3]

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

Dari Lebuhraya Utara-Selatan, anda boleh keluar menerusi susur keluar Ipoh Selatan berdekatan dengan pasar raya Makro dan belok ke kiri. Di hadapan Plaza Kinta City, belok ke kanan dan beberapa papan tanda tersedia di sana. Sebelum sampai ke Hospital Ipoh, anda akan berjumpa dengan Stadium Perak dan Stadium Indera Mulia di sebelah kiri.

Dari bandar raya Ipoh, anda boleh menuju ke Hospital Ipoh melalui papan tanda 'H'. Selepas melalui Hospital Ipoh, anda temui Masjid Bandar raya Ipoh di sebelah kanan. Di hadapan masjid, anda belok ke kiri dan akan berjumpa dengan Stadium Perak di sebelah kanan.

References[sunting | sunting sumber]

  1. http://gambar-dimos.blogspot.com/2008/04/stadium-perakipoh.html
  2. http://www.prison.gov.my/portal/page/portal/hijau/berita?fac_next_page=htdocs/berita/ViewBerita.jsp?id=21
  3. http://www.malaysiansuperleague.com/team_info.asp?t=SL&tid=5