Stadium Putra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Stadium Putra Bukit Jalil ialah sebuah stadium tertutup yang terletak di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Stadium ini berupaya menampung 16,000 orang dan merupakan antara prasarana sukan yang disediakan di Kompleks Sukan Negara. Stadium Putra dinamakan bersempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Stadium ini menjadi tempat utama bagi acara gimnastik Sukan Komanwel Kuala Lumpur pada tahun 1998 serta beberapa acara berprestij yang lain seperti Disney's On Ice dan Kejohanan Badminton 2007.