Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos
Stadium Larkin
Lokasi Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pecah tanah 1964
Dibina 1964
Diubahsuai 1991
Diperbesarkan 1991
Pemilik Johor Stadium Corporation
Pengendali Johor Stadium Corporation
Permukaan Rumput
Papan mata Papan Digital
Kos pembinaan RM 50 juta (kos ubahsuai)
Kapasiti
  • 15,000 (1964-1991)
  • 30,000 (1991-skrg.)
Penyewa
Johor Darul Takzim FC (Liga Super Malaysia)
Johor FA (Liga Perdana Malaysia)

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos atau juga dikenali sebagai Stadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Larkin, Johor Bahru, Malaysia. Stadium yang mula dibina pada tahun 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada tahun 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos.[1]

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos memiliki keupayaan menampung 30,000 penonton dengan 8,000 tempat duduk.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1964, sekeping tanah sepanjang Jalan Dato Jaafar di Larkin, telah dikenal pasti sebagai pembinaan stadium negeri. Stadium pelbagai guna ini dinamakan sempena Tan Sri Hassan Yunos, yang merupakan Menteri Besar dari tahun 1959 sehingga 1967.

Stadium ini pada awalnya hanya mampu menampung seramai 15,000 penonton apabila ia dibuka pada pertengahan 1960-an. Ia dimiliki dan diuruskan oleh Johor Stadium Corporation (Jcorp), dan stadium ini sentiasa dipertingkatkan dan diubah suai sejak tahun 1991.

Pada tahun 1991, lebih RM50 juta dibelanjakan bagi meningkatkan stadium ini dan ia diperbesarkan dan mampu menampung seramai 30,000 penonton.

Acara[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]