Staf Am Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Staf Am Jerman (German General Staff), asalnya Staf Am Prusia (Prussian General Staff) dan secara rasminya Staf Am Besar atau Great General Staff (Grosser Generalstab), ialah sebuah badan sepenuh masa yang memimpin Tentera Darat Prusia dan kemudian, Tentera Darat Jerman, bertanggungjawab bagi meneruskan kajian semua aspek peperangan, dan bagi merencana dan mengkaji semula rancangan untuk pengerahan atau kempen ketenteraan. Ia wujud sejak tahun 1806, dan secara rasminya ditubuhkan melalui undang-undang pada tahun 1814, dengan itu Staf Am yang pertama wujud. Ia terkenal dengan pemilihan rasmi pegawai melalui kebijaksanaan dan merit kukuh dan bukan dari naungan atau kekayaan, dan dengan latihan bersistem yang menyeluruh dan ketat yang mana pegawai-pegawai stafnya turut terlibat. Kebangkitan dan pembangunannya memberikan angkatan tentera Jerman kelebihan strategik yang muktamad ke atas musuh-musuh mereka selama hampir satu abad setengah.

Staf Am Prusia juga mendapat banyak kebebasan daripada penguasaan politik dari zaman yang lain, dan autonomi ini telah termaktub dalam undang-undang di penubuhan Empayar Jerman pada tahun 1871. Ia kemudiannya dianggap sebagai tempat militarisme Jerman selepas Perang Dunia I, dan pihak yang menang cuba menindas institusi tersebut. Namun ia terselamat untuk memainkan peranan penting dalam persenjataan semula Jerman dan Perang Dunia II.

Dalam erti kata yang lebih luas, pasukan Staf Am Prusia terdiri daripada pegawai-pegawai yang layak untuk melaksanakan tugas-tugas staf, dan membentuk persaudaraan tentera yang unik. Latihan menyeluruh mereka telah direka bukan sahaja untuk mengelakkan calon-calon kurang bermotivasi atau kurang mampu, tetapi juga untuk menghasilkan sebuah badan pakar tentera profesional dengan kaedah yang biasa dan pandangan, dan dedikasi yang sederhana dengan profesion mereka. Pegawai Staf Am berkelayakan akan bersilih ganti antara tugas medan dan staf tetapi akan kekal sepanjang hayat sebagai ahli organisasi yang istimewa ini. Selaku pegawai staf, pakaian seragam mereka memaparkan dua baris jalur seluar (Jerman: Lampasse) yang tersendiri berwarna merah tua.

Sehingga penghujung Empayar Jerman, adat sosial dan politik sering meletakkan golongan bangsawan atau kerabat diraja memerintah ketumbukan atau kor tetapi tanggungjawab sebenar perancangan dan pengendalian operasi diletakkan pada formasi pegawai-pegawai staf ini. Untuk ketumbukan tentera Eropah yang lain yang kekurangan pasukan staf terlatih profesional, adat yang sama sering menimbulkan bencana. Hinggakan Tentera Darat Empayar Perancis Kedua, yang mana pegawai-pegawai kanannya telah mencapai pangkat yang tinggi akibat daripada keberanian dan kejayaan di medan perang, telah dimusnahkan oleh tentera Prusia dan tentera Jerman dalam kempen Perang Perancis-Prusia yang menyerlahkan keburukkan pentadbiran dan perancangan, serta kekurangan pendidikan profesional mereka.

Ketua Staf sesebuah formasi medan Prusia mempunyai hak untuk tidak bersetuju, secara bertulis, dengan rancangan atau perintah komander formasi, dan merayu kepada komander formasi seterusnya yang lebih tinggi (yang akhirnya mungkin Raja, atau Maharaja , yang akan dibimbing oleh Ketua Staf Am Besar). Ini menjadi penghalang pada ketidakcekapan dan juga untuk pegawai yang membantah tidak mahu membabitkan dirinya dengan pelan yang gagal. Hanya komander yang paling degil tidak akan mengalah pada ancaman ini.

Untuk sebab-sebab ini, kemenangan tentera Prusia dan Jerman akan sering dikreditkan secara profesional kepada Ketua Turus, bukannya untuk komander sesebuah ketumbukan tentera. Selalunya komander sesebuah ketumbukan tentera merupakan seorang anggota Staf Am, tetapi ia kini disedari bukan sahaja kepimpinan pemerintah yang penting, tetapi kerja staf yang efektif merupakan kunci utama kepada kejayaan dalam kedua-dua perancangan pra-perang dan dalam operasi masa perang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Addington, Larry H (1971). The blitzkrieg era and the German General Staff, 1865–1941. New Brunswick, N.J.: Rutgers University Press. ISBN 0-8135-0704-9.
  • Boot, Max (2006). War made new : technology, warfare, and the course of history, 1500 to today. New York: Gotham. ISBN 978-1-59240-222-9.
  • Bucholz, Arden. Hans Delbrück and the German Military Establishment: War Images in Conflict. Iowa City: University of Iowa Press, 1985.
  • Bucholz, Arden. Moltke, Schlieffen and Prussian War Planning. New York: Berg, 1991
  • de Landa, Manuel (1991). War in the Age of Intelligent Machines. New York: Zone Books. ISBN 0-942299-76-0.
  • Dupuy, Trevor N. (1977). A Genius for War: The German Army and General Staff, 1897–1945. London: Prentice Hall. ISBN 0-13-351114-6. largely derivative in nature (Goerlitz and others) but easy reading
  • Dyer, Gwynne (1985). War. Toronto: Stoddart. ISBN 0-517-55615-4. (New York: Crown ISBN shown)
  • Foley, Robert (2004). Alfred von Schlieffen's Military Writings. London: Frank Cass. ISBN 0-7146-4999-6.
  • Goerlitz, Walter (1985). History of the German General Staff, 1657–1945. Boulder, Colorado: Westview Press. ISBN 0-8133-0195-5.
  • Howard, Michael (1961). The Franco-Prussian War. London: Routledge. ISBN 0-415-02787-X.
  • Hughes, Daniel J., ed. Moltke on the Art of War: Selected Writings. Novato, CA: Presidio, 1993.
  • McElwee, William (1974). The Art of War: Waterloo to Mons. London: Purnell. ISBN 0-253-31075-X.
  • Liddell Hart, Basil (1930). History of the First World War. London: Pan Books. ISBN 0-330-23354-8.
  • Mombauer, Annika. Helmuth von Moltke and the Origins of the First World War. Cambridge, GB: Cambridge University Press, 2001.
  • Overy, Richard (1996). Why the Allies Won: Explaining Victory in World War II. Pimlico. ISBN 978-0-7126-7453-9.
  • Stone, David (2011). Twilight of the Gods: The Decline and Fall of the German General Staff in World War II. Conway. ISBN 1844861368.
  • Stoneman, Mark R. “Wilhelm Groener, Officering, and the Schlieffen Plan.” PhD diss., Georgetown University, 2006. abstract
  • Van Creveld, Martin (1977). Supplying War. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-21730-X.
  • Wawro, Geoffrey. The Austro-Prussian War: Austria's War with Prussia and Italy in 1866. Cambridge, GB: Cambridge University Press, 1996.
  • Zabecki, David (2008). Chief of Staff: Napoleonic wars to World War I. New York: Naval Institute Press. ISBN 1591149908.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]