Stenosis spina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stenosis spina
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10M48.0
ICD-9723-724
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Stenosis spina bukan penyakit, ia merujuk kepada masalah penyempitan ruang tulang belakang dan saraf tunjang. Apa saja punca penyempitan salur spina adalah spinal stenosis seperti kebas, lemah, kejang atau sakit pada kaki apabila menggerakkan bahagian belakang ketika duduk.

Gejala[sunting | sunting sumber]

  • Penyempitan tulang belakang selalunya tidak menimbulkan masalah, tetapi jika penyempitan itu menekan tulang belakang atau saraf tulang belakang, ia akan membentuk gejala. Selalunya ia bermula dengan rasa sakit yang sedikit sebelum berubah menjadi makin teruk.
  • Rasa sakit atau kejang pada kaki. Selalunya rasa kejang pada kaki bermula selepas berdiri terlalu lama atau ketika berjalan. Rasa sakit itu hilang apabila membengkok atau duduk tetapi terjadi kembali apabila berdiri semula.
  • Rasa sakit pada belakang dan pinggul. Cakera yang teranjak boleh menekan saraf pada bahagian bawah tulang belakang. Ia membawa kepada rasa sakit yang bermula pada pinggul atau punggung yang turun ke bahagian kaki. Rasa sakit makin teruk ketika duduk tetapi hanya menjejaskan satu bahagian saja. Rasa kebas, lemah dan rasa digigit gigit pada kaki atau jari kaki jug amungkin ada.
  • Rasa sakit pada tengkuk dan bahu. Biasanya berlaku apabila saraf tengkuk ditekan. Ia mungkin terjadi sekali sahaja atau mungkin kronik. Kadangkala ia akan turun pada tangan atau lengan, dan kadangkala ia akan menyebabkan sakit kepala dan lemah otot.
  • Hilang kawalan pundi kencing (sindrom cauda equina). Dalam kes yang serius, saraf pundi kencing atau usus terjejas menyebabkan sebahagian atau keseluruhan bahagian pundi kencing terjejas. Ia terjadi di kalangan tiga hingga empat peratus pesakit.

Rawatan bukan pembedahan[sunting | sunting sumber]

  • Ubat anti radang bukan steroid (NSAID). Biasanya membabitkan ubat yang boleh dibeli di kaunter seperti aspirin atau ibuprofen.
  • Analgesik - bukan penahan sakit.
  • Pengambilan makanan tambahan.
  • Berehat atau mengehadkan aktiviti yang boleh menghilangkan gejala.
  • Terapi fizikal.
  • Pemakaian alat bantuan seperti korset.
  • Suntikan epidural.
  • Pusat Rawatan Tanpa Ubat (PUSRATU).