Stesen Angkasa Mir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stesen Angkasa Mir
Mir selepas pemisahan dengan Discovery pada 12 Jun, 1998.
Mir selepas pemisahan dengan Discovery pada 12 Jun, 1998.
Mir insignia.svg
Statistik stesen
NSSDC ID: 1986-017A
Isyarat panggilan: Mir
Krew: 3
Pelancar: 19 Februari, 1986
21:28:23 UTC
Pad pelancar: LC-200/39, dan LC-81/23, Kosmodrom Baikonur,
Kesatuan Soviet
Kemasukkan semula: 23 Mac, 2001
05:50:00 UTC
Berat: 124,340 kg
(274,123 lb)
Isipadu ruang kediaman: 350 m³
Perigi: 386 km (207.9 batu nautika)[dubious ]
Apogi: 398 km (212.5 batu nautika)[dubious ]
Kecondongan orbit: 51.6 darjah
Tempoh orbit: 89.8 minit
Orbit sehari: 16.13
Hari dalam orbit: 5,519 hari
Hari didiami: 4,592 hari
Jarak jelajah: 3,638,470,307 km
(1,964,616,800 batu nautika)
Statistik setakat pada 23 Mac, 2001 (apabila Mir berhenti mengorbit).[perlu rujukan].
Tatarajah
Tatarajah terakhir Mir dengan kapal bolak balik angkasa
Tatarajah terakhir Mir dengan kapal bolak balik angkasa
Stesen Angkasa Mir

Mir (Bahasa Rusia: Мир, bahasa Melayu sama ada Aman atau Dunia) merupakan sebuah stesen orbit angkasa milik Soviet (dan kemudian Rusia). Mir merupakan sebuah stesen penyelidikan pertama di dunia yang secara konsisten didiami paling lama oleh manusia di angkasa. Mir juga merupakan sebuah stesen angkasa lepas "generasi ketiga" yang pertama dibina. Stesen ini dibina selama beberapa tahun dengan rekabentuk modular.

Mir memegang rekod untuk kehadiran manusia secara berterusan terlama di angkasa, kurang lapan hari bagi mencapai tempoh 10 tahun, dan melalui beberapa kerjasama, boleh dilawati oleh kosmonaut dan angkawasan antarabangsa dari pelbagai negara (program antara-kosmos). Satu peristiwa yang terpenting dalam Program Angkasa Lepas Mir, adalah lawatan kapal angkasa bolak balik Amerika Syarikat ke stesen ini sebanyak 11 kali, yang membawa bekalan dan menyediakan penukaran anak kapal. Pemasangan Mir di orbit dilakukan dengan menyambungkan beberapa modul, setiap satunya dilancarkan secara berasingan bermula pada tahun 1986 sehingga 1996.

Stesen ini terus wujud sehingga 23 Mac 2001, apabila ia dikeluarkan daripada orbit, berpecah semasa kemasukkan semula ke dalam atmosfera di atas Laut Pasifik Selatan.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Blok Asas Mir dengan lima pelabuhan nod pada sfera di bahagian hujung depan-kiri stesen.

Mir telah diluluskan sebagai sebahagian dari sistem-sistem angkasa generasi ketiga Soviet pada 17 Februari 1976, dekri bagi rekabentuk dan penambahbaikan stesen angkasa model Salyut DOS-17K. Empat stesen angkasa Salyut telah dilancarkan sejak tahun 1971. Tiga lagi akan dilancarkan semasa pembangunan Mir. Mengikut rancangan pada masa itu, blok-blok asas (DOS-7 dan DOS-8) akan dilengkapkan dengan sejumlah empat tempat berlabuh: dua darinya di hujung stesen seperti pada stesen Salyut, dan tambahan dua stesen lagi di sebelah sisi sfera berlabuh pada bahagian hadapan stesen. Sehingga Ogos 1978, ia berandur-ansur menjadi tatarajah terakhir dengan satu pelabuhan sebelah kiri dan lima pelabuahan dalam ruang sfera di hujung hadapan stesen.[1]

Pada asalnya, rancangan adalah untuk menghubungkan pelabuhan ini dengan modul seberat 7.5 tan yang diterbitkan daripada kapal angkasa Soyuz. Modul-modul ini akan menggunakan modul dorongan Soyuz, atas alasan Soyuz dan Progress, dan modul-modul keturunannya dan modul orbit akan digantikan dengan modul makmal yang panjang.[1]

Modul Khidmat Zvezda sedang dibina. Adik kepada teras Mir dan pada asalnya merupakan teras untuk Mir 2.

Program Mir telah digabungkan dengan program stesen angkasa tentera berpenghuni, Vladimir Chelomei dalam resolusi pada bulan Februari 1979. Tempat berlabuh telah diperkukuhkan bagi menempatkan modul stesen angkasa seberat 20 tan yang ditempatkan di kapal angkasa TKS. NPO Energia telah dipertanggungjawab untuk keseluruhan stesen angkasa; bagaimanapun, kerja telah di sub-kontrak kepada KB Salyut, cabang pembangunan Khrunichev disebabkan kerja sedang dilakukan di Energia, Salyut 7, Soyuz-T dan kapal angkasa Progress. KB Salyut telah memulakan kerja pada tahun 1979, dan lukisan-lukisan telah dibebaskan pada tahun 1982-1983. Sistem-sistem baru digabungkan ke dalam stesen, ini termasuk komputer kawalan penerbangan digital Salyut 5B dan roda tenaga girodin (diambil daripada Almaz), dan sistem pertemuan automatik Kurs baru, sistem komunikasi satelit Altair, penjana oksigen elektron, dan pembersih karbon dioksida Vozdukh.[1]

Pada awal tahun 1984, kerja-kerja ke atas Mir telah ditangguhkan, sementara kesemua sumber-sumber telah ditumpukan kepada program Buran bagi memastikan kapal angkasa bolak balik Buran sedia untuk ujian penerbangan. Dana kemudian dikembalikan pada awal 1984 apabila Valentin Glushko telah memerintahkan Setiausaha Jawatankuasa Pusat untuk Angkasa dan Pertahanan bagi mengorbitkan Mir pada awal 1986, iaitu semasa Kongres Parti Komunis ke-27 berlangsung.[1]

Jelasnya aliran memproses yang dirancang tidak boleh dituruti dan masih menjadikan tahun 1986 sebagai tahun pelancaran. Ia telah diputuskan pada Hari Angkasawan pada (12 April) bagi menghantar model penerbangan ke Baikonur dan melakukan ujian sistem dan integrasi di sana. Mir tiba di tapak pelancaran pada 6 Mei 1985. 1100 dari 2500 kabel perlu dibuat semula berdasarkan keputusan ujian terhadap model ujian darat di Khrunichev. Pada bulan Oktober 1985, Mir telah dikeluarkan daripada bilik bersih. Cubaan pelancaran pertama pada 16 Februari 1986 dibatalkan akibat kegagalan sistem komunikasi kapal angkasa. Percubaan kedua pada 19 Februari, 1986 pada 21:28:23 UTC berjaya, menepati tarikh akhir politik.[1]

Kewujudan awal[sunting | sunting sumber]

Disebabkan oleh tekanan bagi melancarkan stesen dalam jangka masa yang singkat, para perancang misi telah ditinggalkan tanpa kapal angkasa Soyuz atau modul-modul bagi pelancaran ke stesen pada mulanya. Keputusan dibuat bagi melancarkan Soyuz T-15 dengan dua misi iaitu ke Mir dan Salyut 7.[1]

Leonid Kizim dan Vladimir Solovyov pertama kali berlabuh di stesen angkasa Mir pada 15 Mac, 1986. Semasa hampir 51-hari tinggal di Mir, mereka telah menghidupkan stesen dan memeriksa sistem-sistemnya. Mereka juga memunggah keluar dua kapal angkasa Progress selepas ketibaan mereka iaitu Progress-25 dan Progress-26.[2]

Pada 5 Mei, 1986 mereka meninggalkan Mir untuk memulakan perjalanan sehari ke Salyut-7. Mereka menghabiskan masa selama 51 hari di sana dan mengumpul 400 kg bahan-bahan saintifik daripada Salyut 7 untuk dibawa kembali ke Mir. Ketika Soyuz T-15 berada di Salyut-7, Soyuz TM-1 yang tidak dianggotai tiba di stesen Mir yang tidak diduki dan kekal di sini untuk selama 9 hari, bagi menguji kapal angkasa Soyuz TM yang baru. Soyuz T-15 telah berlabuh kembali di Mir pada 26 Jun dan menghantar ujian dan 20 peralatan, termasuk spektrometer saluran berbilang. Krew EO-1 telah menghabiskan 20 hari terakhir di Mir, melakukan pemerhatian ke ata bumi sebelum kembali ke bumi pada 16 Julai 1986, meninggalkan stesen baru tanpa dihuni.[3]

Tatarajah Mir selepas ketibaan Kvant-1 pada tahun 1987.

Ekspedisi kedua ke Mir, Mir EO-2, dilancarkan dengan menggunakan Soyuz TM-2 pada 5 Februari, 1987. Semasa tempoh ini, modul Kvant-1 telah dilancarkan pada 30 Mac, 1987. Ini merupakan kali pertama, versi eksperimen bagi rancangan siri modul 37K dijadualkan untuk dilancarkan ke Mir dengan menggunakan kapal angkasa Buran Soviet. Kvant-1 asalnya dirancang bagi digunakan dengan Salyut 7; walaubagaimanapun, disebabkan oleh masalah-masalah teknikal semasa pembangunannya, ia kemudian ditugaskan semula dengan Mir. Modul ini membawa set pertama yang terdiri dari 6 giroskop untuk kawalan altitud. Modul ini juga membawa peralatan untuk pemerhatian astro-fizikal sinar-X dan ultra-ungu.


Pertemuan awal antara modul Kvant-1 dengan Mir pada 5 April 1987 bermasalah disebabkan oleh kegagalan sistem kawalan di dalam kapal. Selepas kegagalan kedua percubaan untuk berlabuh, angkasawan di dalam kapal, Yuri Romanenko dan Aleksandr Laveykin, melakukan jalan angkasa bagi membetulkan masalah. Mereka memjumpai beg sampah di antara modul dan stesen, yang mana telah menghalangnya dari berlabuh. Beg ini telah ditinggalkan di orbit selepas kepulangan satu daripada kapal kargo. Mereka kemudian mengalihkan beg dan melengkapkan pelabuhan pada 12 April 1987.[4][5]

Pelancaran Soyuz TM-2 merupakan permulaan serangkaian enam pelancaran Soyuz dan tiga krew yang tinggal untuk jangka masa lama di antara 5 Februari, 1987 sehingga 27 April, 1989. Pada masa ini juga, para angkasawan antarabangsa membuat lawatan pertama kali ke stesen ini oleh Muhammed Faris, Abdul Ahad Mohmand dan Jean-Loup Chrétien. Dengan pelepasan Mir EO-4 dengan Soyuz TM-7 pada 27 April 1989, stesen ini sekali lagi ditinggalkan tanpa berpenghuni.

Fasa pembesaran pertama[sunting | sunting sumber]

Pelancaran Soyuz TM-8 pada 5 September, 1989 menandakan permulaan kehadiran manusia terlama di angkasa sehingga kini. Ia juga menandakan permulaan pembesaran kedua Mir. Modul-modul Kvant-2 dan Kristall kini telah bersedia untuk dilancarkan. Alexander Viktorenko dan Aleksandr Serebrov berlabuh di Mir dan membawa stesen ini keluar dari hibernasinya selama lima bulan. Pada 29 September 1989, para angkasawan memasang peralatan di dalam sistem berlabuh sebagai persediaan untuk kedatangan Kvant 2, modul tambahan pertama seberat 20-tan yang berpangkalan di kapal angkasa TKS daripada program Almaz [6] Selepas 40 hari lewat disebabkan oleh masalah dengan sekumpulan cip komputer, Kvant-2 kemudian dilancarkan pada 26 November. After problems deploying the craft's solar array and with the automated docking systems di kedua-dua Kvant-2 dan Mir, Kvant-2 telah dilabuhkan secara insani pada 6 Disember. Kvant-2 telah menambah set girodin kedua pada Mir. Modul ini juga membawa sistem sokongan hidup baru untuk mengitar semula air dan menjana oksigen di dalam Mir, yang mana mengurangkan kebergantungan kepada bekalan dari bumi. Kvant-2 juga mempunyai kunci udara yang besar dengan satu pintu sebesar satu meter. Satu unit beg galas khas, menyerupai Unit Kendalian Berpenghuni Amerika Syarikat, telah diletakkan di dalam kunci udara Kvant-2.[6][7]

Tatarajah Mir selepas pemasangan modul Kristall pada tahun 1990.

Soyuz TM-9 yang membawa anggota krew Mir EO-6 iaitu Anatoly Solovyev dan Aleksandr Balandin pada 11 Februari, 1990. Semasa berlabuh, krew EO-5 yang masuk ke dalam Mir melihat 3 selimut haba di Soyuz-TM 9 telah longgar, dan berpotensi untuk mewujudkan masalah semasa kemasukan semula. Krew memutuskan bahawa masalah ini boleh diuruskan. Semasa tempoh ini, modul Kristall telah ditambah pada Mir. Modul ini telah dilancarkan pada 31 Mei. Percubaan berlabuh pertama telah dilakukan pada 6 Jun telah dibatalkan disebabkan kegagalan penujah kawalan altitud. Modul Kristall tiba di pelabuhan hadapan Mir pada 10 Jun, dan ditempatkan semula ke pelabuhan sisi yang bertentangan dengan Kvant-2 pada hari berikutnya, mengekalkan keseimbangan kompleks. Disebabkan kelewatan semasa melabuhkan Kristall, EO-6 telah dilanjutkan selama 10 hari bagi membenarkan mengaktifkan sistem-sistem Kristall, dan menempatkan EVA bagi membaiki selimut haba yang longgar di Soyuz-TM 9.[8]

Modul Kristall mengandungi sejumlah relau untuk menghasilkan kristal di dalam graviti mikro. Di dalamnya juga terdapat peralatan penyelidikan bio-teknologi, termasuk sebuah rumah hijau kecil untuk melakukan ujian penanaman tanaman. Unit ini dilengkapi dengan sumber cahaya dan sistem suapan. Modul ini juga mengandungi peralatan pemerhatian astronomi. Walaubagaimanapun, ciri utamanya adalah dua port perlabuhan Androgynous Peripheral Attach System APAS-89 yang direka bagi diserasikan dengan kapal angkasa bolak balik Buran. Meskipun ia tidak pernah digunakan dengan kapal angkasa bolak balik Buran, ia kemudian digunakan dengan kapal bolak balik Amerika.[9]

Krew bantuan EO-7 tiba dengan Soyuz TM-10 pada 3 Ogos 1990. Krew baru ini tiba di Mir bersama-sama puyuh untuk sangkar-sangkar di Kvant-2. Puyuh ini telah bertelur semasa dalam perjalanan ke stesen. Ia kemudian kembali ke bumi bersama-sama dengan 130 kg keputusan ujikaji dan produk-produk industri, di dalam Soyuz TM-9.[8] Ekspedisi selama tiga bulan berlanjutan dengan lawatan ke Mir dengan tekanan dirasai oleh krew bumi. Krew Mir EO-10 dilancarkan ke angkasa dengan menggunakan Soyuz TM-13 pada 2 Oktober 1991 merupakan krew terakhir dilancarkan daripada Kesatuan Soviet, dan meneruskan pendudukan di Mir walaupun setelah kejatuhan Kesatuan Soviet. Modul-modul yang tidak dilancarkan iaitu Spektr dan Priroda, tidak bernasib baik. Agensi Angkasa Persekutuan Rusia yang baru ditubuhkan tidak mampu membiayai modul-modul ini yang ia kemudian disimpan, menamatkan pembesaran pertama stesen Mir.[10][11][12]

Kerjasama antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Program Ulang-alik Mir
Mir dilihat mengorbit kira-kira 350 kilometer di atas New Zealand.

Pada bulan September 1993, Timbalan Presiden Amerika Syarikat Al Gore dan Perdana Menteri Rusia Viktor Chernomyrdin telah mengumumkan rancangan untuk membina stesen angkasa lepas baru, yang mana kemudian dikenali sebagai Stesen Angkasa Antarabangsa atau SAA. Mereka juga telah bersetuju sebagai persediaan untuk projek baru ini, A.S akan melibatkan diri di dalam projek Mir beberapa tahun lebih awal, di bawah nama kod Fasa Satu (di mana SAA adalah Fasa Dua). Kapal bolak balik akan digunakan bagi mengangkut bekalan dan manusia ke dan daripada Mir, dan para angkasawan Amerika akan tinggal di Mir untuk selama beberapa bulan terakhir, membolehkan A.S. untuk berkongsi dan belajar daripada pengalaman unik yang Rusia miliki dalam penerbangan angkasa dengan jangka masa panjang.

Penglibatan A.S. dalam program Mir juga membawa dana-dana baru kepada Mir. Antara penggunaan yang penting adalah penyiapan dan pelancaran modul-modul Spektr dan Priroda. Selain itu, Modul Berlabuh Mir juga telah dibina bagi membolehkan proses berlabuh oleh kapal angkasa bolak balik ke stesen Mir lebih mudah.


Bermula pada bulan Mac 1995, tujuh angkasawan A.S. telah menghabiskan 28 bulan di stesen Mir. Semasa pendudukan mereka, beberapa kecemasan genting telah berlaku, terutamanya kebakaran kecil pada 23 Februari, 1997, dan perlanggaran dengan kapal angkasa Progress tanpa penghuni pada 25 Jun, 1997. Kejadian ini telah meninggalkan lubang pada modul Spektr, yang mana kemudian telah ditutup daripada bahagian stesen lain. Dalam kedua-dua kejadian, keperluan bagi pengeluaran lengkap dengan menggunakan kapal melepaskan diri Soyuz berjaya dielakkan. Beberapa jalan angkasa diperlukan bagi memulihkan semula kuasa penuh pada Mir, dan satu darinya adalah di dalam modul Spektr di mana kesemua udaranya telah terlepas. Selepas kecemasan ini, Kongres A.S. dan NASA telah mempertimbangkan sama ada A.S. patut meninggalkan program di sebabkan rasa bimbang akan keselamatan para angkasawan, tetapi penasihat NASA Daniel S. Goldin telah memutuskan untuk terus menyambung program.

Pada bulan Jun 1998, angkasawan terakhir Mir warganegara A.S iaitu Andy Thomas meninggalkan stesen dan memasuki kapal angkasa bolak balik Discovery.

Mengikut perancangan awal, Mir akan diikuti oleh Mir 2, dan unsur-unsur projek yang kini merupakan sebahagian daripada Stesen Angkasa Antarabangsa, termasuk sebuah modul teras (kini dikenali Zvezda) yang mana telah dilabelkan sebagai "Mir-2" untuk beberapa lama di dalam kilang.

Kehidupan di Mir[sunting | sunting sumber]

Mir dan Bulan, dua satelit Bumi.

Di bahagian dalam Mir yang seberat 100 tan ini kelihatan seolah-olah dikejangkan di dalam labirin, dipenuhi dengan hos-hos, kabel-kabel dan peralatan-peralatan saintifik; selain juga barang-barang kehidupan seharian, seperti foto, lukisan kanak-kanak, buku-buku dan gitar. Ia biasanya menempatkan tiga anak kapal, tetapi kadang kala boleh menampung sehingga enam orang angkasawan sehingga sebulan. Kecuali untuk sela masa yang singkat, Mir secara berterusan didiami sehingga bulan Ogos 1999.

Udara di dalam stesen ini digambarkan sebagai "sangat menyihatkan, - ia tidak kering, ia juga tidak lembab. Tiada yang berbau" seperti kata angkasawan NASA, John Blaha. Beliau juga menggambarkan dengan pengecualian ke atas Priroda dan Spektr yang mana telah ditambah baru-baru ini, stesen ini kelihatan digunakan, yang mana adalah dijangka kerana ia telah digunakan selama 10 hingga 11 tahun tanpa dibawa kembali ke rumah dan dicuci.[13]

Semasa Program Ulang-alik Mir, para angkasawan Rusia telah ditugaskan untuk menjaga dan menyelenggara stesen sementara para angkasawan Amerika pula menjalankan operasi ujikaji eksperimen saintifik di kawasan phisiologi manusia, sains kehidupan, mikrobiologi dan sains bahan.[13]

Angkasawan Shannon Lucid, yang telah mensetkan rekod terlama tinggal di angkasa oleh seorang wanita di dalam Mir (dipintas oleh Sunita Williams 11 tahun kemudian di SAA), telah memberi komen berkenaan kerja di Mir telah berkata

"Saya fikir pergi bekerja secara harian di Mir adalah amat menyerupai pergi bekerja secara harian di luar daerah di Antartika. Perbezaan besar bekerja di sini adalah pengasingan, kerana anda benar-benar terasing. Anda tidak mempunyai banyak sokongan dari darat. Anda bergantung kepada diri anda sendiri."[13]

Dua panggilan pengenalan radio amatur, U1MIR dan U2MIR, telah diberi kepada Mir pada akhir tahun 1980-an, membenarkan pengendali radio amatur di Bumi untuk berkomunikasi dengan angkasawan.[14]

Peter Llewellyn hampir melawat Mir pada tahun 1999 setelah menjanjikan AS$100 juta untuk mendapatkan keistimewaan ini.[15]

Hari-hari terakhir dan berhenti mengorbit[sunting | sunting sumber]

Semasa hidupnya hampir berakhir, terdapat rancangan daripada pihak persendirian untuk membeli Mir, kemungkinan untuk digunakan sebagai studio televisyen/studio filem orbit pertama. Misi Soyuz TM-30 yang diayai oleh pihak swasta iaitu MirCorp, dilancarkan pada 4 April, 2000, membawa dua anak kapal, Sergei Zalyotin dan Alexandr Kaleri, ke stesen Mir selama dua bulan untuk membaiki Mir dengan harapan untuk membuktikan bahawa stesen ini adalah selamat. Tetapi ia terbukti menjadi misi berpenghuni terakhir ke Mir. Walaupun Rusia optimistik dengan masa depan Mir, komitmen mereka kepada projek Stesen Angkasa Antarabangsa menyebabkan tiada dana diperuntukkan bagi menyokong stesen Mir yang semakin usang.

Pengeluaran Mir daripada orbit dilakukan dalam tiga tahap. The first stage was waiting for atmospheric drag to decay Mir’s orbit an average of 220 kilometer (137 batu). This began with the docking of Progress M1-5, a modified version of the Progress M carrying 2.5 times more fuel in place of supplies. The second stage was the transfer of the station into a 165 x 220 km (103 x 137 mi) orbit. Ini diperolehi dengan dua pembakaran pada enjin kawalan Progress M1-5 pada 00:32 UTC dan 02:01 UTC pada 23 Mac, 2001. After a two-orbit pause, the third and final stage of Mir's deorbit began with the burn of Progress M1-5's control engines and main engine at 05:08 UTC, lasting a little over 22 minutes. Reentry into Earth's atmosphere (100 km/60 mi) of the 15-year-old space station occurred at 05:44 UTC near Nadi, Fiji. Major destruction of the station began around 05:52 UTC and the unburned fragments fell into the South Pacific Ocean around 06:00 UTC.[16] [17]

In anticipation of the reentry of Mir, pemilik Taco Bell telah menarik sasaran besar ke Lautan Pasifik. Sekiranya sasaran ini terkena kepingan Mir yang jatuh, setiap orang di Amerika Syarikat taco daripada Taco Bell dengan percuma. Syarikat ini telah membeli polisi insurans yang agak besar untuk "perjudian" ini.[18] Tiada satu pun daripada kepingan-kepingan ini yang telah menghentam sasaran.

Kapal sokongan[sunting | sunting sumber]

Pandangan keluar tingkap dari kapal angkasa bolak balik Atlantis menunjukkan kapal angkasa Soyuz sedang berlabuh di Mir.

Stesen angkasa Mir disokong oleh kapal-kapal angkasa Soyuz dan Progress. Kapal Soyuz menyediakan jalan masuk ke dalam dan daripada stesen, membolehkan pertukaran krew dibuat. Kapal Soyuz juga berfungsi sebagai bot penyelamat untuk stesen ini, membolehkan krew untuk kembali ke bumi dengan pantas sekiranya berada dalam kecemasan. Kapal kargo tanpa penghuni Progress pula digunakan bagi menghantar bekalan ke stesen dan tidak memiliki keupayaan untuk menyelamatkan diri.

Pandangan Atlantis berlepas meninggalkan Mir

. Ia juga dijangka akan menjadi destinasi untuk penerbangan kapal angkasa Buran yang kemudian dibatalkan. Modul Kristall boleh menempatkan dua tempat berlabuh Androgynous Peripheral Attach System APAS-89 yang direka bagi diserasikan dengan kapal bolak balik Buran. Kemudahan ini kemudian digunakan oleh kapal bolak balik milik Amerika Syarikat.

Semasa Program Ulang-alik Mir, Mir juga boleh menerima kehadiran kapal bolak balik, yang membolehkan para angkasawan Amerika dan negara-negara Barat lain melawat atau tinggal untuk jangka masa lama di stesen ini. Lawatan kapal angkasa bolak balik Amerika Syarikat menggunakan kolar dok yang diubahsuai yang asalnya direka untuk Buran Soviet, dipasang pada satu pendakap yang pada mulanya direka untuk digunakan bersama-sama Stesen Angkasa Freedom. Modul Berlabuh kemudian ditambah pada hujung Kristall bagi menghapuskan keperluan untuk mengerakkan modul dan menarik balik susunan-susunan solar untuk isu-isu kelegaan. Kapal bolak balik menyediakan pertukaran krew para angkasawan A.S di stesen ini selain membawa kargo ke dan dari stesen, melakukan beberapa pemindahan kargo terbesar pada waktu itu. Dengan kapal bolak balik dilabuhkan di Mir, pembesaran sementara kawasan-kawasan tempat tinggal dan kerja di kompleks ini menjadikan ia sebagai kapal angkasa terbesar dalam sejarah pada waktu itu, dengan berat gabungan sejumlah 249 tan.

Modul-modul Mir[sunting | sunting sumber]

Stesen angkasa lepas Mir telah dibina dengan menyambungkan tujuk modul yang berbeza, setiap satunya dilancarkan ke orbit secara berasingan dengan menggunakan roket Proton, kecuali untuk modul berlabuh, yang mana telah dibawa ke Mir oleh kapal bolak balik angkasa.

Modul Tarikh pelancaran Kenderaan pelancar Tarikh berlabuh Berat Soyuz Kegunaan Pandangan terpencil Tatarajah Mir Foto
Teras 19 Februari, 1986 Proton 8K82K T/B 20,100 kg N/A Kuarter stesen kediaman utama, stesen teras keseluruhan di mana modul-modul lain disambung. Mir base block drawing.png Mir base block drawing.png
Kvant-1 31 Mac, 1987 Proton 8K82K ~9 April, 1987 10,000 kg TM-2 Pemerhatian astronomi dan ujikaji sains bahan. Kvant module drawing.png Mir 1987 configuration drawing.png
Kvant-2 26 November, 1989 Proton 8K82K 6 Disember, 1989 19,640 kg TM-8 Lebih baru, sistem sokongan hayat lebih canggih, ujikaji saintifik tambahan dan kunci udara. Kvant 2 module drawing.png Mir 1989 configuration drawing.png Mir Kvant 1-Base Block-Kvant 2.jpg
Kristall 31 Mei, 1990 Proton 8K82K 10 Jun, 1990 19,640 kg TM-9 Teknologi, pemprosesan bahan, makmal geofizik dan astrofizik. Kristall module drawing.png Mir 1990 configuration drawing.png Mir - February 1995.jpg
Spektr 20 Mei, 1995 Proton 8K82K 1 Jun, 1995 19,640 kg TM-21 Menempatkan ujikaji untuk Program bolak balik-Mir. Spektr module drawing.png Mir June 2 1995 configuration drawing.png
Modul Berlabuh 12 November, 1995 Bolak Balik Atlantis (STS-74) 15 November, 1995 6,134 kg TM-22 Digunakan sebagai tempat berlabuh untuk kapal bolak balik angkasa milik Amerika Syarikat semasa Program Bolak Balik-. Mir Docking Module drawing.png Mirdream sts76.jpg
Priroda 23 April, 1996 Proton 8K82K 26 April, 1996 19,000 kg TM-23 Modul penderia bumi kawalan jauh. Priroda module drawing.png Mir May 7 1996 configuration drawing.png Mir on 12 June 1998edit1.jpg

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Ekspedisi, jalan angkasa dan krew;

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pusaka Mir' - Modul teras Stesen Angkasa Antarabangsa, Fasa 2 dalam program SAA.

Kisah Fasa 1 dihuraikan dengan terperinci oleh Bryan Burrough di dalam buku beliau yang bertajuk Dragonfly:NASA and the Crisis Aboard Mir.

Budaya popular[sunting | sunting sumber]

  • Stesen ini telah memainkan peranan penting sebagai depoh simpanan bahan api dalam sebuah filem pada tahun 1998 yang bertajuk Armageddon. Digambarkan lebih besar dari saiz sebenarnya di alam nyata dan dirujuk secara ringkas sebagai "Stesen Angkasa Rusia", ia telah musnah apabila terdapat kebocoran bahan api.
  • Stesen ini memainkan peranan kecil sebagai satu tempat perlindungan untuk S.R. Hadden dalam satu adaptasi filem Contact pada tahun 1997.
  • Ahli perniagaan Peter Llewellyn hampir pergi Mir pada tahun 1999 setelah menjanjikan AS$ 100 juta untuk mendapatkan keistimewaan ini. [15]
  • Dalam satu permainan fiksyen World of Darkness yang dibangunkan oleh White Wolf Publishing, Mir merupakan tapak Black Spiral Dancer Caern, yang menjadi portal langsung ke Malfeas.
  • Dalam South Park, episod "Pinkeye", kematian pertama kali Kenny dalam episod disebabkan rempuhan Mir ke atas beliau. Kesemua krew di dalamnya juga mati dalam rempuhan ini. Episod ini disiarkan kira-kira 3 ½ tahun sebelum kejadian de-orbit sebenar.
  • The Simpsons episod "The Wizard of Evergreen Terrace", Homer mengimbas kembali dirinya mensabotaj Mir[19], and in "The Great Money Caper" the Simpsons family car is hit by a sturgeon from the space station [20].
  • Dalam filem pada tahun 1999 Virus, satu kehidupan makhluk asing telah menyerang Mir.
  • Dalam sebuah cerita pendek bertajuk "Above it All" oleh Robert J. Sawyer, seorang angkasawan Amerika memasuki Mir bagi mengambil mayat seorang angkasawan Rusia.
  • Dalam sebuah komik, Erwin, satu program kecerdikan buatan, dipindahkan ke Mir yang tidak didiami untuk satu tempoh masa.
  • Dalam siri sains-fiksyen BBC bertajuk Bugs, sebahagian sedutan filem memaparkan stesen angkasa Mir telah digunakan bagi menggambarkan meriam laser yang berpangkalan di angkasa.
  • Dalam satu siri tayangan Dead Like Me, seorang protagonis pertunjukkan, George, telah terbunuh oleh tempat duduk tandas yang jatuh daripada stesen Mir yang sedang de-orbit.
  • Dalam Fallout Tactics, satu permainan taktikal pasca-nuklear, bangkai stesen kelihatan seperti satu telur easter di dalam bekas khas.
  • Dalam Red Alert 3, Soviet boleh menghempaskan stesen orbit yang kelihatan seperti Mir ke atas musuhnya.
  • Dalam sebuah filem Chile bertajuk ChilePuede, kemungkinan satu misi angkasa Chile, seorang saintis Rusia menghubungi sepupunya yang merupakan seorang angkawasan di Mir, untuk menolong dan menyelamatkan satu misi dari bencana. Saintis ini menjelaskan: stesen angkasa mempunyai banyak modul, dan bukan kesemuanya dimusnahkan, dan sekiranya berlakunya perang dingin baru, orang-orang Rusia mungkin akan bersedia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Wade, Mark. "Mir complex". Encyclopedia Astronautica. Diperoleh pada 2007-04-16. 
  2. Anikeev, Alexander. "Spacecraft "Soyuz-T15"". Manned Astronautics. Diperoleh pada 2007-04-16. 
  3. Wade, Mark. "Mir EO-1". Encyclopedia Astronautica. Diperoleh pada 2007-04-18. 
  4. Wade, Mark. "Mir EO-2". Encyclopedia Astronautica. Diperoleh pada 2007-04-18. 
  5. Zak, Anatoly. "Spacecraft: Manned: Mir: Kvant-1 Module". RussianSpaceweb.com. Diperoleh pada 2007-04-16. 
  6. 6.0 6.1 Wade, Mark. "Mir EO-5". Encyclopedia Astronautica. Diperoleh pada 2007-04-19. 
  7. Zak, Anatoly. "Spacecraft: Manned: Mir: Kvant-2 Module". RussianSpaceWeb.com. Diperoleh pada 2007-04-18. 
  8. 8.0 8.1 Wade, Mark. "Mir EO-6". Encyclopedia Astronautica. Diperoleh pada 2007-04-19. 
  9. Zak, Anatoly. "Spacecraft: Manned: Mir: Kristall Module". RussianSpaceWeb.com. Diperoleh pada 2007-04-18. 
  10. Wade, Mark. "Mir EO-10". Encyclopedia Astronautica. Diperoleh pada 2007-04-19. 
  11. Wade, Mark. "Spektr". Encyclopedia Astronautica. Diperoleh pada 2007-04-21. 
  12. Wade, Mark. "Priroda". Encyclopedia Astronautica. Diperoleh pada 2007-04-21. 
  13. 13.0 13.1 13.2 From Mir to Mars PBS: From Mir to Mars, Accessed September 14, 2008
  14. Astronaut Hams Astronaut Hams
  15. 15.0 15.1 No Mir flight for British businessman BBC News: May 27, 1999
  16. "The Final Days of Mir". The Aerospace Corporation. Diperoleh pada 2007-04-16. 
  17. "Mir Space Station Reentry Page". Space Online. Diperoleh pada 2007-04-16. 
  18. Taco Bell press release March 19, 2001
  19. Simpsons episode 5F21
  20. Simpsons episode CABF03

21. * http://history.nasa.gov/SP-4225/nasa4/nasa4.htm

22. * http://www.cnn.com/TECH/9706/25/mir.escape/index.html

23. * http://www.jinformation.com/literature/events-international-apr-18-1997.htm

24. * http://www.anomalies.net/archive/cni-news/CNI.0751.html

Sumber-sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Program Salyut
Mir program
1986–2001
Diikuti oleh:
Stesen Angkasa Antarabangsa

Templat:Program angkasa berpenghuni Rusia Templat:Program angkasa berpenghuni A.S Templat:Stesen angkasa lepas