Stesen Janaelektrik Sultan Abdul Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Stesen Janaelektrik Sultan Abdul Aziz yang terletak di Kapar, Klang, Selangor merupakan stesen kuasa utama di Lembah Klang. Ia dibina dan diuruskan oleh TNB (ketika itu LLN) pada tahun 1981. Pada Januari 1982, Elektrik Power Development Corporation dari Jepun dilantik bagi menyediakan khidmat kejuruteraan. Stesen ini dinamakan bersempena Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Stesen janakuasa ini menggunakan tenaga arang batu. Sebahagian arang batu ini diambil dari Sarawak. TNB juga mengimport arang batu berkualiti dari Australia, Amerika Syarikat, Kanada dan China. TNB akan mengunakan 1.5 juta tan arang batu setiap tahun.

Bagi mengawal abu dan debu asap berterbangan di atmosfera, penerima elektrostatik digunakan bagi memerangkap 99 % asap dan debu yang berterbangan. Cerobong setinggi 175 meter dibina yang menepati piawai WHO. Ini kerana stesen kuasa ini terletak di dalam laluan perjalanan burung yang berhijrah.