Stesen Komuter Mid Valley

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 KB01 
Mid Valley
ميد ۏيلي
stesen KTM Komuter
Pandangan luar stesen Komuter Mid Valley. Peranan utama stesen ini adalah berkhidmat untuk Mid Valley Megamall dan prasarana perdagangan di sekitar.
LokasiMid Valley City, Seputeh, Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°7′6″N 101°40′43″E / 3.11833°N 101.67861°E / 3.11833; 101.67861
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
LaluanLaluan Rawang-Seremban (KTM Komuter)
Platform2 platform tepi.
Trek2
Pembinaan
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikalTiada
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
Kod stesenMVALLEY
Sejarah
Dibuka23 Ogos, 2004
Penumpang
Penumpang (2012)6,135 (2,239,403)
Lokasi
Map

Stesen Komuter Mid Valley merupakan sebuah stesen komuter Malaysia terletak di Seputeh, Kuala Lumpur. Stesen ini dibina dengan jumlah kos sebanyak RM12.2 juta, dan dibuka kepada penggunaan awam pada Ogos 2004.

Perhubungan dengan Mid Valley City[sunting | sunting sumber]

Stesen ini dibina di selatan jambatan ke Taman Seputeh, dan terletak 200m dari Mid Valley City, yang mengandungi Mid Valley Megamall dan The Gardens. Mid Valley Megamall dihubungkan dengan stesen ini dengan sebuah jejantas. Stesen ini adalah untuk mengatasi masalah lalu lintas di sekitar Megamall, yang sebelum ini Megamall hanya dapat dicapai dengan kenderaan jalan raya, dan menyebabkan kesesakan lalulintas. Perkhidmatan letak kereta tidak disediakan kerana stesen ini terutamanya hanya untuk berkhidmat kepada Mid Valley City, dan Mid Valley City sendiri telah menyediakan tempat letak kereta. Terdapat Bas yang berhenti di Jalan Syed Putra, sebuah jalan raya utama yang melalui stesen ini.

Stesen Mid Valley merupakan salah satu daripada kedua-dua buah stesen Komuter yang berhampiran dengan sesebuah kompleks membeli-belah. Yang lain ialah Stesen Komuter Subang Jaya pada Laluan Sentul-Pelabuhan Klang, dibina berhampiran dengan Subang Parade.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terdiri daripada 2 tingkat: bahagian atas, adalah bahagian yang bertingkat dan di sini terletaknya kaunter tiket dan laluan berbayar manakala tingkat bawah terdiri daripada platform menunggu berbumbung dan dihubungkan dengan bahagian atas menggunakan tangga atau lif (bagi OKU). Tidak seperti stesen KTM komuter sebelumnya, stesen Mid Valley mempunyai ciri-ciri senibina yang moden seperti kanopi dan struktur sokongan kerangka besi, di mana bentuknya menyerupai rekabentuk seperti yang terdapat pada Stesen Kepong Sentral, iaitu satu lagi stesen Komuter KTM yang baru yang dijangka dibuka pada 2006.

Fail:Stesen Komuter Mid Valley( Laluan Rawang-Seremban), Kuala Lumpur.jpg
Platform yang terdapat di stesen Mid Valley menggambarkan rekabentuk yang berbeza daripada kebanyakan stesen KTM komuter yang lain.

Pehubungan dengan bas rapidKL[sunting | sunting sumber]

Stesen Komuter Mid Valley boleh dicapai dengan bas rapidKL yang berikut:-

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "KTM Berhad To Build A New KTM Komuter Station At MidValley". Official Malayan Railway website. February 20, 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-04-16.
  • "New MidValley KTM Komuter Station To Begin Operation August 23, 2004". Official Malayan Railway website. August 16, 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-04-16.
Stesen sebelumnya Laluan Rel (Lembah Klang) Stesen berikutnya
KL Sentral   Laluan Rawang-Seremban   Seputeh