Stesen LRT Maluri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 AG3 
Stesen LRT Maluri
Stesen alihan laju Laluan Ampang
Maluri station (Ampang Line), Kuala Lumpur.JPG
Pemandangan platform Maluri ke arah stesen Miharja
Statistik stesen
Alamat Jalan Cheras, Taman Miharja, Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat 3°7′23″N 101°43′36″E / 3.12306°U 101.72667°T / 3.12306; 101.72667
Laluan Laluan Ampang (Sentul Timur-Ampang) (1996 hingga kini)
Platform 2 platform sisi
Landasan 2
Tempat letak kereta Tiada
Maklumat lain
Dibuka 16 Disember 1996
Kod  AG3 
Dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara (2002 hingga kini); dikendalikan oleh RapidKL.
Perkhidmatan
Stesen mendahului   Rel RapidKL   Stesen berikut
ke arah Sentul Timur
Laluan Ampang
ke arah Ampang

Stesen LRT Maluri ialah sebuah stesen LRT ternaik yang terletak berhampiran kawasan perumahan Taman Maluri di Kuala Lumpur, sebagai sebahagian cabang Sentul Timur–Ampang di Aliran Ampang (dahulunya STAR) yang dibuka pada 16 Disember 1996 dalam fasa pertama pembukaan sistem LRT pertama negara bersama 13 stesen lain sepanjang laluan Sultan Ismail-Ampang.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Pemandangan luar stesen Maluri.
Hab bas Maluri.

Stesen LRT Maluri terletak berhampiran Jalan Cheras, Sungai Kerayong dan Taman Miharja. Stesen ini dimaksudkan untuk pengguna dari Taman Maluri yang terletak di timur laut, dan juga kawasan perumahan lain di sekeliling, termasuk Taman Pertama dan Taman Kobena di tenggara dan sebahagian Taman Miharja di barat. Taman Miharja juga menikmati kemudahan stesen LRT sendiri yang terletak di barat daya.

Hentian bas RapidKL[sunting | sunting sumber]

Sebuah hab bandar utama bas RapidKL didirikan menghadap stesen LRT Maluri di Jalan Cheras.


Stesen berdekatan[sunting | sunting sumber]

Stesen sebelumnya Stesen LRT Maluri Stesen berikutnya
Miharja   Aliran Ampang (Sentul Timur-Ampang)   Pandan Jaya