Stesen LRT Masjid Jamek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 KJ13  ST5 
Stesen Pertukaran LRT Masjid Jamek
Masjid Jamek LRT Interchange Station
占美清真寺
安邦线轻快铁-格兰那再也轻快铁转换站
ஜமேக் மசூதி
Stesen LRT
Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya
250px
Peta menunjukkan lokasi stesen LRT Masjid Jamek.
Statistik stesen
Alamat Jalan Tun Perak, Pusat Bandaraya, Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat 3°8′58″N 101°41′46″E / 3.14944°U 101.69611°T / 3.14944; 101.69611
Laluan Laluan Ampang (sejak 1996)
Laluan Kelana Jaya (sejak 1999)
Perhubungan Bas dan teksi
Platform 2 platform tepi (Laluan Ampang)
1 platform pulau (Laluan Kelana Jaya)
Landasan 2 (Laluan Ampang)
2 (Laluan Kelana Jaya)
Tempat letak kereta Tiada
Maklumat lain
Dibuka 16 Disember 1996 (Laluan Ampang)
1 Jun 1999 (Laluan Kelana Jaya)
Kod KJ13 (Laluan Ampang)
ST5 (Laluan Kelana Jaya)
Dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara dan dikendalikan oleh RapidKL

Stesen LRT Masjid Jamek merujuk kepada gabungan dua buah stesen LRT yang berdekatan dengan Masjid Jamek di tengah Kuala Lumpur, Malaysia.

Stesen ini merupakan sebuah pertukaran antara dua stesen yang berasingan: Satu berkhidmat untuk Laluan Ampang (dahulu dikenali sebagai STAR, juga dikenali sebagai Laluan Ampang dan Sri Petaling) dan satu lagi berkhidmat untuk Laluan Kelana Jaya (dahulu dikenali sebagai PUTRA). Stesen Laluan Ampang adalah berada pada aras atas tanah, manakala stesen Laluan Kelana Jaya adalah berada di bawah tanah.

Stesen keretapi[sunting | sunting sumber]

Stesen Laluan Ampang[sunting | sunting sumber]

Dibuka pada 16 December 1996 sebagai sebahagian daripada fasa pertama Laluan STAR (Fasa 1), stesen Laluan Ampang ini dibina secara langsung di atas jambatan Jalan Tun Perak yang melintasi Sungai Klang sebelum canggahan Sungai Klang-Sungai Gombak: Landasan dan kedua-dua buah platform tepinya berada di atas Jalan Tun Perak, manakala kedua-dua kaunter tiket berada pada aras tanah di tepi Jalan Tun Perak.

Stesen ini, sama seperti stesen-stesen aras tanah dari Chan Sow Lin ke Ampang, mempunyai sebuah kaunter tiket bagi setiap platform. Kedua-dua kaunter ini serta jalan keluar berada di kedua-dua belah Jalan Tun Perak, dan tidak saling bersepadu.

Stesen Laluan Kelana Jaya[sunting | sunting sumber]

Dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian daripada fasa kedua Laluan PUTRA (dikenali sebagai Section 2).

Stesen ini, seperti stesen bawah tanah lain, mempunyai sebuah platform pulau (dipisahkan dengan landasan dengan pintu kaca platform) dihubungkan dengan kaunter tiket dengan tangga, eskalator, dan sebuah elevator.

Terdapat sebuah pintu masuk keluar yang berada di utara stesen Laluan Ampang, berhubungan dengan Jalan Melaka dan Jalan Melayu. Satu lagi pintu terletak bersebelahan dengan stesen Laluan Ampang yang berada di seberang, dihubungkan dengan kaunter tiket dengan sebuah terowong bawah tanah di bawah Jalan Tun Perak.

Pertukaran[sunting | sunting sumber]

Stesen ini merupakan satu-satunya stesen pertukaran antara kedua-dua LRT ini di Lembah Kelang.

Sebuah projek baru telah dimulakan untuk memudahkan penukaran antara kedua-dua LRT ini.[1] Selepas ini integrasi ini dinamakan semula sebagai Plaza Masjid Jamek dan dibuka pada 15 November 2008.[2]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Mercu tanda di sekitar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Unknown title". New Straits Times Online. Diperoleh pada 2007-05-17.  (Pautan mati seperti pada 17 Mei 2007)
  2. Fazleena Aziz (2008-11-07). "Masjid Jamek Plaza to open on Nov 15". The Star. 

Stesen-stesen bersebelahan[sunting | sunting sumber]

Stesen sebelumnya Laluan Rel (Lembah Klang) Stesen berikutnya
Dang Wangi   Laluan Kelana Jaya   Pasar Seni
Bandaraya   Laluan Ampang   Plaza Rakyat