Stesen LRT Terminal PUTRA
Stesen LRT Terminal PUTRA (juga dikenali sebagai Stesen LRT Gombak) merupakan sebuah stesen LRT di Gombak, Selangor, Malaysia. Stesen ini merupakan stesen terminal bagi Laluan Kelana Jaya RapidKL.
Terdapat sebuah kaunter tiket untuk bas ke Genting Highlands, dengan bas pergi ke Genting Skyway Station setiap setengah jam. Semua bas ini adalah hakmilik Resorts World Berhad dan diuruskan oleh syarikat ini, maka terdapat logonya pada bas. Stesen ini selalu digunakan oleh penduduk di Kuala Lumpur, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan Setapak, apabila mereka ingin pergi ke Genting Highlands.
Isi kandungan |
Terminal PUTRA sebagai hab bas rapidKL [sunting]
Sila ambil perhatian bahawa pada rasminya pihak RapidKL menggelar stesen ini sebagai "Stesen rel Gombak".
- T203 : Stesen rel Gombak - Pinggiran Batu Caves - Stesen rel Gombak
- T231 : Stesen rel Gombak - Universiti Islam Antarabangsa (UIA) - Stesen rel Gombak
| Laluan | Dari | Melalui | Ke | Berhubungan dengan |
|---|---|---|---|---|
| T203 | Stesen rel Gombak | Jalan Taman Melati 1/5 - Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) - Lebuhraya Karak - Jalan Batu Caves - Lebuh Utama Sri Gombak - Taman Sri Gombak - Jalan Makmur - Jalan Lintang - SMK Hillcrest - Jalan Muhibbah - Jalan Permai - Lebuh Utama Sri Gombak - Lebuhraya Pinggiran | Pinggiran Batu Caves | U1, U10 |
| T231 | Stesen rel Gombak | Jalan Taman Melati 1/5 - Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) - Lebuhraya Karak - Jalan Sungai Pusu | Universiti Islam Antarabangsa (UIA) | T201 |
Rancangan masa depan [sunting]
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, stesen LRT ini akan menjadi sebuah hab pengangkutan untuk bas ekspres dari Pantai Timur Malaysia. Ia akan menggantikan Terminal Bas Putra yang sesak. Namun, sehingga tahun 2008, tidak terdapat apa-apa rekaan dikeluarkan mahupun pembinaan dijalankan.[1]
Rujukan [sunting]
- ↑ Minderjeet Kaur. "9MP Report: Transport hubs to ease travel woes", New Straits Times, 2006-04-01. Dicapai pada 2008-07-01.
Lihat juga [sunting]
Pautan luar [sunting]
| Stesen sebelumnya | Laluan Rel (Lembah Klang) | Stesen berikutnya | ||
|---|---|---|---|---|
| Terminal | Laluan Kelana Jaya | Taman Melati | ||
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |