Stesen Satelit Bumi Kuantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Stesen Satelit Bumi Kuantan terletak dekat Pantai Beserah, Kuantan, Pahang, Malaysia. Ia dikendalikan oleh Jabatan Telekom, yang telah bertukar nama kepada Telekom Malaysia Berhad (TM) selepas ia telah diswastakan. Stesen satelit ini siap pada 1970.

Tujuan utama stesen satelit bumi ini ialah meningkatkan hubungan telefon dan siaran televisyen antarabangsa. Televisyen Malaysia yang dimulakan pada 1963 dapat diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Projek yang terletak di kawasan seluas 148.2 hektar itu berharga 6.6 juta adalah untuk membekalkan alat-alat pembinaan stesen satelit di Kuantan.

Perjanjian Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Julai 1969, Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk membina sebuah stesen mengesan bulan rekaan yang apabila siap kelak akan membolehkan Malaysia menyediakan perhubungan telekom secara langsung dengan negeri-negeri di Asia, Afrika dan Eropah.

Syarikat Mitsubishi Shogi Kaisah Berhad telah berjaya mendapat perjanjian tersebut pada bulan Julai 1968. Pengarah Telekom Negara, Encik Kam Pok telah menandatangani perjanjian itu dengan Pengarah Syarikat bagi kawasan Asia Tenggara, Encik Eiji Yokoyama.

Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom, Tun V.T. Sambanthan yang hadir di upacara tersebut memberitahu bahawa projek itu adalah dirancang dan diusahakan sendiri oleh jurutera-jurutera tempatan. Melalui pembinaan stesen itu, Malaysia akan dapat meluaskan aliran telekomnya menerusi satelit di Lautan Hindi dengan Britain, Austaralia, Jepun, Pakistan Timur Barat, India dan Indonesia. Stesen satelit tersebut juga boleh menerima dan memancar siaran-siaran televisyen dari negara luar.

Dengan perasmian projek stesyen satelit Kuantan pada hari ini dalam tahun 1969 maka Malaysia telah memasuki satu era baru dalam bidang perhubungan. Dengan siapnya stesen satelit itu pada tahun 1970, rakyat Malaysia berpeluang bagi menikmati kemudahan untuk berhubung dengan negara-negara lain.

Stesen Satelit Bumi Kuantan telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Stesen yang dibina dengan harga RM 9 juta ini telah membuka lembaran baru bagi Malaysia dalam sejarah perkembangan dan kemajuan sistem komunikasi saperti yang dicapai oleh negara membangun yang lain.

Malaysia telah mula menggunakan sistem perhubungan satelit sejak tahun 1965 lagi dan pada hari ini dalam tahun 1970 negara kita telah berjaya membina Stesyen Satelit Buminya sendiri di Kuantan.

Kerja-kerja pembinaan stesyen tersebut telah dimulakan dalam bulan Februari tahun 1969. Pembinaanya telah dijalankan bersama oleh Jabatan Kerja Raya, Lembaga Letrik Negara dan Kerajaan Negeri Pahang. Dengan terbinanya stesyen ini akan dapat merapatkan lagi hubungan komunikasi antarabangsa, dan secara tidak langsung telah memberikan berbagai faedah lain termasuklah faedah dari segi ekonomi dan juga sosial masyarakat Malaysia.

Dengan perasmian satelit bumi Kuantan juga telah membuka lembaran baru dalam sejarah telekomunikasi dan menjadi asas perkembangan teknologi yang lebih canggih di masa hadapan.

Stesen Bumi Satelit Kuantan masih beroperasi pada hari ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]