Stesen Tenaga Nuklear Three Mile Island

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stesen Tenaga Nuklear Three Mile Island
The Three Mile Island NPP on Three Mile Island, circa 1979
Stesen Tenaga Nuklear Three Mile Island is located in Bumi
Stesen Tenaga Nuklear Three Mile Island
Stesen Tenaga Nuklear Three Mile Island (Bumi)
Lokasi Stesen Tenaga Nuklear Three Mile Island
LokasiPerbandaran Londonderry, Kaunti Dauphin, dekat Middletown, Pennsylvania, AS
Koordinat40°9′14″N 76°43′29″W / 40.15389°N 76.72472°W / 40.15389; -76.72472Koordinat: 40°9′14″N 76°43′29″W / 40.15389°N 76.72472°W / 40.15389; -76.72472
StatusOperational
Pembinaan bermula1968–1970
Tarikh tauliah2 September 1974
Tarikh tamat lesen19 April 2034
PengendaliExelon Nuclear
ArkitekUnit 1: Gilbert Associates
Unit 2: Burns & Roe
PembinaUnited Engineers and Constructors
Maklumat reaktor
Reactor type(s)PWR
Reactor supplier(s)Babcock & Wilcox
Maklumat janaan kuasa
Keupayaan tersedia802 MW
Janaan tahunan6,645 GW·h
Tapak web
Three Mile Island

Stesen Tenaga Nuklear Three Mile Island (TMI) terletak di pulau Three Mile, berhampiran Sungai Susquehanna , selatan bandar Harrisburg,negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat. Loji nuklear ini mempunyai dua unit yang berasingan, yang dikenali sebagai TMI-1 dan TMI-2. Kemalangan serius kebocoran nuklear berlaku pada 28 Mac 1979. Kemalangan TMI-2 itu tidak menyebabkan sebarang kematian, kecederaan pekerja kilang atau penduduk sekitarnya.

Three Mile Island sangat terkenal kerana terletak di hilir Middletown, Pennsylvania. Loji ini dibina oleh General Public Utilities Corporation yang kemudian ditukar nama kepada Syarikat Metropolitan Edison (Met-Ed). Pada tahun 2001, GPU Inc bergabung dengan FirstEnergy Corporation melalui penjualan saham.

Penduduk sekitar[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Tenaga Nuklear menetapkan zon kecemasan agar penduduk lebih selamat jika berlaku kebocoran dan kecelakaan. Penduduk dijarakkan pada radius 16 km. Zon kedua ialah 8 km.

Pada radius 16 km terdapat penduduk seramai 211, 261 orang. Populasi 2010 AS dalam radius 50-80 km seramai 2.803.322 orang.

Unit 1[sunting | sunting sumber]

Unit 1 adalah reaktor air bertekanan dirancang oleh Babcock dan Wilcox dengan kapasiti penjanaan bersih 802 MWe. Unit ini beroperasi mulai 2 September 1974 untuk selama 40 tahun dan dilanjutkan lagi sehingga 19 April 2034.

Pada 21 Januari 2009, berlaku kebocoran radiasi di dalam bangunan TMI-1, ketika pekerja memotong paip.

Unit 2[sunting | sunting sumber]

Unit 2 juga sebuah reaktor air bertekanan dibina oleh B & W, serupa dengan Unit 1. Satu-satunya perbezaan adalah bahawa TMI-2 sedikit lebih besar dengan kapasiti penjanaan 906 MWe bersih. Ia mula beroperasi pada 30 Disember 1978.

Kecelakaan[sunting | sunting sumber]

Presiden Jimmy Carter meninggalkan Three Mile Island, 1 April 1979.

Pada 28 Mac 1979, sistem pendinginan rosak dan menyebabkan lelehan dan kebocoran sebanyak 43.000 curie (1.59 PBq ) . Kemalangan itu bermula pukul 04:00 pada Rabu, 28 Mac 1979, dengan kegagalan dalam sistem sekunder nuklear.

Industri tenaga nuklear mendakwa bahawa tidak ada kematian, luka atau kesan kesihatan yang merugikan dari kecelakaan. Filem The China Syndrome yang ditayangkan 12 hari sebelum kejadian mendapat sambutan hebat daripada orang ramai.Filem itu yang menggambarkan kemalangan di reaktor nuklear telah meraup keyakinan orang ramai.

Diagram skema ringkas loji TMI-2.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Fact Sheet on the Three Mile Island Accident". U.S. Nuclear Regulatory Commission. Dicapai pada November 25, 2008.