Steyr AUG

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Steyr AUG
AUG A1 508mm 04.jpg
Raifal Tempur Steyr AUG
Jenis Raifal Tempur
Asal Bendera Austria Austria
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1978
Digunakan oleh Amerika Syarikat, Argentina, Austria, Australia, Britain, Filipina,Ireland, Indonesia, Latvia, Luxembourg, Malaysia, New Zealand, Oman, Pakistan, Timor Leste, Tunisia.
Sejarah pengeluaran
Tarikh cipta 1977
Pengeluar Steyr Mannlicher
Tarikh pengeluaran 1978 hingga sekarang
Spesifikasi
Berat 3.8 kg, tanpa peluru
Panjang 690 mm - 790 mm
Panjang laras 407 mm

Jenis peluru 5.56 x 45 mm NATO,
9 x 19 mm
5.56 mm (.223 Remington),
9 mm
Kadar tembakan 600 hingga 800 butir/min
Kederasan peluru 992 m/s (3,255 ft/s)
Jarak berkesan 450–600 m
Sistem suapan Kelopak peluru 30 hingga kelopak drum 100 butir

Steyr AUG adalah sistem persenjataan raifal tempur yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1977 oleh syarikat persenjataan dari negara Austria iaitu Steyr Mannlicher. AUG adalah nama singkatan daripada Armee Universal Gewehr, yang bermaksud "Raifal Tentera Serbaboleh". Steyr AUG sering diberi gelaran bagi versi yang unik, iaitu variasi raifal tempur jenis BULLPUP iaitu senjata yang mempunyai sistem kelopak yang dipasangkan dibahagian belakang penggenggam tangan (pistol grip) dan menggunakan peluru berkaliber 5.56 mm NATO, dengan versi warna hijau hingga hitam dan mempunyai sistem pejera teleskopik. Raifal ini sebenarnya mempunyai pelbagai versi, terdiri daripada versi submesingan, penembak tepat hinggalah kepada sistem mesingan ringan (LMG). Senjata ini telah dijadikan sebagai senjata utama oleh seluruh pasukan bersenjata pelbagai negara iaitu Austria, Australia, Luxembourg dan juga turut digunakan oleh Malaysia sebelum digantikan oleh karbin Colt M4A1. Salah satu elemen tempur Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia iaitu Komando 69 atau VAT 69 turut menggunakan Steyr AUG versi A2.

Reka bentuk dan ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

AUG merupakan salah satu senjata raifal tempur pertama yang menggunakan rekabentuk bullpup, yang menjadikannya 25% lebih pendek dari senjata raifal lain yang larasnya sama panjang, tanpa mengurangkan ketepatan. Sebahagian besar versi AUG dilengkapi dengan pejera teleskopik 1.5x yang terkini. AUG dikatakan memiliki kemampuan ergonomik termodern. Faktor lain bagi AUG ini misalnya memiliki kemampuan menembak oleh penembak dengan menggunakan tangan kanan mahupun kidal, dan mengunakan bahan plastik polimer. Rekabentuk ini direka oleh Horst Wesp, Karl Wagner dan Karl Möser

Laras Steyr AUG boleh mudah ditukarganti, misalnya dari laras karbin kepada laras biasa atau lebih panjang. Malahan AUG turut mempunyai peringkat pengubahsuaian yang boleh mengubahkannya menjadi submesingan berkaliber 9 mm. Versi lain, seperti mesingan ringan yang mempunyai laras yang lebih berat, tidak boleh diubahsuai dan terdiri daripada pelbagai sistem bolt dan picu senjata.

Versi[sunting | sunting sumber]

Steyr AUG A2.
Steyr AUG A3 versi laras pendek dengan dilengkapi pejera teleskopik dan lampu suluh Surefire.
Steyr AUG biasa dengan pelancar bom tangan M203.
Steyr AUG A3 versi Sniper.
  • Steyr AUG A1 — Versi biasa yang diperkenalkan pada tahun 1977. Peringkat awal pengeluarannya adalah dengan berwarna hijau dengan laras 20 inci.
  • Steyr AUG A2 — Versi yang sama dengan A1, tetapi bahagian pejeranya boleh ditanggalkan dan digantikan dengan Landasan Picatinny.
  • Steyr AUG A3 — Banyak diubahsuai. Mempunyai Landasan Picatinny yang terkini pada bahagian atas dan tepi. Menggunakan peluru berkaliber 6.8 mm Remington SPC.
  • Steyr AUG P— AUG A1 dengan versi laras yang paling pendek.
  • Steyr AUG P Special receiver— AUG P dengan Landasan Picatinny.
  • Steyr AUG 9 mm (AUG SMG/AUG Para)— AUG yang diubahsuai menjadi submesingan dengan menggunakan peluru 9 x 19 mm.
  • Steyr AUG M203 — AUG diubahsuai oleh Malaysia dengan secara berlesen oleh Steyr yang boleh dikembarkan dengan pelancar bom tangan M203 buatan Amerika.
  • Steyr AUG LSW (Light Support Weapon) — versi yang dijadikan sebagai senjata sokongan ringan.
  • Steyr AUG HBAR (Heavy-Barreled Automatic Rifle) — versi dengan laras yang lebih panjang dan berat, sistem bolt tertutup (close bolt), dijadikan sebagai versi mesingan ringan.
  • Steyr AUG LMG (Light Machine Gun)— sepertimana AUG HBAR, tetapi dengan sistem bolt terbuka (open bolt), dan menggunakan pejera teleskopik 4X tidak seperti AUG biasa yang menggunakan pejera teleskopik 1.5X.
  • Stey AUG LMG–T— versi sama dengan LMG, tetapi menggunakan landasan Picatinny.
  • Steyr AUG HBAR–T— Versi penembak tepat berdasarkan sistem HBAR.
  • Steyr AUG Z— AUG A2 versi separa automatik bagi pasaran awam.
  • Steyr USR— AUG A2 yang disesuaikan bagi pasaran awam Amerika Syarikat.
  • F88 Austeyr — AUG yang diubahsuai bagi Australia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]